BAB 86

373 21 0
                                    

BAB 86

Puan Sri Jamelah yang sedang menilik pokok-pokok bunga di taman dikejutkan dengan pelukan anak sulongnya dari belakang.

"Fiya? Kenapa pula ni?" soal Puan Sri Jamelah pelik. Terasa pelukan di pinggangnya semakin erat sehingga dia dapat merasa degupan jantung anaknya yang berdegup agak kencang daripada biasa.

"Fiya...jangan takutkan mama. Kenapa ni? Ada masalah apa-apa ke?" Risau pula Puan Sri Jamelah. Tinggal dua hari lagi sebelum majlis perkahwinan berlangsung. Aafiya pun dah ambil cuti walaupun dia tengok anak dia tu terlalu bersahaja. Macam tak ambil tahu langsung soal majlis perkahwinan sendiri. Duk sibuk pergi ke gym sambil berulang-alik balik ke rumah adik-adiknya. Tetapi hari ini...

"Ma...macam mana kalau Fiya tak mampu nak jadi seorang isteri yang kebanyakkan lelaki idam-idamkan?" soal Aafiya sebak. Menipu kalau dia tak rasa berdebar. Menipu juga kalau dia kata dia tak takut nak alami alam rumah tangga. Sebenarnya dah lama 'ketakutan' itu menyelebungi hidupnya sehingga dia malas nak fikir pasal nikah kahwin selama ini. Sehinggalah dia jumpa Qaizer. Segala-galanya berubah.

Puan Sri Jamelah senyum. Oh! Pasal ni rupa-rupanya. Lega. Sebab dia rasa benda tu tak pelik. Normallah bagi seorang gadis yang akan menempuh satu fasa baru dalam kehidupan mereka. Iaitu alam perkahwinan. Pada mulanya dia ingat Aafiya kental sangat. Jenis yang suka 'redah'dan tak takut ambil risiko. Yalah, selama ini anak sulongnya itu terkenal dengan sikap berani yang kadang-kala tak kena tempat.

"Mama ingat Fiya tak fikir semua tu."

"Ishh! Mama ni...memang la Fiya nampak macam tak kisah. Tapi bila nak dekat sangat...Fiya rasa lain macam. Macam tak bersedia pun ada. Fiya macam hilang confident la ma," luah Fiya jujur. Memang sungguh pun. Tiba-tiba rasa nak tarik diri walaupun dia tahu benda tu agak mustahil buat masa sekarang ni.

"Jangan bimbang sayang...apa yang Fiya rasa tu semua wanita kat luar sana rasa bila nak kahwin. Mama pun pernah rasa apa yang Fiya rasa. Benda tu semua normal sayang. Perkahwinan ni orang kata macam perjudian. Benda yang kita tak tahu apa yang akan jadi lepas tu. Bertuah kita...kita beroleh kemenangan. Dan begitu juga kalau sebaliknya. Pokok pangkalnya Fiya kena set dalam kepala Fiya...bila dah kahwin, siapa Fiya di sisi Qaizer. Apa tugas Fiya. Apa tanggungjawab Fiya sebagai seorang isteri. Soal mampu atau tak mampu, Fiya serahkan pada Allah janji Fiya cuba yang terbaik. Ini soal jodoh, sayang. Insya-Allah, kalau semua berjalan lancar, tiga hari lagi, Qaizer akan jadi suami Fiya. Maknanya Allah dah tetapkan jodoh Fiya dengan Qaizer. Fiya kena terima. Kena terima semua termasuklah apa yang bakal terjadi lepas tu."

"Fiya takut kalau orang lain tak boleh terima perangai Fiya. Mama sendiri pun tahu Fiya macam mana dengan adik-adik. Macam mana Fiya dengan orang yang rapat dengan Fiya. Ya...sekarang memang Fiya rasa Fiya nak berubah. Nak cuba yang terbaik untuk jadi isteri yang solehah untuk suami Fiya...tapi Fiya takut kalau Fiya tak mampu mama. Macam mana kalau Fiya tiba-tiba hilang sabar dan lepas tu Fiya derhaka pada suami Fiya sendiri. Fiya tentu berdosa kan mama?" pelukan semakin dieratkan. Hangat tubuh mamanya sedikit sebanyak memberi dia ketenangan yang dia perlukan saat ini.

"Fiya sayang Qaizer?"

"Sangat!"

"Fiya nak hidup dengan dia?"

"Fiya tak pernah bersedia nak jadi isteri hinggalah Fiya jumpa dia."

"Fiya rasa Qaizer sayangkan Fiya?"

"Errmmm...mungkin sayang dia pada Fiya lebih dari Fiya sayang dia kut!"

Puan Sri Jamelah senyum. Kalau bab sayang tu, dia sendiri pun boleh nampak. Sebab tu dia dan suami begitu yakin Qaizer mampu gantikan mereka untuk menjaga Aafiya.

ZER & FIYA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now