١ موضوع : الفتنة الدجال

27 3 0
                                    

Kita berada di akhir zaman, Rasulullah telah pun wafat. Rasulullah pernah beritahu kepada pada sahabat, “Aku Rasul yang terakhir. Kalian adalah umat yang terakhir. Sesungguhnya Dajjal itu akan keluar pada zaman kalian, Tidak syak lagi!”

Kata Rasulullah, “Tidak ada seorang Rasul pun yang diutuskan sejak zaman Nabi Adam kecuali untuk memperingati umatnya tentang fitnah dan bahayanya Dajjal.”

"
Adapun apabila Rasulullah diutuskan oleh Allah pada 1400 tahun yang lalu, Nabi kata kalian mesti risau kerana akulah Rasul yang terakhir dan kamulah umat yang terakhir.Dan sesungguhnya Dia keluar pada zaman kalian.

"

Nabi membahagikan kepada 2 tanda kiamat iaitu kecil dan besar.

Tanda kiamat kecil yang dihimpunkan oleh para ulama, zaman antaranya Sheikh Doktor Umar Abdul Kafi, Sheikh Doktor Adbdurrahman al- Arifi.

Mereka menghimpunkan kesemua tanda kecil dan mereka mendapati ada 120 lebih tanda keci kiamat.

~Antara tanda kiamat kecil adalah kewafatan Nabi Muhammad SAW. Namun mereka meneliti lagi, hampir kesemua tanda kiamat kecil telah berlaku.

Hal ini TIDAK disedari oleh umat Islam.

"

Umat Islam tidak dapat membezakan antara HALAL DAN HARAM. Umat Islam juga mengangkat pemimpin yang khianat dan menurunkan pemimpin amanah itu sebagai orang biasa.

Kesemua suasana ini merupakan persiapan kepada kemunculan Dajjal Laknatullah. Apabila kesemua tanda-tanda kecil ini kata para ulama hadist yang hidup pada zaman ini hanya berbaki kurang daripaa bilangan jari sebelah tangan sahaja yang belum berlaku.

Sikit saja tinggal, yang lain semua telah BERLAKU.

"
Apabila hampir habis kesemua tanda kiamat kecil itu BERLAKU. Maka kita menunggu 10 tanda kiamat besar. Menurut kesepakatan para ulama , yang paling akhir tanda besar kiamat adalah keluarnya api daripada Yaman.

Api itu akan menghalau manusia untuk berkumpul di padang Mahsyar  kelak.

"
Para ulama berselisih pendapat tentang tanda besar kiamat yang pertama. Maka sebahagian besar Ulama berpendapat tanda besar Kiamat yang pertama adalah KEMUNCULAN DAJJAL.

Di antara kiamat kecil dan kiamat besar, kita berada di tengah-tengah. Sebutkan saja tanda kiamat kecil, sebahagian besar telah pun BERLAKU.

Kata Imam Ibnu Rejab Al-Hanbal dan Ibnu Hajar al-Asqalani dalam kita mereka bahawasanya kami mengkaji umur umat-umat yang terdahulu, tidak ada umur yang melebihi 1500 tahun.

Maksudnya, bermula daripada seorang Rasul diutuskan kemudian Rasul itu wafat. Kemudian datang rasul baru, tempoh daripada rasul itu di utuskan sehingga rasul baru datang ia tak pernah melebihi daripada 1500 tahun.

Jika dikaji umur umat Nabi Muhammad sangat dekat dengan kiamat

١ - خ

1. 5 |Qalbun Sakinah : خWhere stories live. Discover now