FG|13

66 11 2
                                    

"Ummi!"

"Ummi!" laung Fairel kuat sambil memapah Fattah masuk ke dalam Villa. Tergopoh-gopoh Datin Flora keluar dari dapur ke ruang tamu. Apa yang bising sangat ni.

"Ya Allah! Anakku!" Mahu luruh jantungnya tatkala melihat Fattah pulang dengan baju kemeja berdarah. Lantas Datin Flora menyambut Fattah dari Fairel dan membawa anaknya ke bilik tetamu.

Dulu suami, sekarang anaknya pula.

"Kak Anna duduk la dulu" pelawa Fairel. Anna duduk di sofa setelah mendapat keizinan. Tak pernah terfikir bahawa dia akan kembali ke Villa ini dengan situasi cemas begini.

"Call Dr. Naufal!" Fairel pantas mengeluarkan iPhone dan mendail nombor doktor peribadi keluarga mereka.

Anna perhati Fairel sedang bercakap dengan Dr. Naufal, kemudian merenung darah Fattah yang masih melekat di tangan. Dia belum mencucinya lagi.

Tika ini, hatinya berasa kosong. Sampai begitu sekali orang itu mahu membunuhnya. Apa motif orang itu sebenarnya?

"Fairel. Boleh tunjukkan mana sink?" soal Anna sesudah Fairel menamatkan panggilan. Dia berdiri.

"Boleh" Fairel angguk. Pasti mahu membersihkan darah Fattah yang melekat di tangan. Dia pun nak tanya tadi tetapi Anna terlebih dahulu menanya.

"Fairel ada terluka mana-mana?"

Fairel geleng, bibirnya menguntum senyuman kecil. Kisah pula Anna padanya. Terasa seperti seorang kakak dan adik pula. Seingatnya, dia ada meminta adik perempuan dari Ummi dan Papa semasa umur 6 tahun.

Lama dia tunggu tapi tak dapat. Memang tiada dalam takdirnya untuk ada adik perempuan.

Tak ada adik perempuan pun tak apa. Asalkan dapat bakal kakak ipar cantik macam Kak Anna!

"Tak ada. Kak Anna pula ada luka tak?" Fairel sengih sambil menyoal.

"Alhamdulillah. Tiada"
Sampai di dapur, Anna mencuci tangan di singki. Bekas sabun yang tersedia di situ di tekan sehingga keluar cecair di dalamnya.

"Fairel! Tolong-" Datin Flora terkejut melihat seorang gadis di sebelah Fairel. Sejak bila ada perempuan lain masuk tadi. Lihat pada belakang tubuh itu seperti dia kenal sahaja.
Bila gadis itu berpaling, Datin Flora terus senyum lebar.

"Kamu pun ada Anna?! Maaf Ummi tak perasan tadi. Risau tengok Fattah berdarah"

"Tak apa, Ummi. Hm Fattah okay?"

"Dia okay. Luka tak dalam mana. Pergi la tengok dia. Fattah pun macam sedang tunggu seseorang tu" Terangkat sebelah kening Fairel selepas mendengar butir bicara Datin Flora. Lain macam je ayat Ummi ni. Atau Ummi turut berkenan dengan Kak Anna?!

Fairel tunduk kepala sambil tersengih sumbing.

"Kamu kenapa tersengih macam orang tak betul?" Tersentak Fairel dibuatnya. Sampai hati Ummi kata dia tak betul.

"Sampai hati Ummi.. " Fairel tayang muka merajuk lalu mengorak langkah mengikuti Anna.

"Apa nak jadi la dengan anak aku yang sorang tu.." Datin Flora geleng kepala. Dah besar tapi perangai tak ubah-ubah.

"Siapa tu?"

"Opocot! Abang! Terkejut saya" Datin Flora menjeling tajam Dato' Zayyan. Suka buat dia terkejut. Mujur dia tak pegang apa-apa, kalau tidak memang dapat pukulannya.

"Maaf, Sayangku. Ha yang dengan Fairel tadi tu siapa?"

"Perempuan yang Fattah selamatkan hari itu" Dato' Zayyan diam seketika. Wajah gadis itu sangat menyerupai seseorang yang dia kenal. Sangat.

Ahhh! Mungkin firasat dia sahaja.

"Macam pernah nampak"

"Mungkin awak nampak dia dekat majlis pembukaan resort baharu kita. Fattah jumpa Anna dekat sana" kata Datin Flora sambil tangan lincah membuat secawan coffe untuk suaminya. Dato' Zayyan jika datang ke dapur pasti mahu minum air coffee.

