CHAPTER 7 - Menceroboh Makmal Dr. Giro

202 16 0
                                    

"Kita dah nak sampai!" ujar Luke melihat ke arah bangunan yang berada di bawahnya.

"Nanti kejap!" Shizuka mencelah.

Luke dan Elza memandang ke arah Shizuka.

"Kita boleh dekat ke? Diorang mesti ada pertahanan kat bangunan diorang tu kan?" soal Shizuka dengan wajah berkerut.

Luke tersengih. "Jangan risau. Aku dah prepare dah pasal tu." Gumamnya dengan yakin.

Kemudian, Luke menekan butang di earpiecenya. "Linna? Sekarang!"

"Roger, Boss!" suara Linna muncul di earpiece Luke, Elza dan Shizuka.

.

Di kapal mereka.

Linna menaip sesuatu di papan kekunci magisnya.

Selepas beberapa saat, satu bunyi notification muncul di skrin magisnya.

Ting!

SYSTEM HACKED!

"Sistem Dr. Giro telah digodam. Korang boleh masuk ke dalam tanpa ada masalah kamera dan penggera!" ujar Linna sambil tersenyum lebar.

Selain dari mencari maklumat, Archive Magic milik Linna juga boleh menggodam apa-apa jenis sistem di bumi seperti seorang hacker.

.

"Good job, sis!" ujar Luke.

Luke memandang ke arah Elza dan Shizuka. Dia mengangguk, memberi isyarat untuk bersedia.

Elza dan Shizuka membalas anggukan Luke.

Elza mengepal penumbuk kanannya.

"Aku akan pecahkan pintu masuk dia. Korang get ready untuk masuk." Ujar Elza. Wajahnya serious.

Luke mendekatkan sfera airnya dengan pintu kecemasan itu.

Apabila mereka sudah berada di depan pintu itu, Elza menumbuk pintu tersebut dengan kuat.

BAMMM!!!

Pintu tersebut kemek ke dalam, dan melayang ke dalam bangunan tersebut. Memberikan mereka ruang untuk masuk ke dalam.

Tanpa membuang masa, mereka bertiga melangkah masuk ke dalam bangunan itu.

Mereka berada di satu bilik kecil. Seperti bilik yang digunakan untuk keluar dari bangunan itu. Ada beberapa baju scuba di bilik tersebut.

Luke menahan air di luar dari masuk ke dalam.

Elza dan Shizuka berdiri di depan pintu yang berkunci. Di luar pintu itu seperti kawasan koridor.

"Tepi sikit. Aku akan pecahkan pintu ni jugak." gumam Elza.

Tiba-tiba, suara Linna muncul di earpiece mereka.

"Nanti, Kak Elza!"

"Hm?" Elza berwajah hairan. "Kenapa, Linna?"

"Saya akan bukak pintu tu. Jangan pecahkan lagi!"

Selepas beberapa saat, pintu tersebut terbuka.

Shizuka tersengih. "Nice, budak!"

Elza dan Shizuka melangkah keluar dari bilik itu. Diikuti oleh Luke.

Apabila mereka sudah berada di koridor, pintu tersebut tertutup semula.

Maka, Luke pon berhenti mengawal air yang cuba masuk itu, dan air tersebut masuk ke dalam bilik tadi tanpa apa-apa halangan.

The Heir of Sun DragonΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα