Part 1

63 3 0
                                    

DENGAN perasaan marah yang semakin meluap,kakinya terus melangkah sehingga dia berada di hadapan pintu.

Tangannya laju sahaja mengetuk pintu dengan kuat.Wajahnya sedari tadi kelihatan menahan marah yang teramat.

Tidak lama kemudian,pintu itu terus terbuka dari dalam.Muncul seorang gadis dengan wajah yang jelas terkejut.

"Jungkook..awak buat apa dekat sini?"soalan So Ri hanya dibiarkan seperti angin lalu oleh Jungkook.Matanya menatap tajam ke arah So Ri.

"Kenapa kau tak angkat telefon aku?"soalnya dengan serius.

So Ri yang ingin menjawab tertenti apabila dia disoal lagi oleh Jungkook.

"Kenapa kau tak baca mesej aku?"soalnya lagi.

"Kau keluar dengan siapa tadi?"soalnya dengan wajah yang serius dan pandangan yang menakutkan.

"Perlu ke awak nak tahu?"jawapan So Ri membuatkan perasaan marah Jungkook makin meluap.

Tanpa berkata apa-apa,Jungkook terus menarik So Ri dengan kasar,masuk ke dalam rumah.

"Sa..sakit,Jung"meringis kesakitan ditangannya.

Malangnya,Jungkook langsung tidak pedulikan kata-kata So Ri tadi.

"Berani kau keluar tak bagitahu aku!"marahnya.

"Sakitlah,Jung!"So Ri mula berasa takut melihat wajah Jungkook.

"Kenapa kau abaikan semua mesej aku?"marahnya.

"Sakit,Jung"

"Aku dah cakapkan,jangan abaikan semua mesej dengan panggilan telefon aku!"sambil menarik kuat rambut So Ri.

"Arghh..sakit,Jung"meringis kesakitan.

"Siapa lelaki tu?"soalnya lagi.

So Ri hanya diam sambil cuba melepaskan rambutnya dari genggaman kuat Jungkook.

"Aku tanya! Siapa lelaki tu?!"jerkahnya kuat sambil menarik lagi rambut So Ri.

"Dia...kekasih saya!"jerit So Ri,kuat.Kesabarannya mula menipis apabila dia diperlaku kasar oleh Jungkook.

"Apa?!"melepaskan rambut So Ri.

"Dia kekasih saya!"jawab So Ri dengan berani.

"Kau! Kau curang dengan aku!"marahnya.

"Saya tak curang dengan awak! Dia dah lama jadi kekasih saya! Awak tu yang perosak hubungan saya dengan dia!"jerit So Ri.

Papp!!!

Satu tamparan melekat di pipi kiri So Ri.

"Kau...jangan macam-macam dengan aku! Untuk pengetahuan kau,hanya aku je kekasih kau! Bukan lelaki lain!"marah Jungkook.

"Saya tak cintakan awak,Jungkook! Jadi,lepaskan saya!"marah So Ri.

"Tak,sayang.Aku takkan lepaskan kau.Hanya awak milik aku!"katanya dengan serius.

"Saya bencikan awak,Jungkook"marah So Ri.

Pappp!!

Sekali lagi tamparan hebat mengena pipi mulus So Ri.Air mata So Ri mula mengalir dari tubir matanya.

"Hari ni,aku akan bagi pengajaran dekat kau supaya kau takkan berani lagi keluar dengan lelaki lain" katanya dengan senyuman sinisnya.

"Ap...apa yang awak nak buat?"sambil mengundur ke belakang.

"Pengajaran yang 'istimewa' untuk awak,sayang"bisiknya di tepi telinga So Ri.

So Ri menggeleng kepala dengan laju."Tak.Sa.. saya minta maaf,Jungkook.Jangan buat saya macam ni"rayunya.

"Mestilah aku akan maafkan kau tapi selepas kau dah sedar dengan kesalahan kau"katanya sambil menarik kasar menuju ke suatu tempat.

"Tak,Jungkook! Saya merayu!" rayunya sambil menangis.

Malangnya,Jungkook langsung tidak berasa kesian melihat wajah takut So Ri.Dia hanya diam sambil terus menarik So Ri yang sedang meronta-ronta minta dilepaskan.

𝐏𝐨𝐬𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐯𝐞 𝐛𝐨𝐲𝐟𝐫𝐢𝐞𝐧𝐝Where stories live. Discover now