| chapter 8

4.2K 422 8
                                    

SELEPAS sahaja selesai membersihkan diri, Liviania memilih untuk memakai pajama daripada memakai gaun kembang setaman yang memenuhi almari pakaiannya.

Dan di dalam almarinya hanya pajama sahaja yang selesa untuk dipakai bergerak kesana dan kesini dengan lincah.

Maid yang bertugas membantu menyalin pakaiannya hanya mampu menuruti sahaja katanya.

".........."

Satu buku diambil dan dibaca kemudian dia melabuhkan badannya di katil. Tak lama selepas itu muncul seorang lagi maid di biliknya.

"Your Highness. Madam Medea is calling for you."

Medea merupakan Head Maid di palacenya. Oleh kerana palace Seventh Princess berada paling jauh dari Main Palace ditambah dengan Princess yang mereka layani tidak dipeduli oleh Emperor, Medea yang hanya seorang low-rank noble dari bandar kecil berlagak seperti master di palacenya sejak dia masih kecil lagi.

Liviania menjawab tanpa memandang maid tersebut.

"Tell her to come in person."

Air muka maid itu berubah setelah mendengar katanya tadi.

"Maaf, Princess?"

Tanyanya meminta kepastian. Setahunya, Princess Liviania hanya akan menuruti apa sahaja perintah daripada Medea.

"Suruh dia sendiri yang datang berjumpa saya." Kata Liviania sekali lagi dengan dingin.

Maid itu hanya mampu menelan air liur yang terasa kelat sebelum melangkah pergi.

"And you." Ujar Liviania kepada maid yang sama ketika mengejutkannya pagi tadi.

Terhinjut bahu gadis tersebut sebelum menjawab. "Y-ya, princess ?"

"Mana Rhea?"

"Rhea demam, Y-Your Highness."

Ah. Demam.

Jadi mahu tidak mahu dia sendiri yang perlu uruskan baju yang ingin ditempah. Dan pakaian tersebut berupa seluar dan baju berlengan panjang beserta dengan cloak hitam untuk memudahkan dia menyusup keluar dari palace.

Liviania memandang ke luar tingkap.

Cuaca hari ini sangat sesuai untuk keluar. Bila difikir kembali, semenjak sampai di dunia ni, dia tidak pernah terfikir untuk berjalan-jalan di sekitar Imperial Palace memandangkan ramai yang akan memberi pandangan jelek jika terserempak dengannya.

".........."

Langit yang berwarna biru cerah yang terserlah indah di tingkap besar biliknya dipandang sekali lagi.

Buku ditutup.

Tanpa membuang masa dia terus keluar menuju ke taman yang terletak berdekatan dengan Main Palace.

•••

SETELAH penat berjalan, Liviania perasan terdapat satu pohon rendang yang berada di bahagian belakang taman yang agak terselindung disebalik pokok-pokok yang lain.

Kaki dibawa melangkah mendekati pohon tersebut kemudian dia melabuhkan duduk.

Tidak sampai beberapa minit dia tukar posisi kepada berbaring sambil berteduhkan di bawah pohon yang redup tersebut.

Rambutnya yang saat ini pasti sudah serabai akibat berbaring dan berterbangan ditiup angin langsung tidak dihiraukan.

Dia menutup matanya untuk lebih fokus mendengar alunan muzik alam semula jadi yang sememangnya salah satu aktiviti kegemarannya.

Maid yang dari tadi mengekorinya terkejut melihat kelakuannya. Bukan sahaja Liviania yang merupakan seorang Princess di Empire besar sedang berbaring di rumput, tapi dia juga keluar dengan hanya memakai pajama sahaja, tanpa berselipar.

Unreachable PrincessWhere stories live. Discover now