❆❃ HE IS COLD HEARTED 1

5.8K 188 1
                                    

SENYUMAN manis diberikan kepada pekerja - pekerja disitu sambil kaki melangkah masuk ke dalam lif. Punat 30 ditekan, lalu pintu lif tertutup dengan sendiri.

Sampai sahaja di tingkat 20, wajah Lina yang sedang khusyuk buat kerja menyapa pandangan mata dia.

"Selamat pagi cik Lina, Tuan muda awak ada kat dalam tak?" sapa Shahrul.

"Selamat pagi Tuan Shahrul, Tuan Aaryan ada meeting sekarang. Lepas lunch baru Tuan Aaryan free. Tuan Shahrul nak jumpa Tuan Aaryan ke?" tanya Lina kepada Shahrul yang sedang memandang seorang perempuan yang baru sahaja keluar dari pintu lif.

Lina juga turut memandang ke arah seorang perempuan tersebut dengan senyuman yang dia sorang sahaja tau.

"Tuan Shahrul? " panggilan Lina membuatkan Shahrul tersedar dari terus memandang gadis itu.

"Ouh yeke, kalau macam tu saya pergi dululah. Waktu lunch nanti saya naik balik jumpa dia." bagitau Shahrul sebelum beredar dari situ.

Shahrul masuk ke dalam bilik officenya sebelum pintu bilik ditutup dan dia terus melabuhkan duduk di kerusi yang dikhaskan untuk dia sahaja.

Dia termenung jauh memikir gadis yang tidak ketahuinya tadi. Selama dia bekerja di syarikat kawan baiknya ini, dia tak pernah nampak gadis tu bekerja di sini. Dia sendiri tidak tau kenapa dia memikirkan hal gadis itu. Adakah dia mula jatuh suka pada gadis tu?

Dia tak nak fikir panjang, waktu lunch nanti dia sendiri yang akan bertanya dengan Tengku Aaryan Zahreen tentang gadis itu.

TOK! TOK! TOK!

Telinganya menangkap bunyi ketukan pintu. Arahan di beri dari dalam dengan suara yang serius.

"Come in" arah Tengku Aaryan Zahreen.

Shahrul menapak masuk ke dalam bilik Tengku Aaryan Zahreen.

"Ada apa kau nak jumpa aku? Macam tiada  hari besok kau boleh jumpa dengan aku," tanya Tengku Aaryan Zahreen dengan suara yang mendatar. Matanya asyik membuat membaca satu persatu ayat yang tertulis di setiap lampiran kertas.

Shahrul hanya mampu tersengih sahaja sambil menayangkan barisan gigi putihnya yang cantik itu. Tengku Aaryan buat muka melihat kelakuan pelik lelaki itu.

"Aku nak jumpa kau sebab nak tanya kau jadi ke tak pergi ke markas kita nanti?" tanya Shahrul.

"Aku pergi macam biasa. Kalau ada apa-apa terjadi aku nak korang standbay sahaja, ikut arahan aku sebelum bertindak. Faham? tanya Tengku Aaryan Zahreen dengan tegas. Mood kerja keduanya sudah muncul.

"Faham Ryan, nanti aku akan bagitau yang lain untuk standbay malam ni." balas Shahrul. Dia gigit bibir bawahnya.

'Nak cakap ke tak nak eh? Nanti kalau tak tanya kau juga yang rugi.'

Tengku Aaryan memandang kawan baiknya yang nampak macam ada sesuatu nak ditanya kepadanya. Pelik-pelik sahajalah perangai Shahrul ni.

"Kau ada nak tanya seseuatu dekat aku ke Shah? Kalau tiada kau boleh keluar dari office aku. Aku ada banyak kerja nak kena setel daripada layan perangai setan kau." dingin sahaja suara Tengku Aaryan menegur Shahrul.

Dia bukannya boleh percaya sangat dengan Shahrul ni, perangai lelaki tu sama sahaja dengan Tengku Addyan dan Amir. Kadang-kadang tu sampai pening kepala dia mendengar jeritan tiga ekor beruk tu. Nasib baiklah Dayyan dan Amsyar masih normal.

"Ehmm sebenarnya macam ni, aku nak tanya kau sesuatu. Kau ada ambik pekerja baru ke?" soal Shahrul sambil menahan debaran menunggu jawapan kawan baiknya itu.

HE IS COLD HEARTED [ C ]Where stories live. Discover now