BKM 35

6.5K 292 5
                                    

SEPERTI hari kebiasaannya.Hanina akan duduk di hadapan tv untuk menonton cerita yang akan ditayangkan didalam tv.

Rimut dicapainya.Dia membuat muka bosan. Cerita sama je semua.Membosankan betullah!

Butang merah terus ditekannya.Gelap.
Keadaan rumah terus menjadi sunyi sepi.Dia mengeluh. Bosan!

Hari-hari ditinggal suami.Sudahlah pergi awal pagi balik jauh malam.Sekarang suaminya sudah tidak seperti dahulu.Biasanya jam tujuh lelaki itu sudah tercegat dihadapan pintu rumah.Kini jam sembilan baru nampak batang hidung.

Sibuk memanjang.Sampaikan dengan dia pun tiada masa.Nak bermanja pun tidak boleh. Yela, lelaki itu pergi sebelum dia bangun. Selepas lelaki itu pulang kerumah, dia pula sudah tidur.

Sejak dua menjak dia perasan yang diri dia ni lain sangat.Cepat terasa.Orang tegur sikit dia merajuk.Nafsu makannya pun boleh tahan kuat. Baru sahaja habis makan dia minta makanan lain pula.

Kadang dia juga sering mengalami keletihan. Angkat baju sekejap dia sudah mengah.Berdiri lama sikit, kakinya sudah sakit.

Mahu pergi hospital tetapi suaminya tiada masa.

Dia terdiam sejenak.Tidak sampai beberapa saat telefonnya yang berada di atas meja laju dicapai.

Nombor suaminya didail sebelum panggilan tersambung.Setelah mendapat keizinan dia terus berlari naik ketingkat atas.

Skip.

Hanina turun dari kereta alphard yang dipandu oleh anak buah Ayden.Lengan rakannya dipeluk erat.

"Jom."ujar Akila.

Hanina hanya tersenyum senang.

Mereka melangkah masuk kedalam klinik swasta yang merupakan klinik ibu Akila.

Ya.Klinik tersebut merupakan milik empunya ibu Akila.Akila juga merupakan pemilik kepada klinik tersebut tetapi dia memberi tanggungjawab klinik itu pada adiknya, Safwan.

Dia tidak minat dalam bidang perubatan dan dia lebih memilih pada bidang masakan.Jadi sebab itulah dia memilih untuk bekerja di bawah tanggungjawab Hanina.

Setelah itu mereka terus menuju ke kaunter.

"Eh Cik Akila.Ada apa datang sini?Cari Dr.Safwan ke?"soal salah seorang penjaga dikaunter.

"Eh taklah.Saya datang nak bawa kawan saya check up."jawab Akila mesra.

"Oh kalau macamtu.Boleh saya minta IC?"soal nurse yang berada didalam kaunter itu.

"Ya sure."Hanina pantas mengeluarkan IC miliknya sebelum disua pada nurse perempuan itu.

"Baiklah.Puan boleh duduk dahulu dekat sana.Nanti nama puan akan dipanggil oleh doktor."

Hanina hanya mengangguk.
"Terima kasih."

Mereka mengambil tempat yang berada disitu. Hanina memandang sekeliling kawasan klinik. Cantik.

Pelbagai banner yang tergantung didinding dibacanya satu persatu.Tidak lama kemudian nama Hanina dipanggil.

Hanina bingkas bangun dari duduknya.
"Kau jagakan beg aku tau.Kau tunggu sini!Aku masuk dalam."ujar Hanina pada rakannya.

Akila mencebik sebelum dia mengangguk. Suka-suka je arahkan orang.Laki bini sama je.

Kutuk Akila selamba.

Hanina melangkah masuk kedalam ruang doktor yang memanggilnya tadi.

"Ya puan.Ada apa yang boleh saya bantu?"soal doktor perempuan itu mesra.

Babygirl kepunyaan mafiaWhere stories live. Discover now