Bilik Kawalan

3.1K 379 57
                                    

Semalam, kami tiba pada jam 2 petang. Aku gagahkan diri untuk menunaikan solat zohor. Selesai berdoa, aku terus syahid sementara. Nasib baiklah Darwish nak tidur rumah aku malam tu ada la juga orang yang kejut solat kalau tak aku rasa habis 3 waktu aku tuang. Kalau meninggal masa tidur tu tak tahulah nak kata apa.

Hari ini aku bekerja. Kalau diikutkan rasa macam nak cuti seminggu tapi apakan daya aku bukan CEO kepada syarikat 'papa nak kahwinkan kamu dengan anak Tan Sri Zainal untuk kembangkan lagi perniagaan papa.' maka gigihlah aku menyarung celoreng lagi hari ini.

"Balik dah Akmals kita. Lepasni dah tak adalah makanan tak habis." Cik Ros menyapa aku.

Aku mampu tersengih sahaja.

"Akmal balik!" Lew dan Alex berlari ke arah aku.

Kalau kena rempuh dengan manusia dua orang ini, mahu patah riuk. Tapi sayang kawan punya fasal, aku terima dengan reda. Kami berpelukan macam dah setahun terpisah.

Aku menyapa rakan sepasukan lain. Dari jauh sudah kelihatan Aira menuju ke arah kami dengan baju celoreng dan beret merahnya. Ceria benar dia pagi ni.

Tepat jam 8 pagi, kami berkumpul terlebih dahulu di dataran untuk melakukan pertukaran pasukan yang bertugas. Hari ini, bagi meringankan beban aku dan Aira, kami ditugaskan untuk bertugas di bilik kawalan.

"Kau lapor dekat PGO, aku buat ujian siar raya." Aku mengagihkan tugas.

"Tak nak, kau lapor PGO, balai kita perlu dengar suara morning angel untuk bagi semua bersemangat." Aira membangkang.

Eh dia ni, aku lipat masuk dalam poket baru tahu.

Aku terus mengambil walkie-talkie.

"PGO Selangor, PGO Selangor dari Bilik Kawalan Siber Raya..." Aku memanggil ke sana.

"PGO selangor terima,"

"Kawalan Siber Raya ingin membuat ujian panggilan dalam kiraan 1234321 bagai mana pgo selangor terima?"

"PGO Selangor terima over."

Aira yang sudah menunggu di mikrofon terus menghidupkannya.

"Assalamualaikum dan selamat pagi petugas bilik kawalan PB 197018 dan PB 196806 ingin membuat ujian siar raya diminta semua anggota bertugas bertenang semasa ujian siar raya dijalankan." Suara Aira bergema di di seluruh Balai Bomba dan Penyelamat Siber Raya.

Siren ditekan dan dibiar untuk beberapa saat sebelum dimatikan. Semoga hari ini sejuk dan tenang tanpa kes yang berat-berat.

Ujian siar raya berjalan dengan lancar.

Sekali lagi Aira membuat pengumuman.

"Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua anggota bertugas sila berkumpul di engine bay terima kasih." Pengumuman itu dibuat supaya semua anggota berkumpul untuk agihan tugas pada hari ini.

Mengikut jadual, hari ini penyelenggaraan peralatan dan pemeriksaan pili bomba akan dijalankan.

"Kau tidur berapa jam semalam?" Aku bertanya kepada Aira yang sedang menyusun walkie-talkie.

"Entah la aku tak kira masa. Aku set alarm waktu solat je. Tiba-tiba rasa penat tu macam menghambat," jawab Aira.

Sama kes dengan aku la ni.

Telefon Aira berbunyi. Panggilan daripada ayahnya.

"Assalamualaikum ayah, Along kerja ni. Kenapa ayah call?" Aira bertanya.

"Hah? Along sandar dekat lelaki? Mana ayah nampak ni? Bila masa pula Aira rapat-rapat dengan lelaki?" Berkerut kening Aira.

"Dekat Facebook bersepah?" Makin berkerut wajah Aira.

ALPHA 122Where stories live. Discover now