"Firas makan la sikit" Aku terus memaksa Firas untuk mengisi perut . Hari ni aku tak masuk kerja . Hampir sehari aku di hospital gara-gara teman kan Firas . Tapi datang sini pulak buat panas hati je . Daripada tadi lagi bergaduh mulut paksa suruh makan .
"Taknak . Aku dah kenyang la"
"Kenyang ? Kau kenyang makan apa je Fir ?"
"Sushi semalam la
"Sushi tu ? Eh yang tu semalam . Yang ni harini"
"Taknak"
"Makan"
"Makanan dia pahit . Tak sedap"
"Banyak sangat songeh kau"
"Taknak taknak . Umi tolong la , Leeya paksa Fir"
"Umi tak ada . Tak payah nak memanggil" . Aihh ini betul-betul anak mak ni . Kalau bergaduh mulut macam ni memang takkan habis la . Aku habis sedaya upaya fikir macam mana cara nak ugut mamat ni .
"Ouh oke , taknak makan ? Kau taknak makan ? Ke kau nak Pakcik Megat yang datang suapkan kau ? Kau jangan ingat aku tak berani Fir"
"Tak payah la"
"Dah tu makan la"
"Aku makan sikit je eh ?"
"Lantak la sikit pun janji alas perut . Tapi kalau kau makin sakit , kau yang tanggung sakit bukan aku" Firas buat muka pasrah . Ha cari pasal sangat . Orang cakap cara baik suruh makan tadi taknak . Bila orang dah guna jurus ugutan baru nak elok .
Firas buka mulut , aku terus suapkan makanan . Firas buat berkerut tanda makanan tidak sedap . Lembik la dia ni . Nenek aku makan okey je .
"Dah taknak dah" Aku berlalu untuk membasuh sudu . Makanan tadi dibiarkan sahaja di atas meja . Dah dia taknak bukan boleh nak paksa sangat .
Aku duduk di sofa sambil bermain telefon . Firas pula duduk di hadapan aku . Dah sihat dah kot , tu yang dah boleh berjalan tu .
"Lee , kau taknak ke tukar panggilan aku kau ni ?" Ini topik yang paling malas aku nak bicarakan . Kenapa la kena tanya soalan macam tu .
"Tukar panggilan ? Macam mana ?"
"Macam 𝗵𝘂𝗯𝗯𝘆 ke 𝘀𝗮𝘆𝗮𝗻𝗴 ke 𝗯𝗮𝗯𝘆 ke , 𝗔𝗕𝗔𝗡𝗚𝗚 ke kan ?" Firas menekan panggilan tersebut . Hubby ? Sayang ? Baby ? Abang ? Eiiiii taknak taknak . Belum kahwin lagi . Tak biasa la aku .
"Tak biasa la Fir . Kita dah biasa macam ni kan ?"
"Dah biasa dah biasa . Takkan nak biasakan sampai kahwin nanti ?"
"Lepas kahwin tu lain la . Ni belum kahwin lagi Fir . Kita bertunang pun baru berapa hari je" Sumpah aku tak tahu macam mana nanti nak kena panggil dia macam tu . Arghhh susahnya .
"Apa la yang susah sangat ?"
"Fir kita ni dulu kawan dari kecik sampai besar . Lepastu dah terbiasa panggil aku kau macam tu and then kita tunang terus nak tukar panggil macam tu ? Widihh sumpah tak boleh Fir"
Aku masih lagi cuba untuk mengelak dengan panggilan itu . Bayangkan la , nak sweet-sweet dengan kawan baik sendiri ? Oh no , oh no , oh no no no no no . Memang idok lerrr nak panggil gitu .
Aku masih lagi tidak lepas memandang muka Firas . Kena pukul pun muka tetap hensem . Untung la perempuan yang dapat kau ni Fir . Ishh bertuah betul perempuan tu
"Asal pandang aku macam tu ?" Aku terus laju pusingkan kepala ke arah lain . Dia perasan eh ? Adu kerja tak clean la kau ni Leeya . Buat malu muka je bila kantoi macam ni .
YOU ARE READING
CINTA KEKASIH TERAGUNG
Romance[First Story] Muhammad Firas bin Megat Mikael Sebaris nama yang mampu menggetarkan jiwaku . Lelaki yang aku cintai dari pertama kali aku mengenalinya . Lelaki yang mampu membuatkan aku cair dengan sikap dan caranya yang selalu bersopan-santun , sel...