03 | AM

18.7K 725 60
                                    

Seorang lelaki yang sedang berjalan masuk ke dalam sebuah lorong yang sunyi sepi dengan pakaian serba hitam dengan satu topi. Dia berjalan mendekati seorang lelaki yang memang sudah lama menunggunya dengan anak-anak buahnya yang lain.

Mereka bersalaman sebelum berpelukan seketika.

"Bagus Khairul. You did a great job." Khairul tersenyum sinis dengan kepala yang menunduk.

"Here's your commission." Lelaki itu menghulurkan satu beg kepada Khairul yang berisi sejumlah wang. Tanpa segan silu Khairul mengambil beg tersebut.

"Tapi kita ada masalah ketua. Tadi ada kawan saya kata diorang kena kacau dengan seseorang" kata Khairul sebelum ditumbuk oleh lelaki itu. Kolar baju Khairul dicengkam kuat.

"Siapa?" Soal lelaki itu dingin. Khairul mengeleng laju. Terlalu sakit tumbukkan itu sehingga tak terkata. Beg tersebut terlepas dari genggamannya.

Burgh!

Sekali lagi wajah Khairul ditumbuk. Hujung bibirnya berdarah sedikit.

"Aku dah kata jangan sampai kantoi! Sekarang kau pergi cari orang yang buat kacau-"

"Tak perlu susah-susah nak cari." Kata seseorang dari belakang mereka tetapi jauh ke belakang hanya tubuh mereka saja kelihatan. Wajah ditutupi cahaya. Lorong itu gelap ditambah sekarang waktu malam menyukarkan mereka untuk mengesan siapa gerangan suara itu.

"Kesian budak tu kau tumbuk dia berkali-kali karang mak ayah dia tak kenal dia pula." Seorang lagi lelaki bersuara.

"Korang siapa?! Ini bukan urusan kau. Baik korang berdua berambus sekarang sebelum-"

"Shhh.. jangan jerit-jerit dah malam nanti jiran marah. Apa kata abang pinjam dulu seratus?" Sinis seorang lagi sebelum ketawa kecil.

"Kau pergi tengok." Arah lelaki itu kepada anak buahnya kerana sudah tidak tahan asyik dipotong ayatnya. Anak buahnya bergerak ke arah mereka berdua.

"I bet you never want to see the devil of death on your own" kata seseorang lagi. Makin membulatkan mata mereka semua. Terhenti kaki anak buahnya tadi. Berapa sebenarnya mereka?

"Jangan main-main! Cepat tunjukkan diri korang sekarang! Aku takkan teragak-agak untuk tembak korang semua!" Bergetar suaranya memberi amaran. Pistol dikeluarkan menghala ke arah mereka bertiga sebelum Khairul yang tercengang ditengah-tengah bergerak ke tepi kerana terkejut melihat pistol.

Kolar baju Khairul ditarik sehingga berdiri tegak semula. Pistol dipacukan di kepala Khairul.

"Kalau korang tak nak tunjukkan muka korang aku bunuh budak ni." Khairul memejam mata rapat dengan badan bergetar hebat.

"Do it." Dingin suara itu berkata. Tersentak mereka semua.

"I will thank you later for making my job easier. After him, you, you, you, you and you will follow his lead." Katanya sambil menunjuk ke arah lelaki itu termasuk anak-anak buahnya satu demi satu.

"Kau ingat aku takut dengan kau? Aku lagi berkuasa di sini. Ini tempat aku siapa-siapa berani langgar diorang akan makan peluru aku dulu." Sinis lelaki itu. Anak-anak buahnya juga tersenyum sinis.

"Assholes."

Bang!

Satu tembakan dilepaskan dan terkena lutut lelaki itu lalu dia mencengkam lututnya kuat.

KAU TETAP SEMPURNADove le storie prendono vita. Scoprilo ora