Teaser 7

180 9 0
                                    

7

“Sukalah kau kan? Sebab Ikha dah tak ada.” Sindir Rizal seraya berpeluk tubuh membelakangi wanita itu.

Zahra mengeluh lagi. Petang tadi ibu, sekarang ini anak pula. Kepala sama saja!

“Orang tak ada akal, hati dan perasaan je yang akan suka bila orang tu dah meninggal.” Balas dia dengan perlian.

Bibir Rizal tersenyum senget dan mengejek. Dia pura-pura ketawa.

“Kau tak payah nak berlakonlah Araa. Entah-entah apa yang Mommy cakap dekat kau petang tadi tu semua betul.”

Zahra hampir terlopong. Rizal juga… Ya Allah!

Rizal berpaling menghadap wanita itu. “Ikha meninggal masa kau nak bagi dia breakfast. Tak mustahil kan kau bunuh dia?”

“Apa bukti saya yang bunuh Ikha? Awak ingat saya gila ke nak bunuh kawan sendiri sebab… nak kan awak? Awak ni muka handsome tau tapi otak tak ada!”

Terbuntang biji mata Rizal mendengar Zahra mengutuk dirinya. “Kau jaga mulut kau tu…”

“Oh! Then, mulut awak tu tak perlu nak jaga? Tuduh saya bunuh kawan saya sendiri. Saya ni manusia yang ada perasaan. Fikir boleh tak? Fine! Untuk membuktikan yang saya tak buat semua tu sebab saya nak kan awak, saya nak awak ceraikan saya sekarang juga!” Jika ini yang boleh membuktikan maka dia akan menerima dengan hati terbuka. Agar dia tidak dituduh dengan perkara yang keji itu.

Selangkah, Rizal mara kehadapan mendekatkan jarak diantara dia dan Zahra. Matanya tajam menikam anak mata Zahra yang sedikit bergetar. Wanita itu tidak mengalah malah tetap saja membalas renungan tajam tersebut.

“Jangan harap.” Rizal membalas dengan suara kasar namun seakan membisik.

“Firasat aku, hati aku kuat mengatakan yang kau bunuh isteri aku. Eh… aku tak kesah dengan cakap doktor yang Ikha meninggal memang sebab dia sakit. Sebab aku yakin yang kau ni licik.”

Zahra mengepal tangan dalam diam. Allah! Dia menyesal kerana menunaikan permintaan terakhir Zulaikha!

Rizal menunduk sedikit.

“Aku… akan balas dendam pada kau atas kematian isteri aku. Aku nak seksa kau sebelum aku lepaskan kau. Aku tetap akan lepaskan kau but after six months. Jangan harap aku akan ceraikan kau sekarang.”

Ya Allah!

Zahra dapat rasakan segala urat sarafnya seakan lemah secara tiba-tiba. Dia dituduh dengan perkara yang tidak pernah dia terlintas Adikiran untuk dia lakukan. Bunuh kawan sendiri hanya disebabkan lelaki?

Rizal fikir dia memang tergilakan lelaki itu sangatkah sehingga terdesak buat begitu?

🌻🌻🌻🌻

Light of my LifeDonde viven las historias. Descúbrelo ahora