"Dia anak Dato' Ridhwan" tambah Datin Flora.

Dato' Zayyan angguk lalu menyisip air coffee buatan isterinya.

"By the way, Coffee awak manis lebih hari ini" komen Dato' Zayyan. Datin Flora terus mendekat. Rasanya dia tak tambah apa-apa.

"Biar betul awak ni?" Datin Flora ragu-ragu dengan si suami yang tersengih itu. Suaminya bukan boleh kira, kadang-kadang sengaja nak menyakat.

"Manis dengan senyuman awak" Dato' Zayyan kenyit sebelah mata sebelum membawa cawan coffe itu bersamanya ke bilik kerja.

Datin Flora kaku di tengah dapur. Menyempat!

Tok! Tok!

"Boleh saya masuk?" Fattah yang melihat Anna di muka pintu bilik terus menyandarkan badan di kepala katil. Rambut yang terjuntai diraup ke belakang biar kelihatan rapi. Kemudian dia angguk bersama senyuman.

"Awak okay?" Anna berdiri di hujung katil. Mata tertumpu pada balutan kain kasa di pinggang Fattah. Boleh bertahan sehingga Dr. Naufal tiba.

"I'm fine. Kenapa berdiri duduklah" Jari telunjuk Fattah terarah pada sofa panjang tidak jauh dari katil. Anna geleng. Dia tak mahu berlama-lama dalam bilik ini. Kurang selesa.

"Tak selesa? Tu Fairel ada kat luar" Mengerti apa yang sedang difikir Anna, Fattah petik nama Fairel yang baru tiba di muka pintu itu.

Fairel terkedip-kedip di hujung katil. Apa?

"Tak apa saya berdiri je" Anna tolak pelawaan Fattah lembut.

Fattah senyum. Bila dah tolak, tak boleh nak paksa. Dia ikut keselesaan Anna.

"Fattah. Dr. Naufal dah datang" kata Datin Flora di muka pintu bilik dan mempersilakan Dr. Naufal untuk masuk ke dalam.

Anna langsung mendekati Fairel. Dia beri isyarat mata kepada Fairel untuk keluar dari bilik ini bersamanya. Dia masih tak biasa.

Fairel faham akan isyarat mata itu terus bawa Anna keluar dari bilik tersebut.

"Perempuan tu ke yang kau ceritakan?" soal Dr. Naufal sambil mengeluarkan alatan untuk merawat luka Fattah. Balutan kain kasa dibuka perlahan dan terserlah luka di pinggang Fattah.

Sarung tangan putih dipakai dahulu sebelum menyentuh birai luka tersebut. Pendarahan sudah berhenti. Luka pula tidak dalam.

"Pretty, right?" Fattah sengih malu.

Dr. Naufal tawa kecil. Betul la firasat dia sebelum ini. Fattah jatuh cinta pada seseorang. Bila berjumpa dengannya pasti ada topik khas untuk gadis itu.

Dia sebagai kawan rapat, menadah telinga mendengar luahan hati Fattah. Nanti bila dia sukakan seseorang, Fattah pula dengar luahanya.

"Cantik sangat"

"Aku je boleh puji dia. Kau tak boleh" Fattah mengecilkan matanya. Dia kata cantik kan, jadi jawablah ye. Tak perlu kata macam tu.

Dr. Naufal ketawa besar. Ada orang cemburu.

"Naufal. Dah siap ke belum?" Dr. Naufal angkat kepala dan memandang tepat pada Datin Flora.

"Dah, Ummi"

Datin Flora senyum.
"Ummi ada buat air teh dan cekodok pisang. Dekat dapur tau"

Dr. Naufal senyum.

"Okay, Ummi. Nanti Naufal menyusul"
balas Dr. Naufal. Luka Fattah yang sudah siap dicuci dan dibalut kembali. Baju t-shirt hitam yang tersedia di atas katil dihulur kepada Fattah.

"Tutup sixpack kau tu"

"Habis sixpack aku. Dibara oleh kau tadi" Dr. Naufal terbungkam di birai katil. Tak percaya itu yang keluar dari mulut Fattah. Padahal ini bukan pertama kali dia pegang bahagian sekitar abdomen Fattah.

"Ceh! Macam kau je ada. Aku pun ada" Tanpa segan silu, Dr. Naufal mengangkat bajunya dan memperlihat sixpack miliknya.

Fattah ketawa sambil tapak tangan melekat pada luka di pinggang yang terselindung baju.

"Jom. Ummi dah tunggu kita"

"Jom"

Continue...

OG | THE LOST SANDRA'SWhere stories live. Discover now