30 | AM

15.1K 518 26
                                    

Di dalam kereta mereka berdua hanya diam. Alyssa mengerling Aryan sekali. Dia risau melihat wajah Aryan yang sembam. Lelaki itu menangis ke tadi? Tapi sebab apa?

Bahu Aryan ditepuk sekali untuk bertanyakan sebab dia menangis tetapi dipotong Aryan.

"Kau nak makan apa?" soal Aryan. Sedaya upaya dia ingin menghindari soalan daripada Alyssa. Dia tidak mahu wanita itu risaukan dia. Sudahlah isterinya mudah tersentuh. Nanti kalau bagitahu menangis lagi.

"Aku tahu kau nak makan apa. Kau nak makan nasi kan?" Kata Aryan senafas. Alyssa mengeleng laju. Tangan diangkat ingin membuat bahasa isyarat tetapi dipotong Aryan lagi.

"Aku tahu kau nak pizza kan? Kfc? Steak? Oh aku tahu kau nak-" mulut Aryan ditekup Alyssa dengan tangan kecilnya. Banyak betul suaminya bercakap sampai tidak sempat dia nak membuat bahasa isyarat.

"Saya tak nak makan dekat luar. Saya nak beli barang basah dekat tesco lepastu masak dekat rumah." Kata Alyssa dalam bahasa isyarat. Aryan mengangguk laju dengan mulut yang masih Alyssa tutup dengan sebelah tangan.

Signal diberikan sebelum dia masuk ke supermarket itu. Mereka berjalan beriringan masuk ke dalam supermarket itu.

"Leftenan Aryan!" jerit satu suara membuat mereka berdua menoleh mencari gerangan suara itu.

Seorang wanita berlari ke arah mereka berdua. Alyssa hanya beriak biasa sebab belum kenal dengan dia. Aryan sudah menjuling mata malas. Kenapa bala ni ada dekat sini juga?

"Tuan buat apa dekat sini?" soal Dahlia berbasa basi.

"Aku nak buat latihan menembak dekat sini. Tempat ni sesuai untuk buat latihan menembak. Banyak tempat boleh menyorok" kata Aryan selamba.

Alyssa mendongak memandang Aryan. Betul ke dia nak buat latihan menembak dekat sini? Ada orang nak tembak diorang ke? Tercari-cari Alyssa dikeliling mereka.

Dahlia sedar yang Aryan sedang menyindrinya. Dia menunduk malu.

Aryan menarik tangan Alyssa pergi tetapi ditahan Dahlia lagi.

"Ini adik tuan ke? Comel lah. Dia sekolah menengah ke rendah? Umur berapa?" soal Dahlia selamba. Alyssa tercengang. Wajah dingin Aryan tadi sudah bertukar. Mahu saja Aryan ketawa tetapi ditahan sebaik mungkin. Wajah Alyssa sudah bertukar masam.

Muka Alyssa memang baby face habis. Dengan pipi gebu gebas dia sebab itu orang selalu salah faham. Dahlia bingung.

"Kenalkan ini isteri aku, Alyssa Maisara" kata Aryan bangga sambil memeluk bahu Alyssa. Dahlia menangguk sekali dengan senyuman segaris.

"Saya Dahlia, kawan sekerja Aryan. Maaflah sebab dah salah faham tadi" kata Dahlia sambil menghulurkan tangan kepada Alyssa. Mereka bersalaman tetapi Alyssa masih dengan wajah masamnya.

Bertambah berang Alyssa apabila perasan yang Aryan hampir tertawakan dia.

"Saya minta diri dulu, tuan. Jumpa dekat kem" kata Dahlia sebelum dia melangkah pergi dengan terpaksa.

Alyssa meleraikan genggaman tangan mereka lalu masuk ke dalam supermarket dengan marah. Kaki dihentak kuat menunjukkan protes.

Sepanjang mereka membeli belah Alyssa tidak bercakap dengan Aryan langsung mahupun memandang Aryan. Aryan menolak troli di belakang tersenyum miring. Ada budak kecil marah. Nak gula-gula ke tu?

"Sampai bila kau nak diam?" soal Aryan. Alyssa hanya diam.

"Kau marah aku ke?" soal Aryan lagi.

Alyssa berpura-pura pekak sambil memilih maggi.

KAU TETAP SEMPURNAWhere stories live. Discover now