30 [PROSES MENGEDIT SEMULA]

769 32 1
                                    

Ken melilau sekeliling melihat ramai manusia yang berpakaian biru sama sepertinya. Ken melihat ke arah beberapa manusia sedang bermain. Manusia itu ada yang tua, dan ada juga yang sebaya dengannya.

PAK!

Ken terus terlompat apabila punggungnya ditampar kuat. Ken menoleh ke arah seorang lelaki yang seperti berusia 30an. Lelaki itu ketawa lalu memukul pula dada bidang Ken.

"WOY!! APAHAL KAU NI RABA-RABA AKU!!" Ken menengking kuat ke arah lelaki itu. Mulut lelaki itu sudah tercebik-cebik seperti ingin menangis.

Ken berkerut melihat lelaki itu.

"Huwaaaaaaaa huwaaaaa!" Lelaki itu berlari menjauhi Ken dengan tangisan.

"Gila..Dasar gila." Ken bersuara lalu duduk di atas bangku yang berdekatan.

"Hai abang!"

PAK!!

Ken terus terbangun dari duduknya apabila ada seorang perempuan dengan selamba duduk disebelahnya sambil menepuk pehanya.

"Kau takde tempat lain ke nak duduk?" Ken menyoal dengan wajah tegang.

Wanita itu tersengih menayangkan gigi rongaknya. Ken menelan air liur.

"Abaaanggg...Ooooo abaaanng..." Wanita itu memanggil lagi dengan tangan membuat gaya seperti come here.

Ken meraup wajahnya dan mencekak pinggang. "Hey Gila! Kau dengar sini erh, Aku ni masih waras! Aku takkan terpedaya dengan godaan kau!"

Wanita itu bangun dari duduk dan menghampiri Ken sehingga berada betul-betul di hadapan Ken.

Ken berkerut apabila wajah wanita itu semakin dekat dengannya.

CUP!

"AAAAAAAAAAGHHHHH!" Ken menjerit kuat sambil menggonyoh-gonyoh bibirnya yang baru dicium wanita itu.

"Nyam! Sedapnya! Anje nak lagi boleh?" Wanita itu mengedipkan matanya berkali-kali.

"ANJE ANJING KAU!! DAH LAH MULUT BAU PETAI!! TAIK HIDUNG MELEKAT DEKAT PIPI!! GIGI RONGAK PULA TU!!" Ken menengking lagi dengan wajah tegang.

"Tetapi mulut abang bau harum lah, abang taknak ke bagi tips?" Wanita itu mengedipkan lagi matanya.

"AAAAGHHH!!! AKU TAKNAK DUDUK SINI!!! AKU TAKNAK DUDUK SINI!!!!!" Ken mencengkam kuat rambutnya lalu Ken duduk bercangkung.

Wanita itu juga turut mencangkung di hadapan Ken.

"Abang nak anje tolong tak?" Wanita itu menyoal. Ken berkerut memandang wanita itu.

"Kau nak tolong aku apa?" Ken menyoal. Mana lah tahu wanita sewel ini mahu menolong dia keluar dari tempat ini.

"Anje akan buatkan abang jatuh cinta dengan anje." Wanita itu berkata dengan bibirnya didekatkan dengan bibir Ken.

Ken pantas menolak dada Wanita itu sehingga wanita itu terjelepuk ke atas rumput.

Ken bangun berdiri. "KAU DENGAR SINI ERH, AKU TAKKAN JATUH CINTA DENGAN KAU! TAKKAN!"

Wanita itu bangun berdiri dan memandang Ken dengan pandangan series.

Ken menelan air liur melihat wajah Wanita itu. Wanita itu kelihatan cantik dan normal apabila menayangkan wajah Series. Matanya bundar, Hidungnya separa mancung, bibir mungil, kulit pula putih bersih.

Wanita itu mengesat pipinya kasar sehingga taik hidung yang berada di pipi sudah hilang. Wanita itu mengeluarkan sisa petai yang berada di bawah lidah dan Wanita itu mengambil tisu yang berada di dalam poket baju. Wanita itu mengelap gigi depannya yang diwarna hitam dengan pen marker.

Tercengang Ken dibuatnya. Gigi wanita itu cantik tersusun.

"Nama saya Anje."

"W-what?" Ken Berkerut.

"Anje. Nama saya Anje."

Terkebil-kebil mata Ken. Ken mengangguk dengan teragak-agak.

"Jom, Ikut saya masuk bilik. Saya akan buat awak jatuh cinta." Anje berkata dengan wajah tiada senyuman.

Ken menelan air liur.

"ANJE!! ANJE!!"

Ken dan Anje menoleh memandang seorang lelaki tua yang sedang berlari menghampiri mereka.

"Siapa lelaki kacak ni?" Lelaki tua itu menyoal dengan mata menjeling Ken dengan jelingan menggoda.

"Pakcik nak? Kalau pakcik nak, pakcik ambil lah. Sebab tadi saya nak dia, tetapi dia taknak pula. Mungkin taste dia macam pakcik." Anje bersuara tenang.

Wajah Ken sudah berkerut seribu apabila Anje seperti menjualnya.

"Betul ni?! Wah! Ini yang Pakcik suka! Anje jangan risau, Pakcik akan layan lelaki kacak ini dengan penuh kasih sayang. Tak sabar pakcik nak dapat anak."

"ANAK?! PAKCIK! I'M NOT GAY!!! ANJE! SEKARANG AKU DAH BOLEH TERIMA KAU ANJE!"

"Maaf, Taste Anje bukan macam awak." Anje berkata dengan sinis lalu terus beredar dari situ.

"ANJE!!! ANJE!! DON'T LEAVE ME ANJE!!"

"Aaaaabbbaaaannnggg..."

Meremang bulu telinga apabila Pakcik itu memanggil Ken dengan suara meleret.

"Pakcik, Pakcik ni sepatutnya bertaubat. Pakcik dah tak lama ni Pakcik. Banyak-banyaklah beristighfar." Ken menepuk-nepuk bahu Pakcik.

Tiba-tiba tangan Ken dipegang Pakcik. Pakcik itu terus mencium tangan Ken dengan bibir basahnya

Mata Ken sudah terbutang.

"Jom, Abang. Kita enjoy..Rawr!!!" Pakcik itu mengenyitkan sebelah matanya lalu menarik tangan Ken. Ken sudah meronta-ronta.

"TAKNAK!!!!! PAKCIK!! TOLONG!!!! TOLONG!!!!!! SAYA KENA RAPE!!! TOLONG!!!!!!"

[C] Mrs.Ivan Qarl "Obsessed" || 1.0Où les histoires vivent. Découvrez maintenant