HABIS SPM 2

9 0 0
                                    

"oi Salleh, nak ke mana tu?"
"Hah? Oh, pergi tempat sayala cik At. Sambung kerja semalam."
"Awal lagi ni. Jomla minum dulu."
"Aik? Tapi dah pukul 9 dah ni. Nanti lambat pulak."
"Apa yang lambatnya. Dah punch card  dah kan?
Salleh mengangguk.
"Dah tu lambat apanya lagi. Dah dah, jom minum dulu. Macam mana nak buat kerja tenaga tak ada tau."

Sudah dua bulan di sini. Pelik Salleh dengan adat bekerja di pejabat ni. Asalkan sudah diketik kad masa, bebas untuk berkeliaran dulu. Terasa seperti mencuri pula saat menerima gaji. Kemudian Salleh terfikir juga, kalau masuk kerja tepat masa pun, kerjanya tunggu terima duit haram jugak. Banyak tokey-tokey balak, arkitek-arkitek, tokey kantin sekolah sekalipun akan datang ke pejabat menabur 'sumbangan' kepada YB setengah abad itu. Sudah banyak yang Salleh rekodkan. Sudah agak banyak juga yang Salleh terima tempias imbuhannya. Jadi apa gunanya ikhlas bekerja kalau juga terima duit haram jua di akhirnya.

"Leh, dapat result SPM ni nak pergi universiti mana?"
"Tunggu tengok keputusan macam mana la cik At. Kalau elok bolehla pergi tempat bagus-bagus sikit."
"Alah, kalau result biasa-biasa pun boleh je masuk."
"Oh yeke? Macam mana tu cik At?"
"Laa, bapak kau kan rapat dengan YB kita tu. Takkan tak ada cable kot. Jangan risaula. Kau pilih je. Masa-masa macamni la bergunanya YB kita tu."

Salleh termangu dalam hirupan teh tariknya. Satu lagi bentuk pecah amanah yang bakal dia rasai. Cable. Jalan mudah untuk ke atas. Tanpa mengira kelayakan atau kemahiran, seorang individu boleh mengaut apa yang dihajati. Tanpa mengira sama ada mencuri hak orang lain atau tidak, asal kenal orang yang betul, boleh saja segala projek atau tender dibolot.

Suatu malam, ada keramaian di rumah YB itu. VIP dari pelbagai lapisan masyarakat dan pekerjaan datang meraikan. Ada yang datang atas budi yang diterima atau diberi. Ada yang datang mengharap ikhsan. Pendek kata keramaian ini juga salah satu medium untuk menambah wang ke dalam saku mereka yang tamak.

"Dato' dato' sekalian. Kenalkan ni anak saya Salleh."
"Oh inilah anak buah YB ni ye. Anak cik Man rupanya. Patutlah cekap buat kerja."
"Yalah, kalau tak ikut bapanya siapa lagi."
"Itulah tu. Saya pun senang sekarang Salleh ni ada kerja dengan saya. Mudah kerja. Dengar cakap orang "

Walau sudah berkilo duit haram masuk ke tekaknya. Walau selebar mana senyuman di mukanya. Hatinya tetap membengkak dengan hipokrasi dan kemunafikan manusia-manusia yang dijumpainya. Oleh kerana YB itu dan para VIP sudah bertukar topik ke arah tender projek yang semestinya akan diagihkan oleh kuncu-kuncu mereka sahaja, Salleh meminta diri untuk menghisap rokok.

Salleh bersandar di tepi pagar rumah YB itu. Menghembuskan asap rokok ke udara. Ditariknya lagi panjang-panjang. Dalam-dalam. Berharap agar asap rokok dapat menguraikan kekusutan yang mencengkam kalbu. Ataupun setidaknya membunuhnya lebih cepat agat dia tidak perlu lagi di tengah-tengah antara yang haq dan yang bathil. Asap rokok dihembusnya lagi ke atas. Matanya dibiarkan menerawang ke arah langit nan gelap. Hampir melompat Salleh bila tiba-tiba bahunya ditepuk.

