٢

9 1 0
                                    

Sebahagian kecil ulama mengatakan Al-Jassasah itu adalah iblis yang menyerupai binatang itu

Sebelum meneruskan lagi topik ni, ana nak kongsikan beberapa maklumat tentang Dajjal

Kata Dajjal (دجال) berasal dari kata dajala, artinya, menutupi (sesuatu).

Kamus Lisan al-’Arab mengemukakan beberapa pendapat mengapa disebut Dajjal:

- Kerana ia adalah pembohong yang menutupi kebenaran dengan kepalsuan.

- Kerana menutupi bumi dengan bilangannya yang besar.

- Kerana ia menutupi manusia dengan kekafiran.

-Kerana ia tersebar dan menutupi seluruh muka bumi.

Dajjal dari sudut bahasa bermaksud menutup akan sesuatu. Ini kerana, Dajjal antara sifatnya adalah al-Kazib (pendusta) dan pendustaan adalah menyembunyikan atau menutupi akan sesuatu.

Selain itu, Dajjal juga bermaksud menyembunyikan kebenaran dan membuat tipudaya terhadap manusia serta MENAMPAKKAN KECANTIKAN PADA PERKARA YANG BATHIL.

Dajjal juga datang dalam sighah (acuan) mubalaghah (melampau) iaitu “فَعَّال” kerana Dajjal ini banyak MELAKUKAN PENDUSTAAN DAN TIPUDAYA.

"
Manakala dari sudut istilah pula, Dajjal boleh dikenali dengan beberapa sifat yang dikhabarkan oleh Baginda SAW melalui hadith-hadithnya. Antaranya ialah:

- Seorang manusia.

- Rambutnya kerinting dan kusut masai.

- Sebelah daripada matanya buta.

- Tertulis pada dahinya كفر (kufur).

Allah memanjangkan usianya sepertimana Allah memanjangkan usia Nabi Isa.

Satu hadis riwayat Ahmad daripada Hisyam bin ‘Amir bin al-Ansari, beliau berkata: Aku pernah mendengar Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

“Sejak penciptaan Adam sehinggalah hari kiamat tidak terdapat fitnah yang paling dahsyat selain daripada fitnah Dajal.”

Dajjal lebih besar fitnah nya daripada harta benda,

Dajjal lebih besar fitnahnya daripada wanita,

Dajjal lebih besar fitnahnya daripada bumi dan segala isinya.

"

Apabila Dajjal keluar, dia akan pergi ke tempat yang bernama  Asfahan dan Khurasan.

Kedua-dua tempat ini berada didalam Negara Iran. Yang beragama syiah.

Di Asfahan dan Khurasan lah tempat dimana Dajjal mengumpul pengikut-pengikut terkuatnya dikalangan orang-orang Yahudi dan dilengkapi dengan senjata.

"

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْرُجُ الدَّجَّالُ مِنْ يَهُودِيَّةِ أَصْبَهَانَ مَعَهُ سَبْعُونَ أَلْفًا مِنْ الْيَهُودِ عَلَيْهِمْ السيجان

“Daripada Anas bin Malik R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: Dajjal akan muncul dari kalangan Yahudi Asfahan, turut bersama dengannya sebanyak 70 000 orang Yahudi yang memakai selendang hitam (atau berpakaian serba hitam).”

(HR Imam Ahmad)

"
Apabila Dajjal telah keluar dan menghimpunkan pengikut-pengikutnya, Dajjal akan bawa pengikut-pengikutny mengelilingi bumi.

Tugas Dajjal hanyalah satu, iaitu MENGELUARKAN umat Nabi Muhammad daripada agama asalnya, iaitu Islam.

Itulah fitnah yang paling besar.
Dan betapa ramai manusia yang akan ikut Dajjal apabila ia KELUAR.

٣ - خ

1. 5 |Qalbun Sakinah : خWhere stories live. Discover now