BAB 18

386 20 1
                                    

BAB 18

"Kau tak rasa apa-apa ke beb?" soal Izzati tiba-tiba. Aafiya yang sedang menyemak lakaran terus memandang sahabatnya pelik. Rasa apa? Tapi dia malas nak melayan. Rasanya dia dapat agak apa yang cuba disampaikan oleh Izzati. Kalau tak ada kena mengena dengan Qaizer pasti ada kena mengena dengan lelaki. Izzati, dia kenal sangat. Minat sangat dengan kaum yang berlainan jantina tu. Tapi sampai sekarang tak kahwin-kahwin juga. Alasan, kononnya tak jumpa yang mampu buat dia rasa lain macam. Rasa lain macam yang macam mana Aafiya tak faham.

"Beb."

"Apa dia? Kau fokus pada kerja kau boleh tak? Benda ni penting ni. Esok dah kena present kut!" marah Aafiya.

"Aku tahulah kerja aku. Jangan bimbang pasal benda tu. Tapi sekarang ni aku nak tanya kau satu benda ni," Izzati masih berdegil. Nasib baik mood Aafiya elok. Jadi terpaksa jugalah dia melayan. Dia abaikan dulu kertas lakaran, dan dia pandang Izzati yang sedang tersengeh-sengeh semacam. Gedik betul la perempuan ni.

"Hah? Apa dia? Tanyalah. Aku banyak kerja lain yang nak kena buat ni tau. Tak kuasa aku nak melayan gedik kau ni,"

"Betul ke kau tak ada rasa apa-apa pada Qaizer tu?"

Kan! Dah boleh agak.

"Ada."

"Serius?"

"A'ah. Rasa menyampah!" Aafiya senyum. Padan muka. Nak menyibuk sangat. Kalau pasal Qaizer semangat betul nak bertanya. Sampaikan Aizat pekerja dia pun dengan berani ajukan soalan. Soalan pertama Aizat setelah kedatangan Qaizer semalam.

"Bos! Siapa tu? Bakal suami bos ke?" Lagi direct! Nasib baik saja mereka kat luar. Kalau dalam office dia, dah lama dah kepala Aizat dia ketuk laju-laju. Apa? Ada cop atas dahi Qaizer ke yang mengatakan lelaki itu bakal suami dia. Padahal Qaizer bukan lelaki pertama yang datang ke sini.

"Ish! Kau ni...lelaki macam mana lagi yang kau nak ni beb? Qaizer tu aku rasa nak cukup sempurna dah. Apa lagi yang tak cukup?"

Tersentak Aafiya sekejap. Hilang wajah Aizat, muncul pula wajah Izzati. Ada juga yang aku kahwinkan minah ni dengan si Aizat. Baru sepadan. kalau benda yang tak ada kena mengena dengan kerja aktif saja otak mereka.

"Ada aku cakap si Qaizer tu tak cukup kat mana-mana ke?" soalan berbalas soalan.

"Habis tu? Kenapa kau masih nak tolak dia?"

"Kau kan...tanya soalan macam kau baru kenal aku semalam. Takkan setiap kali daddy aku hantar calon jodoh untuk aku, setiap kali tu juga aku kena jelaskan pada kau. Sebab dan alasan dia tetap sama sejak dulu Zati...tak pernah berubah pun," Aafiya sandarkan badannya ke kerusi. Pejam mata rapat-rapat. Sebenarnya kehadiran Qaizer sedikit memberi tekanan buat dia. Dia sendiri tak tahu kenapa? Kenapa dia tak boleh buat tak endah pada lelaki itu seperti apa yang dia lakukan pada lelaki-lelaki lain. Mudah dan tak serabutkan kepala.

"Jadi kau masih rasa yang kau masih tak layak nak jadi seorang isteri?" soal Izzati lagi.

"Jangan tanya soalan yang kau dah tahu boleh tak?" mata Aafiya kembali terbuka. Tatap wajah sahabat baiknya dengan harapan Izzati tutup topik yang buat kepala dia sesak!

"Tapi kan aku tak rasa Qaizer jenis yang mengalah macam lelaki-lelaki sebelum ni," Izzati masih enggan beralah. Nak juga bincang pasal lelaki ni.