"Oh sorry dik. Tadi panggil tak dengar."
"Oh takpe bang. Saya pon ralit tadi. Ada apa bang?" Menyedari dia bercakap dengan anggota polis, terus dia membetulkan postur berdirinya.

               Anggota polis muda itu tersenyum. Sudah biasa dengan stigma begitu.
"Boleh pinjam lighter tak?"
"Haa voleh encik. Sekejap ya."
"Panggil abang pon takpe."

Percikan api menyambar muncung rokok itu. Saat bara rokok telahpun hidup, dia menyerahkan kembali pemetik api itu kepada Salleh. Pantang perokok kalau pemetik apinya dicuri.

"Abang dengan YB tu kenal ke?"
"Tak pon. Abang cuma jadi escort OCPD datang je. Malas nak lepak kat dalam tu, bukan kenal orang pon. Tu yang duduk luar tu."
"Oh yeke. Kenapa OCPD tu datang? Ada nak tangkap YB ke?"

                Anggota polis itu ketawa.
"YB nak kena tangkap? Selagi YB tu pandai cari duit, tak adanya nak kena tangkap."
"Oh macam tu ya. Tu kalau ada orang buat report?"

Anggota polis itu hanya memandang sinis kepada Salleh. "Buatlah tiga empat kali pun. Tak function jugak. Kalau ikutkan takkan kami ni, penguatkuasa ni, bodoh sangat sampai tak nampak. YB tu gaji banyak mana sangat, yang nak hidup mewah tu."
Salleh mula berasa marah. Adakah seluruh hidupnya akan berdepan dengan lembu-lembu yang menawarkan diri untuk dicucuk hidungnya. Asalkan saja makannya bersuap?

"Kalau dah tau kenapa tak ambil tindakan? Tangkapla. Tangkap sekali polis yang pecah amanah. Tangkap pemimpin yang bawak lari duit rakyat masuk poket sendiri. Kenapa biar?"

Suasana senyap seketika. Salleh menyalakan sebatang lagi rokok. Dilihatnya anggota polis itu juga telah menghabiskan rokoknya. Salleh menawarkan rokok kepadanya yang disambit dengan senang hati.

"Maaf bang."
Dia hanya tersenyum sambil turut memandang ke langit.
"Tak apa. Abang pun dulu mula-mula masuk polis pun ingat macam tu. Nak kerja betul-betul. Taknak pilih kasih. Taknak makan rasuah. Akan buat kerja ikut panduan dan undang-undang saja."

Dia menyedut lagi rokok itu sebelum menyambung. "Masalahnya, orang yang kita nak tangkap tu bos kita. Orang yang sepatutnya jadi orang nombor 1 undang-undang tula yang paling pakar langgar undang-undang."
"Jadi pagar yang makan padi?"
"Haa betulla tu. Yang tersepitnya kitalah. Nak ubah macam mana kalau semua yang buat kerja betul-betul dicampaknya ke hulu hutan mana. Yang kaki bodek, yang anak sedara bos semua diangkat naik. Sapa lagi yang tinggal?"
Salleh tidak menjawab soalan itu. Retorik.
"Kalau kita nak lawan dengan sistem korupsi ni, kita kena sedia korbankan semua. Kalau abang pun, kalau effect abang sorang je takpe. Ini keluarga abang sekali. Takkan nak biar kebulur?"

Rokok yang terbakar sehingga ke puntung itu dihinjaknya sehingga padam.
"Bagi orang macam kita ni, terpaksalah kita pejam mata, tutup telinga. Biarlah sapa pon nak buat apa. Dapat jugak duit lebih. Orang nak cakap, nak hina kita ni makan rasuah lantaklah. Suatu masa, kalau dia pun tersepit antara rasuah dan bahaya pada keluarga, semoga dia boleh pilih yang lagi elok dari kita pilih."

Anggota polis itu bersalaman dengan Salleh. Mengucapkan terima kasih atas rokok dan pemetik api yang diberinya. Membiarkan Salleh dengan realisasi sebenar dunia ini. Salleh menyalakan sebatang lagi rokok. Rokoknya yang terakhir.

NAK JADI PMWhere stories live. Discover now