BKM 11

8.7K 418 6
                                    

TEPAT pada pukul 10.30 pagi mereka tiba di Kl.Kereta yang dinaiki mereka masuk kedalam kawasan rumah mewah.Kereta diberhentikan di hadapan sebuah rumah yang sebesar istana.

Hanina sudah terlopong.Ni rumah ke istana?Mewah betul!Tapi tidak mustahil juga lelaki itu boleh memiliki rumah mewah sebesar alam ni.Lelaki itu kaya.

"Dah dah la tu ternganganya Hanina oi.Jom masuk dalam."ajak Makcik Salmah.

"Hah?Ibu betul ke ni rumah majikan ibu?Besarnya."soal Hanina berbisik.

"Betul lah.Apa yang tak betulnya."

"Orang kaya Hanina.Semua boleh dapat. Bekerja keras.Siang malam.Hasilnya kita juga yang dapat.Asalkan ada usaha.Jangan lah kerja buat sambil lewa."sambung wanita itu lagi.

Hanina mengangguk.Betul juga kata ibunya. Ada usaha ada harta.Kalau nak harta datang macamtu je tak jalan juga kalau tiada usaha.Kan?

"Dahlah mari masuk."

"Eh beg..."

"Zaquan dah bawa masuk."

Hanina mengangguk sekali lagi.Laju buat kerja.

Dia berjalan ditepi ibunya.Matanya disaji dengan pelbagai jenis kenderaan yang berada di garaj kereta sebelum dia memandang taman bunga yang berada ditepi rumah.

Dia mengalihkan pandangannya pada deretan manusia yang berada disekeliling rumah.Dia menelan kesat salivanya.

Lengan ibunya dipeluk erat.Menggigil kecil tubuhnya apabila melihat wajah dingin mereka.

"I-ibu diorang yang ramai-ramai tu siapa?"

"Ouh yang pakai baju warna hitam tu?"

Kepalanya diangguk laju.

"Itu anak buah Tuan Ayden.Pengawal rumah ni."

"Pengawal?Ramainya."

"Ya memang ramai.Tuan nak jaga keamanan rumah dia.Kalau ada apa-apa senang."

"Maksud ibu?"

"Yela.Kalau ada pencuri ke perompak ke.Senang.Lagipula rumah Tuan Ayden terpencil.Rumah dia hanya satu-satunya yang ada dekat sini."jawab Makcik Salmah.

"Ouh.."Hanina mengangguk faham.

Sampai sahaja dihadapan pintu masuk,Makcik Salmah terus membuka pintu.Dia memberi salam terlebih dahulu sebelum dia masuk kedalam.Hanina hanya mengikut jejak ibunya.

"Eh CikMah!"

Makcik Salmah dan Hanina berpaling memandang ruang tamu.

"Afiq..Tuan Ayden mana?Kerja?"

"Tak.Harini semua cuti.Nak sambut CikMah dengan our new housemate ni!"jawab Afiq teruja.

Dia melangkah pergi ke Hanina.

"Actually Hanina.Abang I nak jumpa you.Dekat  kolam belakang."ujar Afiq bersahaja.

"K-kenapa?"

"You jangan risau.Dia tak akan buat apa-apa pada you.Dia cuma nak bagitau kerja you je."

Babygirl kepunyaan mafiaWhere stories live. Discover now