Teaser 10

692 11 1
                                    

10

Tok! Tok!

Dia mendengus kuat. Siapa saja yang gatal hendak mengetuk pintu biliknya dikala dia sedang berehat begini.

“Masuk!” Dia melaung kuat tetapi mata masih terpejam. “Hmm… nak apa Nia?” Dia yakin itu adalah adiknya. Kerana hanya Rania sahaja yang suka menganggu dia.

“Saya, Araa.”

Mata Rizal luas terbuka seakan luasnya Laut China Selatan. Serentak itu tubuh yang berbaring diangkat dan mata terus menyapa figura Zahra di dalam bilik dia. Bilik dia bersama arwah Zulaikha!

Pantas dia bangun berdiri. Zahra dipandang tajam. “Kau buat apa masuk dalam bilik ni? Siapa izinkan kau masuk?!” Bila nampak wajah wanita itu, memang hati dia tidak pernah akan senang. Ada saja yang hendak dimarahkan.

Bahu Zahra terangkat kecil. Terkejut bila Rizal meninggikan suara begitu.

“Kau kenapa tak boleh jawab? Bisu?” Tajam lidah Rizal menyoal bila Zahra tidak menjawab pertanyaan dia.

Zahra menggelengkan kepala. “Saya cuma nak tanya sama ada awak dah makan ke belum. Kalau belum saya ingat nak panaskan laut. Saya dah masak tapi…”

“Dah!” Rizal mengangkat tangan memberi isyarat supaya wanita itu berhenti bercakap. Langkah diatur mendekati Zahra.

“Kau jangan pernah nak ganti tempat isteri aku, Zahra. Sebab aku… tak akan pernah anggap kau isteri aku. Kau jangan ingat bila kau buat semua tu, aku akan berlembut hati dengan kau atau dendam aku akan terhenti. Kau silap besar. Kau tu tak layak pun nak jadi isteri aku. Kau dengar betul-betul dan semak dalam otak kau ni…” Dahi Zahra ditunjal dengan jari telunjuk.

“Kau tak layak jadi isteri aku.” Keras Rizal mengulangi semula ayat tersebut. Dimatanya penuh dengan kebencian terhadap wanita bernama Zahra.

Zahra tarik nafas yang mula tersekat. Kini, dia tidak mampu untuk berbohong bahawa hatinya bagai ditoreh dengan belati yang tajam bila setiap kali mendengar ayat tajam yang keluar dari mulut Rizal. Tetapi seperti biasa, dia tidak mahu terlalu terbawa-bawa rasa sakit dan pedih dihati itu.

Renungan tajam suaminya dibalas.

“Saya buat semua tu bukan sebab nak ganti tempat arwah Ikha. Tapi itu memang tanggungjawab saya selagi saya masih memegang title as your wife. Saya pun tahu saya memang tak layak nak jadi isteri awak. Tapi, bila saya suruh awak lepaskan saya, awak tak nak pula. Sibuk nak balas dendam. Selagi awak tak ceraikan saya, let me do my duties as your wife.” Balas Zahra dengan keberanian yang tersisa. Dia juga bersedia dengan apa yang bakal Rizal lakukan pada dia.

Bibir Rizal tersenyum sinis.

“Perempuan macam kau ni tahu ke apa tu tanggungjawab sebagai isteri? But, baguslah kalau kau sedar diri yang kau tu tak layak untuk jadi isteri aku. And aku tak akan pernah lepaskan kau selagi aku tak habis seksa hidup kau. Kau nak sangat kahwin dengan aku, kan? So, terimalah kesengsaraan hidup kau dari aku.”

Zahra ketap giginya. Geram apabila Rizal mengatakan bahawa dia yang mahu sangat berkahwin dengan lelaki itu sedangkan sedikit pun dia tidak pernah terlintas untuk berkahwin dengan lelaki itu.

“How many times that I should tell you? Saya tak pernah pun nak kahwin dengan awak kalau bukan sebab permintaan Ikha.”

“Kau cakaplah apa pun. Tapi bagi aku, kau yang paksa dan desak arwah Ikha untuk kahwinkan aku dengan kau. Bila kau dah dapat apa yang kau nak, kau bunuh pula di…”

Pang!

Air mata mula bergenang ditubir mata Zahra. Dia sudah tidak tahan bila dituduh pembunuh! Ringan saja tangan dia melayang pada pipi kiri milik Rizal.

Mencerlung Rizal memandang wanita itu.

“Saya boleh bersabar lagi kalau awak nak cakap yang saya ni tak layak nak jadi isteri awak atau awak nak hina saya macam-macam. Tapi bila awak tetap saja tuduh saya yang bunuh arwah Ikha, saya tak tahan. Menuduh tanpa bukti itu adalah fitnah besar. Fitnah itu dosa lagi besar daripada membunuh. Lebih baik awak bunuh saya dari terus fitnah saya macam ni, Rizal.”

Getaran pada suara Zahra mula kedengaran. Setabah mungkin hati dikuatkan. Dia tidak mahu menangis tetapi sebagai seorang manusia yang ada perasaan, dia tetap saja akan menangis.

Rizal terpampam. Tidak pula dia membalas apa yang Zahra lakukan kepada dia. Tamparan dari wanita itu tidak sehebat tamparan kata-kata Zahra dihatinya.

Zahra pejam mata rapat. Menanti sama ada Rizal akan memukul dia atau tidak. Tetapi masih belum ada sebarang tindakan daripada Rizal. Mata dibuka.

“Kenapa awak diam? Bukan ke awak suka pukul saya? Awak suka tampar saya, herdik saya. And why sekarang ni awak diam? Pukul lah saya sampai saya mati. Itu yang awak nak kan? Bunuh saya kalau itu dapat kembalikan arwah Ikha pada awak. Pukul saya Rizal. Pukul!” Tangan Rizal dicapai dan menampar-nampar dipipinya

Rizal menepis kasar. “Kau jangan cabar aku Araa.”

“Ya! Saya memang tengah cabar awak. Sebab saya nak awak puaskan hati awak yang penuh dengan dendam pada saya. Cepat dendam awak terhapus, cepat awak lepaskan saya dan saya boleh keluar dari rumah ni. Awak, Mommy awak dengan adik awak tak habis-habis bencikan saya. Jadi, buat apa lagi saya ada dalam rumah ni?”

Ujar Zahra lagi dengan nafas yang masih teratur. Dan dia menyambung lagi bersama renungan tajam ke dalam anak mata lelaki itu. Cuba menyampaikan sesuatu.

“Saya bukan perempuan yang lemah, Rizal. Saya bukan perempuan yang akan biar apa awak buat pada saya. Awak silap besar kalau awak cuba untuk buat saya sengsara dengan seksaan awak pada saya.”

Rizal berpaling membelakangi Zahra. Dia tidak sanggup untuk bertentang dengan anak mata redup Zahra. Redup namun cukup membuat dia hilang arah. Mata Zahra yang bergetar juga membuktikan wanita itu tidak lemah. Dia nampak air mata yang bertakung ditubir mata, namun Zahra tidak pula menangis.

🌻🌻🌻🌻

🌻🌻🌻🌻

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 25, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Light of my LifeWhere stories live. Discover now