Akmals Mukbang

3.3K 414 93
                                    

Segan juga pertama kali datang rumah orang terus tumpang bilik air. Nasib baiklah baju Adam ni muat dengan badan aku cuma seluar senteng sikit. Tak apalah, sunnah pakai pakaian atas buku lali.

Aku keluar dari bilik air dalam keadaan sudah siap berbaju. Malulah kalau tubuh terunaku ini dilihat orang. Segan nak berkemban.

Semua berkumpul di ruang tamu. Aira masih belum keluar lagi. Kalau aku jadi diapun silap-silap dua jam aku mandi. Nak hilangkan hanyir bau darah bukannya mudah.

"Ha, duduk situ Akmal."

Glup.

Cik Din menunjukkan kusyen yang berada pada kedudukan 90 darjah daripada tempat duduknya. Seram juga aura

"Tak minat masuk tentera ke macam abah kau?" Cik Din bertanya.

"Rezeki saya dekat bomba cik, permohonan tentera dah tutup masa tu. Tu yang masuk bomba." Aku menjawab.

"Aira tu pula merajuk dengan kami. Tak mahu jadi doktor dia pergi masuk bomba. Rupanya nak jumpa Akmal." Cik Imah pula menyampuk.

"Tak jadi doktorpun hebat. Boleh dia menyusup bawah lori kontena nak bagi bantuan kecemasan. Kalau saya, nak pandang darahpun dah pitam." Mak memegang kepalanya.

"Tu la. Imah ingat Aira tu kerja bomba yang duduk jawab telefon kecemasan tu sebab perempuan kan. Sekali Akmal cakap Aira bawah kontena. Mahu tak luruh jantung saya kak." Cik Imah mengusap dadanya.

Agaknya kalau aku cerita Aira menyusup masuk kereta hanyut ikut tingkap, sambut cebis daging manusia aku tak tahulah macam mana reaksi mereka nanti.

Aira muncul dengan potongan kek pandan lapis dalam piring. Pinggan itu diletak di atas meja kemudian dia duduk berhampiran dengan Cik Imah.

"Mak, nak masak ke makan dekat luar?" Aira bertanya.

Bersyukur jugalah dia bertanya sebab akupun dah kelaparan dah ni. Kalau aku nak tanya macam tak sopanlah pula memandangkan aku tetamu. Bukan nak buat cerita sedih tapi aku cuma makan tiga keping roti dengan sebiji telur separuh masak je pagi tadi sebelum keluar.

Aku syak, Aira lambat tadi sebab dia makan dulu dekat dapur. Serdak biskut yang terlekat dekat tudung dia menjadi bukti kukuh. Dia ni bukan boleh percaya sangat bab-bab makan ni. Sanggup dia makan tak ajak aku padahal sama-sama hadap kes yang datang tiba-tiba kut tadi.

"Macam mana bang? Nak masak ke nak keluar?" Cik Imah bertanya kepada suaminya.

"Keluar je la. Tu tengok muka anak kita tu silap-silap muncung tujuh batu kalau kena masak. Aira ni dia kuat makan sikit budaknya." Jawapan Cik Din itu bersulam tawa.

"Kalau Aira kuat makan sikit, Akmal ni kuat makan banyak. Kalau makan tak bertambah tandanya dia demam la tu." Mak mencelah. Aku juga yang kena.

"Apa kata kita makan dekat Restoren Anggun? Kan ada gazebo keluarga dekat situ. Selesa sikit nak bersembang. Ye la nak jejak kasih kan?" Cadang Aira.

Kepala aku terus mencari inventori menu di Restoren Anggun. Boleh tahan juga pilihan kedai makan Aira ni. Restoren Anggun terkenal dengan menu bakar-bakar dan shell out. Akupun dah lama tak merasa makanan laut.

"Setuju!" Pantas aku bersetuju dengan  cadangan Aira.

"Kalau bab makan tu, laju je dia ni." Abah menepuk kuat peha aku.

~
Sampai sahaja di Restoren Anggun, kami terus menghala ke gazebo keluarga. Keluarga aku di sebelah kanan, keluarga Aira di sebelah kiri. Aku dan Aira duduk bertentangan di hujung meja.

"Order la apa-apa, kami makan je." Cik Din memberi lampu hijau untuk aku dan Aira membuat tempahan makanan setelah menempah air.

Muka Aira berkerut melihat menu macam tengah jawab soalan matematik tambahan. Apa yang rumit sangat nak pilihpun aku tak tahu.

ALPHA 122Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin