Part 2

39 0 0
                                    

SO RI menangis teresak-esak sambil memeluk kedua-dua lututnya.Seluruh wajah dan tubuhnya penuh dengan luka dan lebam.

Beginilah kehidupannya apabila Jungkook mula mengatur hidupnya.Dari dulu lagi,dia tak pernah cintakan Jungkook tetapi entah bagaimana Jungkook mula menguasai hidupnya.

Di dalam bilik yang gelap,So Ri menangis teresak-esak.Bukan dia tak pernah terfikir untuk lari daripada Jungkook tetapi Jungkook sentiasa dapat menghidu tentang niatnya itu.

Kini,dia dikurung oleh Jungkook sejak semalam kerana lelaki itu menjumpainya ketika dia bertemu dengan seorang lelaki.

Sikap mengongkong Jungkook membuatkan hidupnya terseksa.Dari luaran,mungkin orang menganggap Jungkook seorang lelaki yang cukup sempurna tetapi disebaliknya Jungkook tak ada bezanya seperti lelaki yang pengecut!

Tiba-tiba,kedengaran bunyi pintu dibuka.So Ri hanya diam tanpa memandang ke sumber suara.

"Sayang,awak dah bangun?"soalnya seperti tak ada apa-apa yang berlaku semalam.

So Ri hanya diam tanpa memandang wajah Jungkook.Semakin lama,perasaan bencinya pada Jungkook mula bertambah.Dia bencikan Jungkook! Benci sangat-sangat!

"Sayang...awak dah mandi?Kalau belum pergilah mandi dulu.Saya tunggu awak dekat luar,kita sarapan sama-sama"ujar Jungkook dengan lembut.

"Sampai bila awak nak seksa saya,Jungkook?"soal So Ri dengan sisa keberanian yang dia ada sekarang.

Jungkook yang sedari tadi hanya tersenyum terus berubah serius."Apa maksud awak,sayang?"

"Sampai bila awak nak berkasar dengan saya?"soal So Ri lagi.

"Apa maksud awak? Saya cakap elok-elok dengan awak,kan? Mana ada saya berkasar dengan awak"dengan nada menahan marah.

"Semalam! Awak pukul saya,Jung! Awak seksa mental dan fizikal saya!"jerit So Ri sambil menangis.

"Sayang..."Jungkook terus mendekati So Ri dan memeluknya.

"Maaf.Maafkan saya,sayang.Saya janji saya takkan pukul awak lagi"pujuk Jungkook.

So Ri terus menepis tangan Jungkook dengan kasar."Saya dah muak dengan kata maaf awak.Lepas awak minta maaf,awak tetap akan pukul saya juga!"jeritnya.

"Maaf,sayang.Saya marah sangat sebab nampak awak dengan lelaki lain"lirih Jungkook.

"Awak siapa nak atur hidup saya?!Saya bukan kekasih awak!"marah.

Papp!!

Satu tamparan kuat mengenai wajah So Ri.

"Awak kekasih saya! Dan,saya akan pastikan awak jadi kekasih saya selamanya,faham?!"marah.

So Ri hanya diam sambil terus menangis.

"Dah,saya tak nak dengar apa-apa lagi.Lebih baik,awak pergi mandi lepas tu turun bawah"katanya sebelum pergi meninggalkan So Ri yang menangis teresak-esak.

****

SEPANJANG mereka bersarapan,So Ri hanya diam tanpa ada niat ingin bersuara.Sedari tadi,So Ri hanya termenung sambil bermain-main dengan sudu dan garpu.

Jungkook yang perasan dengan perubahan So Ri,dia terus pergi meninggalkan So Ri di meja makan.

Tidak lama kemudian,Jungkook datang semula dengan membawa first aid kit.

"Sini.Saya ubatkan luka awak"menyentuh wajah So Ri.

"Tak payah.Kalau luka saya dah sembuh pun,luka lain akan muncul juga"tolak So Ri dengan penuh maksud tersirat.