"Itu yang buat aku serabut sikit sebenarnya. Pelik la dia ni. Kadang-kadang aku rasa dia macam tak ada perasaan. Aku bukan tak tahu kadang-kadang apa yang keluar dari mulut aku boleh mencabar ego seorang lelaki. Cuma dia ni otak dia cerdas sikit kut...sampaikan ada saja modal yang dia nak balas balik cakp aku dan dalam masa yang sama cabar ego aku semula," tanpa sedar Aafiya membuka cerita.

"See...tak salahla kan bila aku rasa Qaizer ni ada sesuatu yang istimewa pada dia yang tak ada pada lelaki lain," senyuman Izzati dah lain macam.

"Tak payah nak propa sangat wahai Cik Izzati...kau ingat aku tak nampak apa yang terbayang dalam kepala kau tu. Duit dia yang berkepok tu kan? Kereta yang dia pakai masa datang office semalam. Aku rasa tak sampai sepuluh buah yang ada kat Malaysia ni,"

Izzati sengeh lebar-lebar. Alahai. Cepat betul la Aafiya dapat baca apa yang ada dalam kepala dia. Memang la kalau nak dikira, kehidupan dia sekarang ni dah cukup senang. Rumah ada, kereta ada. Walaupun dia tak dilahirkan dalam keluarga kaya macam Aafiya, tetapi kehidupan dia sekarang ni boleh dikatakan agak mewah. Namun, kalau ada lelaki sekaya dan sekacak Qaizer nak kat dia, gila la kalau dia menolak. Harta tujuh keturunan makan tak habis kut.

"Tapi ada satu benda lagi yang kau mungkin tak tahu tapi kalau kau tahu kau makin tambah markah pada dia. Silap hari bulan kau minta aku tukar tepat dengan kau,"

"Apa dia weh?" Izzati dah teruja. Aafiya dah tergelak kecil. Memang sah-sah Izzati bakal menjerit sekejap lagi.

"BMW K 1600 GT!"

"What! Siottt!!" jerit Izzati sekuat hati.

"Oit! Sakitlah telinga aku pompuan!" giliran Aafiya pula menjerit. Hoh! Menyesal pula dia cerita.

"Kau tahu tak superbike tu antara motosikal yang berkuasa tinggi yang memberi keselasaan yang maksimum pada penunggang dan penumpangnya sekali. Penunggang lebih rileks masa menunggang dan penumpang pula sangat selesa dan tak sakit belakang walaupun duduk lama atas tu. Perrhhh...beb...kalau dapat konvoi best kut," ternyata minat Izzati pada motosikal berkuasa tinggi tak pernah berubah. Sebenarnya minat dia juga. Waktu study dulu dia memang aktif menunggang dan aktif berkonvoi. Itu zaman belajar la. Bila dah kerja, bila dah rasa diri tak berapa nak muda sangat, dan mula fokuskan perkara yang lebih penting, dia dan Izzati sama-sama tinggalkan hobi tersebut.

Tiba-tiba Aafiya teringatkan sesuatu. Apa tujuan Qaizer bagi kunci motor dia tempoh hari? Lelaki tu sengaja nak pancing dia ke apa? Tapi mana pula lelaki tu tahu tentang hobinya yang satu ini? Rasanya dia tak dedahkan dekat sesiapa mahupun mana-mana wartawan yang nak menulis tentang diri dia. Dia malas nak buka cerita lama. Itu kisah dia zaman muda-muda. Alahai Aafiya, macamlah sekarang kau dah tua sangat! Tapi nak hairan apa...Qaizer ada 'kabel' besar kut! Daddy dia la tu beritahu. Tapi ada dia kisah kalau Qaizer ada motor yang boleh bawa naik ke langit pun!

"Fiya...kau kahwin la dengan dia!"

"Gila la kau ni makcik. Sebab motor je kau suruh aku kahwin dengan dia! Bengong! Malas aku nak layan kau!"

"Fiyaaa...dah lama kan kita tak naik motor. Rasa macam nak buat balik je kerja gila kita zaman muda-muda dulu! Jom beb!"

"Iyalah! Bagus la tu...lepas tu company ni kau nak suruh siapa yang hadle? Ijat? Sebulan kemudian...bukan setakat motor kau yang kau kena jual balik...dengan kereta dan rumah kau sekali kena lelong! Itu zaman jahiliah...zaman asyik nak suka-suka je. Sekarang ni banyak benda penting yang jauh lebih berfaedah yang kita kena fikir," bebel Aafiya. Izzati terus mencebik. Sungguh! Dia rindu sangat nak menunggang semula. Dan dia tahu, Aafiya juga rindukan semua tu.

ZER & FIYA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now