CHAPTER 51 - A Favor

98 12 0
                                    

"Aku nak...tapi..." Gumam Elza.

"Tapi?" Soal Erik. Sebelah keningnya terangkat.

"Tapi, kenapa?"

Elza memandang Erik dengan pandangan curiga.

"Kau nak tolong aku ni, mesti ada sebab tertentu. Betul tak? Aku tak rasa, kau buat semua ni sebab kau ikhlas nak tolong."

"..."

Mereka membisu untuk seketika sebelum Erik tersengih kecil.

"Kau perasan, hah?" Gumam Erik.

"..."

Kemudian, Erik menyilang dua tangannya di atas dada.

"Yup. Memang ada something yang aku nak dari kau pon."

"Untuk pengetahuan kau, aku takkan bayar dengan tubuh aku tau." Ujar Elza dengan nada yang mendatar.

" Ujar Elza dengan nada yang mendatar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Erik tersentak secara spontan.

"Bukan benda tu yang aku nak lah!" Bentak Erik dengan wajah kemerahan.

"Mana lah tahu."

Erik menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal sambil mengeluh.

"Apa kau ingat aku ni horny sangat ke sampai mintak kau bayar ngan tubuh kau?"

"Kebanyakkan lelaki yang aku kenal memang macam tu kot." Balas Elza dengan bersahaja.

"Well, aku tak macam tu, okay!?"

"If you say so." Jelas, Elza kelihatan tidak percaya dengan kata-kata Erik itu.

Erik mengeluh lagi.

"...Aku nak tahu sesuatu." Mata Erik melirik ke arah Amar yang masih tidak sedarkan diri itu.

Elza perasan pandangan Erik itu, dan mengerutkan keningnya.

"Ianya berkenaan dengan tabiat Amar kepada kau ke?" Soal Elza.

"..."

Elza menghela nafas keluhan.

"Sorry. Aku pon tak tahu kenapa Amar bencikan kau dan keluarga kau...To be fair, dia tak pernah cerita pon kisah silam atau peribadi dia kat aku sebelum ni."

'...Secara jujurnya, ianya berlawanan. Aku je pernah cerita kisah peribadi kat dia.' getus hati Elza pada waktu yang sama.

Erik menoleh ke arah Elza. Pandangannya kini pula curiga.

"Kau pasti? Not even anything?"

"..."

"..."

"...Unfortunately, no. Nothing at all." Jawab Elza selepas beberapa saat membisu. Wajahnya kekal mendatar dan kosong.

The Heir of Sun DragonWhere stories live. Discover now