CKT 14

2.7K 92 0
                                    

Jam sudah menunjukkan waktu tengahari . Aku memang tak sabar sangat nak keluar dari office ni . Dah rupa cacing kepanasan dah aku ni . Yang si Fir ni pulak ulang-alik masuk bilik . Tak selesa agaknya bila aku yang kerja sini .

"Leeya , dah lunch dah ni . Jom la turun dulu" Nasha datang menegur aku sambil tangan sibuk mengemas fail-fail yang berselerak di atas meja .

Belum sempat aku menjawab Firas terlebih dahulu memotong . Haishhla dia ni memang tak boleh nak bagi kesempatan untuk aku hidup senang ke ?

"Leeya lunch dengan saya harini"

"Oo . Leeya ni buah hati bos rupanya" . Hampir tersedak aku . Buah hati ? Aku ? . Uihhh idoler nak jadi buah hati si Firas ni . Dulu boleh la sekarang memang tak .

"Takpe la kami turun dulu" Nasha sudah meminta diri untuk beredar dari situ .

"Bos dating dulu la . Kami nak pergi makan" . Lah ? tak habis lagi ? .

"Eva memang suka bergurau macam tu . Tak payah ambil hati sangat"

"Aku okey je kalau Eva nak bergurau macam tu tapi bukan shipkan aku dengan kau . Tak suka"

Baru saja hendak menyambung semula kerja yang tertunggak itu Firas kembali buka mulut .

"Jom turun . Waktu lunch" Firas berkata sambil melihat jam tangan .

"Taknak" aku hanya menjawab sepatah . Malas nak bercakap dengan si Fir ni . Serabut kepala otak .

"Cakap je lah nak aku dukung . Boleh je" Firas sudah mula mendekat . Ha ni yang buat aku hilang oksigen tiba-tiba ni .

"Ishh . Ye la" . Terus aku bangun dari kerusi dan meninggalkan Firas di belakang . Marah pun kau suka . Eh ! tak boleh Firas mungkin tunang atau dah jadi suami orang . Jangan biarkan hati kau suka dekat dia balik . Jangan Leeya jangan .

***

Masuk saja ke dalam restoran aku terus meletakkan punggung di atas kerusi . Firas duduk berhadapan dengan aku . Memang tak berselera aku nak makan nanti .

"Kau nak makan apa ?" Firas bertanya selepas selesai memesan makanannya .

"Give me nasi goreng seafood and hot cappucino"

Selesai memesan makanan , pelayan tersebut terus hilang disebalik dinding yang memisahkan ruang dapur tersebut . Aku pura-pura bermain telefon . Aduh time macam ni tak ada pulak orang nak mesej . Kalau tengah sibuk mahu berjuta spam whatsapp aku .

Aku angkat saja muka terus bertentangan dengan mata Firas . Jangan la nak perhati aku macam tu . Main je la fon

"Leesya tak marah ke kau lunch dengan aku ?" aku terus bertanya untuk menghilangkan rasa berdebar di hati . Kalau di biar dia tengok aku mahu menggelupur sebab tak selesa aku dekat sini .

"Entah" . Tu je ? . Ini buaya spisis apa ? . Berkerut muka aku mendengar jawapan Firas . Takkan la Leesya tak marah . Kalau Leesya tak marah maknanya Leesya tak tau kalau Leesya tak tau maknanya dia tak bagitahu . Ha ni memang betul-betul masalah .

"Eh kau jangan buat main macam ni Fir . Dibuatnya dia tarik sekali lagi tudung aku . Habis aurat aku nampak dekat bukan mahram"

Firas hanya gelak . Ni je la kerja dia gelak je manjang . Kalau aku sodok garpu ni dalam anak tekak dia tu , bisu baru tahu .

"Dah lah aku jamin selamat punya . Kau jangan risau" Firas menjawab dengan muka tidak bersalah . Ewah ewah ini kalau bab bercakap memang pandai lepastu tak boleh nak handle .

"Lantak kau la . Kalau jadi apa-apa semua salah kau . Sebab kau yang pandai sangat cakap kan" Tak nak bertekak akhirnya aku hanya mendiamkan diri . Aku dapat rasa yang Firas sedang memerhatikan aku sekarang . Tapi aku hanya buat bod0h . Risau kalau cik hati ni jatuh cinta balik .

CINTA KEKASIH TERAGUNG Where stories live. Discover now