| chapter 26

3.2K 333 45
                                    

"JAEN? jay?" Panggil Liviania setelah melangkah masuk ke dalam palace. Dia kemudian laju menaiki anak tangga dan menuju ke biliknya.

Sebaik sahaja sampai di Estella, dua ekor wolve itu yang pertama dicari olehnya.

KREEKKK

Terhasil bunyi gesekan apabila pintu tersebut dikuak. Persekitaran yang sudah mula dikenali membuatkan dia secara naluriah melihat keadaan sekeliling biliknya. 

Semasa Liviania melihat keadaan sekeliling, matanya meliar mencari dua ekor wolve namun sayangnya bayang mereka pun tiada di situ.

Liviania pandang sekilas seorang maid yang baru tiba di hadapan pintu biliknya. Di tangan gadis itu terdapat sebuah beg besar yang dipenuhi dengan baju hanfu miliknya yang telah disiapkan oleh Olivia semasa di Euria.

"Where's my wolves?"

".........."

"Pergi cari mereka sekarang sekarang."

"B-baik, Your Highness." Jawabnya laju sebelum tergesa-gesa keluar dari situ. Perasaan gerun menyelubungi diri apabila berjumpa dengan pandangan dingin milik Seventh Princess yang dahulunya sangat polos dan naif.

Liviania melepaskan keluhan kecil setelah maid tersebut pergi. Dia kemudian menuju ke beranda dan membuang pandangan ke panoroma indah yang menjamah mata. Udara segar dan sejuk itu dihirup panjang.

Selepas beberapa ketika, maid tadi kembali semula. "Your Highness, mereka ada di halaman belakang palace."

'Halaman belakang?'

Liviania mengangguk faham.

•••

PANDANGAN terhenti pada dua ekor wolve yang sedang lena dibuai mimpi di bawah satu pohon besar yang redup. Halaman tersebut bersih daripada salji kerana para maid yang bertugas di situ sering membersihkannya.

"Morning, Wolves." Katanya usai melabuhkan duduk ke lantai simen disitu.

".........."

"Hm?" Laju Liviania sentuh dua ekor wolve tersebut setelah perasan tiada pergerakan langsung daripada mereka.

Ianya pelik, kerana mereka lebih-lebih lagi Jaen seorang yang sangat aktif. Jika dia tahu Liviania sudah kembali ke Estella, tidak mungkin dia akan bereaksi begitu.

"Jaen? Jay?" Tubuh kecil Jaen dibelai lembut menantikan jawapan balas.

Sesaat. Dua saat. Tiga saat.

Masih juga tiada balasan.

Air muka Liviania berubah cemas. Dia kemudian mengambil dua ekor wolve tersebut dan dibawa ke dalam pelukannya sebelum berlari masuk kembali ke dalam palace.

"Princess?" Panggil Rhea apabila dia melihat Liviania sedang berlari anak menuju ke biliknya.

"Rhea, panggil imperial doktor!" Arahnya dengan suara yang sedikit bergetar. Rhea yang terkejut melihat itu langsung berlari pergi ke main palace.

"Baik, Your Highness!"

•••

"JANGAN risau, kondisi mereka tidak membahayakan." Beritahu Oscar Scabridh kepada Liviania yang saat itu penuh dengan raut kegusaran diwajahnya.

"Ras Human-Beast sememangnya mempunyai stamina yang lebih besar daripada kita manusia, namun ianya tetap akan berbahaya jika mereka terlalu berlebihan dalam menggunakannya." Terang Oscar lagi.

Liviania tidak terkejut yang Oscar mengetahui dua ekor wolve itu ialah Human-Beast. Dia sudah menjangka lebih awal apabila membenarkan lelaki tua itu untuk menjalankan pemeriksaan terhadap mereka.

Unreachable PrincessWhere stories live. Discover now