Jungkook mengeluh lemah sambil memandang dalam ke arah anak mata So Ri yang sembab kerana baru lepas menangis.

"Maafkan saya,sayang"ucap Jungkook,lembut.

So Ri hanya diam tanpa memandang wajah Jungkook.Ya,dia tak sanggup lagi mahu memandang Jungkook.Hatinya terasa sakit setiap kali dia memandang wajah Jungkook.

"Apa yang patut saya buat supaya awak maafkan saya?"

"Awak boleh ke buat apa yang saya nak?"soalan dijawab soalan oleh So Ri.

"Ya,sayang.Saya akan buat apa sahaja asalkan awak maafkan saya"

"Kalau macam tu,saya nak awak lepaskan saya"

Mendengar kata-kata So Ri membuat wajah Jungkook terus berubah.

"Tak.Saya tak boleh tunaikan permintaan awak tu"katanya serius.

So Ri tersenyum sinis mendengar kata-kata Jungkook.

"Tengok! Awak tak boleh tunaikan permintaan saya"katanya dengan nada sinis.

"Saya boleh tunaikan apa sahaja yang awak nak tapi bukan untuk lepaskan awak"Jungkook cuba menahan rasa marah.

"Itu tandanya awak pengecut! Awak bukan cintakan saya tapi awak cuma nak seksa saya,kan?!"jerit So Ri dengan berani.

"Cukup! Saya tak nak dengar apa-apa lagi! Saya tak nak cederakan awak,jadi... lebih baik awak jangan cakap macam ni lagi"menahan marah.

"Kalau awak nak pukul saya,pukullah! Badan saya ni dah terbiasa kena pukul sebab awak selalu seksa saya!"

Prakk!!

Berderai semua cawan dan pinggan di atas lantai.

Dada Jungkook kelihatan turun naik menahan marah.So Ri hanya diam sambil memandang wajah marah Jungkook.

Kemudian, Jungkook berjalan mendekati So Ri kemudian dia menarik rambut So Ri dengan kasar.

"Aku takkan sesekali lepaskan kau! Itu pun kau tak fahan lagi ke,hah?!"

Satu tamparan melekat lagi dipipi So Ri.Luka dan lebam tadi masih tidak sembuh tetapi sekarang dia ditambah lagi dengan luka yang baru.

Bahasa dirinya dengan So Ri juga sudah berubah kerana terlampau marah.

"Kenapa awak buat saya macam ni?"menangis.

"Sebab aku cintakan kau! Kalau kau tak nak aku cederakan kau, lebih baik kau dengar cakap aku! Faham!"menarik kuat rambut So Ri.

"Sakit,Jung..."menangis.

"Tahu pun sakit! Hati ni aku ni,tak sakit?"

"Awak yang seksa saya.Saya dah penat dengan semua ni, Jungkook!"menangis.

"Apa,kau cakap?!Maksud kau,kau penat hidup dengan aku?"marah.

Dengan penuh emosi, Jungkook menolak kepala So Ri dengan kuat sehingga tanpa dia sedar kepala So Ri terhantuk pada bucu meja makan.

"So Ri! Bangun,sekarang! Tak payah berpura-pura pengsan! Walau apapun berlaku,aku takkan lepaskan kau!"

Tetapi,So Ri hanya diam tanpa bergerak sedikit pun.

"So Ri! Dengar tak apa yang aku cakap ni?!"

Jungkook terus membalikkan tubuh So Ri sehingga dia ternampak ada cecair merah mengalir dari dahi So Ri.

Jungkook mula kelihatan cemas kemudian dia cuba untuk bangunkan So Ri.

"Sayang! Bangun sayang!"risau.

Tetapi,So Ri masih tidak sedarkan diri.

Akhirnya, Jungkook terus mengendong So Ri kemudian dia mengarahkan semua bodyguardnya untuk sediakan kereta dan terus menuju ke hospital.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 07, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝐏𝐨𝐬𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐯𝐞 𝐛𝐨𝐲𝐟𝐫𝐢𝐞𝐧𝐝Where stories live. Discover now