13

1.4K 51 3
                                    

"Bangun..."

"Ish kau ni jangan lah kacau dia!"

"Gembira betul dia tadi. Dah macam anak syurga aku tengok."

"Shhh jangan kata kuat-kuat, dia sedar nanti."

"Eh dia dah sedar lah."

"Miya.."

Amiya terus membuka mata apabila terdengar namanya dipanggil. Mata Amiya yang separa terbuka itu, terus terbeliak luas apabila melihat kawan-kawannya berada di dalam biliknya. Amiya terus bangun dari pembaringan.

"Apa korang buat dekat dalam bilik aku ni?" Amiya menyoal sambil meraba-raba kepalanya. Nasib baik dirinya masih bertudung.

"Kitorang nampak kau gembira semacam aje. Itu yang kitorang datang singgah bilik kau." Liwiya berkata.

Amiya mengerutkan kening. "Korang ada kat ruang tamu ke tadi?" Amiya menyoal. Apabila mereka bertiga mengangguk, Amiya terus tercengang.

Mentang-mentang dah jadi hantu, diorang masuk macam itu aje ke dalam rumah aku.

Beberapa saat kemudian, Amiya tersenyum. Hatinya gembira kerana Ivan sudah pulang. Walaupun Amiya tidak nampak Ivan, tetapi Amiya pasti Ivan berada dekat aje dengannya.

"Aku lapar lah. Jom makan bihun." Ajak Lucas selamba seperti dia pula tuan rumah.

"Hantu pun makan bihun ke?" Amiya menyoal sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

"Bukan setakat bihun, lamb chop, chicken chop, sturbuck, haa semua kitorang telan. Cuma kau aje kitorang tak telan." Ujar Adam.

"Korang tak makan tikus ke?" Soal Amiya lagi.

"Tikus yang berbulu nipis tu?! Yang berkaki kecil tu?! Yang ekornya panjang tu?! Yang berlari laju tu?! Memang tak lah kitorang nak makan! Tikus tu elok aku buat berus jamban je." Ujar Adam selamba.

"Habistu? Kenapa Ivan makan?" Amiya menyoal lagi.

"Dia tu gila!" Seloroh Liwiya dengan mata sengaja dibulatkan. Amiya tergamam apabila Liwiya berkata Ivan itu ada penyakit gila.

"Boleh tak jangan panggil aku gila? Tak macho."

Kata-kata Ivan terngiang-ngiang di fikirannya. Amiya memandang wajah Liwiya dengan pandangan tidak puas hati.

"Jangan lah panggil dia gila." Amiya bersuara mendatar.

Liwiya tersengih. Terlupa pula yang Amiya obses dengan Ivan.

"Jom lah makan. Aku pun tak makan lagi. Gembira sangat bila dapat tahu Ivan dah balik." Amiya kembali mengukir senyuman.

Mereka berempat keluar dari bilik itu lalu menuju ke ruang dapur. Mereka melabuhkan punggung di atas kerusi.

"Nah, makan banyak sikit." Kata Lucas sebelum dia meletakkan bihun goreng dicedok tadi ke dalam pinggan Amiya.

"Terima kasih." Kata Amiya dengan senyuman.

Lucas menganggukkan kepala sebelum dia mencedokkan bihun goreng itu diletakkan ke dalam pinggannya pula.

Tiba-tiba Adam menghulurkan pinggan ke arah Lucas. Lucas memandang Adam dengan sebelah kening dijongket.

"Tolong isikan." Pinta Adam dengan wajah selamba.

"Isi lah sendiri." Kata-kata Lucas itu membuatkan Adam mengerutkan kening tanda tidak puas hati.

"Ini tidak adil! Kau bubuhkan untuk Amiya boleh pula! Apahal kau tak nak bubuh untuk aku?!" Adam bersuara dengan nada tidak puas hati.

"Keadaan Amiya kan tengah tak baik sekarang ni. So kita kena lah layan dia dengan baik." Ujar Lucas dengan nada berbisik. Risau kalau Amiya dengar.

[C] Mrs.Ivan Qarl "Obsessed" || 1.0Where stories live. Discover now