❆❃ SPECIAL CHAPTER ❆❃

2.2K 64 0
                                    

PELUH di muka di lap mengunakan tisu. Aiskrim di tangan di sua ke dalam mulut beberapa kali bila aiskrim itu mula mencair.

Abangnya yang kehulu-kehilir di biarkan sahaja melayan perasaan.

"Kakak nak?" tanya Tengku Aqil Rayyan. Aiskrim yang sedikit cair di suakan ke arah kakaknya, Tengku Areesa Zaharah.

Tengku Areesa palingkan muka memandang adiknya sebelum aiskrim di tangan adiknya di ambil dan di suakan ke dalam mulut.

"Nah. Aqil habiskan aiskrim tu elok-elok tau. Jangan sampai kotorkan baju sekolah tu." pesanannya dapat anggukkan laju dari Tengku Aqil. Dia kembali pandang ke arah kembarnya di depan.

"Ab..."

"Mana Pak Ngah ni. Orang dah lambat tau tak nak jumpa mummy ngan daddy. Hishh... Pak Ngah ni memang nak kenalah." dengusan yang terpancul dari mulut kembarnya iti membuatkan dia berasa geram.

Dia tak habis cakap lagi, suka-suka je masuk line. Di jeling abangnya tajam sebelum satu kereta Audi RS7 parking di depan mereka.

Muka Tengku Ayyash sudah kemerahan menahan amarah. Pak Ngahnya yang baru keluar itu di pandang tajam.

Tengku Areesa dan Tengku Aqil sudah berdiri di sebelah Tengku Ayyash. Tengku Areesa juga buat muka sama seperti kembarnya kecuali Tengku Aqil yang relax sahaja habiskan aiskrim itu.

"Pak Ngah mintak maaf guyss. Pak Ngah lupa nak ambik korang. Alaa...janganlah buat muka macam tu, nak terkencing tau Pak Ngah tengok muka garang korang tu..." kedua tangan di cantumkan seperti tanda minta maaf kepada 3 orang anak sedaranya.

'Ryan... Kenapa anak-anak kembar kau ni ikut peragai sebijik kau ahh. Tak boleh bawa bincang betul ngan budak dua orang ni. Nasib baik ada budak comel ni yang ikut peragai mummy dia.' bisik Tengku Addyan dalam hati. Nak menangis dia tengok muka anak-anak sedaranya.

"Pak Ngah tau kan sekarang dah pukul berapa? Kitorang habis sekolah pukuk berapa? Mummy daddy balik pukul berapa? Pak Ngah datang jemput kitorang pukul berapa?" bertubi-tubi soalan Tengku Ayyash diajukan kepada Tengku Addyan.

Tangannya di silangkan di dada sebelum badan di sandarkan di tiang belakang. Penuh bergaya poster badannya sampai mampu membuatkan murid perempuan yang lalu lalang di situ terpesona dengan dia.

Tapi dia tidak layan dengan pandangan itu kerana wajahnya yang menunjukkan reaksi dingin sudah cukup membuat orang sekelilingnya takut dengan dia.

"Pak Ngah... Nak asyuk alam." pinta Tengku Aqil terus. Dia tidak tahan duduk di luar lama-lama dengan cuaca yang panas ini. Makin cair aiskrim dia dibuatnya nanti.

Tengku Addyan tanpa berlengah lagi terus mendapatkan Tengku Aqil untuk di masukkan ke dalam kereta dia. Sempat pipi gebu itu di cubitnya.

"Pak Ngah... Ayyash tengah soal Pak Ngah sekarang ni. Please answer my question now." Tengku Ayyash mencelah bila Tengku Addyan seperti lari dari menjawab soalan dia.

Tangan di bawa ke belakang, seram sejuk pulak dengan anak sedaranya yang sorang ini.

"Sekarang pukul 2:30 petang. Korang balik pukul 1:50. Mummy daddy korang sampai Malaysia kul 12 tengah hari tadi. Pak Ngah datang jemput korang pukuk 2:20 petang. Kira awallah tu kan Pak Ngah datang jemput korang? Kan?" kening di jongket beberapa kali supaya dua orang kembar itu mengiyakan kata-katanya.

Kening sebelah di angkat mendengar jawapan Pak Ngahnya. Kalau tak di sebabkan diorang kat sekolah sekarang ni, sudah di belasah teruk Pak Ngahnya itu dikerjakan oleh dia.

"Reesa bagi tau aunty Aisya yang Pak Ngah ni buli kitorang sebab ambik lambat. Herm..." Tengku Areesa terus masuk ke dalam kereta meninggalkan kembarnya dan Tengku Addyan.

HE IS COLD HEARTED [ C ]Where stories live. Discover now