2

64 2 0
                                    

Aku sampai di kedai bunga. Sebelum aku memulakan tugasku, aku membersihkan sedikit di kawasan itu. Aku mengalihkan barang yang tidak penting dan membuang sampah yang sudah dipenuhi dengan bunga bunga yang terpakai. Damia memberi tahu aku bahawa dia akan lambat sedikit datang kerana keretanya rosak. Aku hanya mengiyakan sahaja. Yalah, bos kan. Kejap lagi kalau marah mahu kena pecat walaupun aku adik ipar dia sendiri, heh !
Aku mula melakukan tugasku, aku menggubah bunga bunga yang telah ditempah. Hari ini mungkin pesanan agak sedikit kerana aku hanya bekerja setengah hari sahaja.
"Yang ini lagi sikit nak siap, yang ini dah boleh hantar. Yeay" riang aku. Mana taknya, semalam aku macam apa siapkan semua gubahan ini, sampai sakit pinggang. Hari ini aku bolehlah balik dengan tenang.

🌹

Hari ini hari terpenting bagi Nadzhan dimana hari ini ulang tahun perkahwinan ibu dan ayahnya yang ke 32. Nadzhan memang jarang ambil tahu bab bab ini tapi kena lah menghargai juga. Nadzhan pening memikirkan apa benda yang perlu diberi kepada orang tuanya. Nak bagi teddy bear? Tak boleh. Dah tua bangka. Bagi coklat? Mama dengan papa bukan selalu makan coklat. Lama Nadzhan memikir, akhirnya dia terfikir untuk membeli sejambak bunga. Datin Nisa memang suka dengan bunga.
Nadzhan memanggil pembantu peribadinya iaitu Suhana untuk memesan bunga itu.
"Su, hari ini saya nak awak tolong orderkan flower bouquet. Hantar dekat rumah mama saya pukul 2 petang nanti. Sharp! Jangan lambat" arahnya.
"Pukul 2 petang? Tapi tengku Sekarang je dah pukul 12 tengahari. Mana sempat nak pesan. Kebanyakan kedai hari ini buka sampai pukul 1 je Tengku" kata Suhana.
"Takkan dekat KL ni semua tutup pukul 1? Banyak lagi kan buka. Pandai pandailah awak cari" bentaknya. Suhana hanya mengeluh. Susahlah dapat bos panas baran macam ni, huh!

🌹
Setelah puas mencari bouqet yang berdekatan, Puan Jamilah menemui bouqet Damia iaitu bouqet milik akak ipar aku. " Terima kasih puan pesan di kedai bunga kami" kata Ardina selaku penjual gubahan bunga di bouqet itu. Aku berikan gubahan bunga yang telah dipesan oleh Puan Jamilah. Puan Jamilah hanya mengangguk sambil tersenyum.
" Kalau tak ada apa lagi, saya mintak diri dulu" kata aku. Lepas habis aku hantar bunga ini, aku boleh terus balik. Sebab kerja dah habis, balik rumah santai macam tepi pantai gituu.
Aku masuk ke dalam kereta dan memakai tali pinggang keledar dan membetulkan sedikit awning tudung aku yang dah barai teruk. Sebelum aku menekan pedal minyak, telefon ku berbunyi.
" 01***, siapa ni?" Aku sedikit hairan ketika melihat nombor panggilan itu. Lantas aku menjawab panggilan tersebut
"Hello, ni siapa ya?"
" Hello, ni betul ke cik Ardina dari Kedai Bunga Damia?" soal gadis itu.
"Ya saya, kenapa ya?"
"Saya nak pesan flower bouquet. Tapi nak pukul 2 petang ini? Boleh?" Ardina menggaru kepala. Aduh, aku baru nak balik ini.
" Tapi cik, kedai kami dah nak tutup. Ini pun last trip saya hantar" jawab Aku.
"Tolonglah saya cik, urgent ni. Kejap lagi bos saya  marah kalau tak dapat hari ini." jawabnya.
"Cik tak ada tanya kedai lain ke?" soalku.
"Semuanya dah tak terima order cik. Cik ajelah yang boleh bantu saya. Tolong cik, kalau saya kena bayar lebih pun tak apa"
Aku diam sejenak tanpa memberi respon. Nak terima ke tak? Tapi kalau tak tolong kesian pula.
"Hm, macam ni. Cik send nama dan alamat yang cik nak beri tu, nanti saya terus hantar."
" Yeke boleh ni cik?!" kata Suhana dengan penuh gembira. Nasib kau kak. Aku yang kena kerja lagi ini.
"Ye boleh, tapi cik transfer dulu ye. Nanti saya bagi no account saya pada cik" jawabku.
"Baik, terima kasih cik!" gadis itu mematikan talian. Selang beberapa minit gadis itu terus mengirim alamat dan meminta no accountku.
Setelah selesai, aku terus bergerak semula ke butik, aku dan menyiapkan gubahan bunga dengan pantas. Bunga mawar yang wangi membuatkan aku lagi bersemangat ingin menyiapkan pesanan itu.

ARDINAWhere stories live. Discover now