UNIVERSITI

9 0 0
                                    

Salleh merenung jaket yang baru diterimanya. Melihat logo universiti yang kemas disulam di dada jaket itu. Tulisan MU, singkatan dari Malaysia University, disulam bersama jata universiti. Salleh berkira-kira tentang makna dia di sini. Adakah kerana dia benar-benar layak? Atau kerana pertolongan dari tangan-tangan insan yang melabur budi untuk dituai di kemudian hari? Adakah dirinya juga salah seorang dari mereka yang mencantas peluang orang lain yang benar-benar layak? Sememangnya Salleh benar-benar bersyukur dapat menempatkan dirinya di universiti nombor 1 negara. Tapi biarlah dia melayakkan diri ke sini dengan usaha dan kudratnya. Bukan dengan berpijak atas usaha orang lain.

"Orang lain pon dapat jaket jugak. Excited jugak. Takdela sampai tenung lama-lama. Seronok sangat ke?"

               Salleh terkejut dari lamunannya. Mendongak melihat teman sebiliknya dengan muka sinis berdiri di muka pintu.  "Hoi salam bagila, hantu pon bagi salam tau."

"Hotak kau. Perit tekak aku bagi salam. Kau mengelamun lebih-lebih apasal?"

"Oh yeke. Sorryla. Saja je mengelamun, apa salahnya."

"Aku tak puas hati penjelasan kau ni. Tapi memandangkan sekejap lagi nak azan dah, aku malas layan kau. Aku nak tidur dulu."

               Salleh hanya mencebik. Tak sangka jauh dia melayan perasaan. Sampai rakan sebiliknya yang baru dua minggu dikenalinya itu masuk pun dia tak perasan. Ya, sudah dua minggu dia di sini. Perasaannya masih lagi berperang. Layakkah dia di sini? Atau keuntungan dari korupsi? Salleh menyimpan jaketnya. Malas untuk berfikir lagi. Tak guna fikirkan perkara yang dia takkan ada jawapannya. Langsir ditarik, membuatkan bilik itu kondusif sekali untuk tidur. Salleh melakukan pendaratan cemas di katil dan terus mengikut jejak langkah rakannya berlayar tidur. 

"Sebab itulah undang-undang tu diwujudkan. Untuk memastikan kemaslahatan setiap lapisan masyarakat terbela."

Salleh antara dengar dan tidak profesor Sains Sosialnya memberi syarahan. Tajuk hari ini, Peranan Undang-undang dalam Peradaban Masyarakat, membuatkan dia berasa ralat. Telah banyak kepincangan yang dilihatnya. Kebanyakannya dari mereka yang bertanggungjawab menggalas undang-undang itu. Jadi undang-undang itu untuk siapa sebenarnya?

"Tapi profesor, realitinya undang-undang tu hanya untuk menakut-nakutkan golongan bawahan saja!"

Salleh terkejut. Salah seorang pelajar bangkit membalas isi syarahan profesor itu.

"Kenapa anda berkata begitu?"

"Dah terbukti kan? Tengok kes curi susu tepung nak bagi makan anak. Sampai bertahun penjaranya. Tengok pula kes rasuah. Bukti dah terang pon tak boleh tangkap. Dah tangkap pon bertahun pulak nak masuk penjara. Tupon kalau masuk. Jadi adakah undang-undang yang profesor cakap tu, ada bahagian atau peruntukan khas bagi VIP-VIP ni?"

"Jadi, anda mahu mansuhkan undang-undang? Mahu kita jadi seperti haiwan di rimba? Yang menang menjadi raja, begitu?"

"Saya tak kata macam tu. Dan profesor masih lagi tak menjawab soalan saya. Kenapa bila ada VIP atau ahli politik dituduh rasuah. Dengan pelbagai barangan mewah, rumah yang besar dan duit yang banyak dalam akaun bank yang entah dari mana datangnya, masih lagi memerlukan masa yang panjang untuk mensabit kesalahan?"

"Sudah diam! Apa yang kamu perlu tahu, undang-undang ini berkesan. Ya, kadang-kadang prosesnya lama, tapi mereka perlu menyiasat dengan teliti agar tidak tersalah hukum. Faham tu?"

"Tapi prof..."

"Sudah saya cakap!"

Pelajar wanita itu duduk dengan tidak puas hati. Salleh dapat melihat rasa amarah berona di mukanya. Ada betulnya apa yang dia cakap. Isi percakapannya sama seperti apa yang abang polis itu ujarkan kepadanya dulu. Adakah keadilan di dunia ini hanya untuk mereka yang mampu membelinya? Dan kalau semua yang terlibat dalam menguatkuasa undang-undang itu turut sama korup, tidak adakah cara untuk meruntuhkan institusi korup itu?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 25, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

NAK JADI PMWhere stories live. Discover now