FG|5

85 17 3
                                    

Pintu utama rumah dibuka dari arah luar. Puan Raudah di ruang tamu berdiri dan memandang ke arah susuk tubuh gadis yang tiada khabar berita hampir lima hari.

"Anna!"

Anna mengeluh dan menoleh. Puan Raudah mengatur beberapa langkah ke depan. Mendekat dengan si anak.

"Ke mana kamu?! Sekarang baru nak balik hah!" Garang dan lantang suara Puan Raudah. Jelas kelihatan wanita itu sangat marah. Selama ini, dia tidak pernah tak pulang ke rumah selama beberapa hari.

Risau mungkin.

"Kenapa diam?! Jangan cakap kamu pergi berfoya-foya kat luar sana" Tersentak Anna mendengar bicara yang baru diutarakan oleh Puan Raudah. Selama ketiadaannya, itu rupa-rupanya yang difikirkan wanita itu. 

"Anna pernah ke keluar berfoya-foya sebelum ini?" Pertanyaan itu mendapat kebisuan dari Puan Raudah. Mata bertemu mata. Tampak tubir mata wanita itu bergenang tetapi cepat-cepat dikedipkan lalu menoleh ke dinding seketika.

Dia tahu, Puan Raudah risau. Tetapi kenapa perlu marah-marah sebegitu dan kenapa tiada pertanyaan, dia baik-baik saja atau terluka di mana-mana?

Susah barangkali ingin menanyakan itu. Dia tak marah, tapi kecewa.

"Anna nak naik atas. Ibu ada nak cakap apa-apa lagi?" Lembut tutur bicara Anna. Moodnya baik sekarang ini.

Tiada faedah juga jika dia menaikkan suara. Mungkin akan mengeruhkan lagi keadaan. Tambahan lagi, emosi Puan Raudah susah untuk dijangka. Sekejap baik, sekejap marah.

"Kamu tak apa-apa?" Tangan Puan Raudah naik menyentuh bahu Anna. Lalu diusap bahu itu. Menyalurkan kasih sayang melalui sentuhan tersebut.

Anna diam seketika. Ingatan pada kejadian itu kembali berputar, hanya sedikit saja yang dia ingat. Fattah menyelamatnya. Selebihnya dia tak tahu.

Selepas minum air yang diberikan pemandu itu, dia jadi mengantuk. Sedar-sedar keretanya berlanggar dengan kereta Fattah. Pemandu sudah hilang ke mana. Mujurlah Fattah tidak tercedara parah.

"Aduh!" Anna berdesis apabila tangan Puan Raudah menyentuh bahagian lengan tangan. Bibir diketap. Balutan pada luka itu dibuka sebelum Fattah menghantarnya. 

Puan Raudah menyelak lengan baju Anna.

"Kenapa ni?!" Puan Raudah terkejut melihat luka yang agak panjang pada lengan Anna. Tiada darah tetapi luka masih kemerahan. Ini seperti terkena objek yang tajam.

"Sikit je. Anna dah pergi klinik" Anna menarik tangan dan menurunkan lengan baju yang diselak.

Puan Raudah menatap wajah Anna lama. Kemudian dia berlalu dari situ.

"Suka hati kamu la"

"Hm Anna, kamu pergi mana?Hampir lima hari tak balik rumah? Tidur rumah kawan?" Anna menoleh ke arah punca suara Encik Ridhwan. Masih dalam pakaian kerjanya. Pasti pulang untuk makan tengah hari.

"Ya" Anna senyum segaris.

Encik Ridhwan berlalu ke meja makan yang sudah siap terhidang dengan lauk pauk. Anna berundur diri naik ke tingkat atas. Sengal-sengal di badan makin terasa. Dia mahu berehat sebentar.

"Anna?" Darrel menegur Anna yang baru hendak masuk ke bilik. Sudah beberapa hari dia tidak nampak gadis itu.

"Kau pergi mana? Aku risau tahu. Senyap je. Aku call tak angkat, mesej tak balas" Mata dikecilkan sambil tangan berpeluk tubuh.

Anna sengih.

"Tengok phone aku ni" Telefon dikeluarkan dari poket seluar dan menayangnya di depan mata Darrel. Skrin telefon telah retak seribu kerana malam itu.

OG | THE LOST SANDRA'SWhere stories live. Discover now