Pinggan disusun rapi sebelum meninggalkan dapur. Thalia mengelap kesemua pinggan setelah selesai makan malam. Dia kembali ke meja makan untuk mengelap meja makan.
"Aku tak nak tengok kerjaya adik kau rosak Lia. Sekali kau rosakkan kerjaya adik kau, aku tak teragak-agak nak buang kau. Perkerjaan kau tak setanding dengan perkerjaan adik kau." Ugut puan Ainul yang tiba-tiba muncul dihadapan Thalia.
Thalia tergamam mendengar ugutan daripada ibunya. Thalia menelan liurnya. Terasa kelat dikerongkong. Sedaya upaya Thalia cuba untuk menahan air matanya daripada jatuh.
"Ibu Lia sedar diri Lia lagi ibu. Ibu jangan risau okay. Lia tak akan burukkan nama Aryan. Lia kan dah janji dengan ayah yang Lia akan sentiasa lindungi Aryan. Lia sayang Aryan sangat-sangat." Thalia tersenyum pahit. Sakit.
Puan Ainul menjeling Thalia lalu meninggalkan meja makan. Malas dia ingin bergaduh dengan anaknya.
Sebaik sahaja puan Ainul pergi air mata Thalia terus sahaja jatuh. Dia selalu persoalkan mengapa ibunya mengaggap dirinya seperti anak angkat.
"Kenapa ya Allah." Nangis Thalia perlahan. Perit kerongkongnya menelan liur.
"Kenapa ibu buat Lia macamtu. Hina sangat ke perkerjaan Lia ni ibu." Teresak-esok Thalia meluah pada dirinya.
"Lia tak salah tapi ayah yang salah." Thalia pusing melihat Encik Talha. Dia bangun kaki melangkah kearah ayahnya. Dia memeluk ayahnya.
Dirinya tidak kuat lagi untuk menahan tangisan. Apa lagi yang dia perlu buat agar puan Ainul tidak membencinya.
"Ayah kenapa ibu buat Lia macam ini. Lia tak kuat ayah. Dari kecik ibu tak anggap Lia macam anak kandung ibu sendiri." Luah Thalia sambil memeluk tubuh Encik Talha.
Encik Talha menggosok belakang badan putri sulungnya. Hampir setiap hari dia mendengar putrinya menangis.
Dia sendiri tidak tahu mengapa istrinya sanggup memperlakukan Thalia seperti itu. Setiap hari dia menasihati puan Ainul tetapi puan Ainul tidak pernah membalasnya.
"Ayah berdosa tak kalau Lia benci ibu?" Thalia melepaskan pelukan lalu menatap wajah ayahnya sayu.
"Lia, ibu tu tetap ibu Lia. Walau macam mana sekalipun Lia tetap anak dia. Dia yang kandungkan Lia 9 bulan. Lia kena hormat dia jangan benci dia. Tak kira apa yang dia buat terhadap Lia kena tetap sayangkan dia. Benci ibu adalah dosa besar tahu tak?" Pesan Encik Talha.
Thalia menunduk memandang lantai. Ada benar apa yang dikatkan oleh ayahnya. Ibunya yang sakit mengandungkan dia selama 9 bulan 10 hari.
"Baik ayah. Lia tetap akan sayangkan ibu walaupun sakit. Ayah dah makan? Nak Lia hidangkan tak?" Encik Talha menggeleng lalu pergi meninggalkan putrinya.
"Apalah nasib aku. Kuat Thalia." Dia mengeluh perlahan
~~~
"Sekali lagi kau ikut aku, aku tak teragak-agak nak buat kau dengan mak kau merana. Berlagak alim. Buang jelah tudung kau tu tak ada function." Sinis Zayyan tertawa memandang Mikayla dihadapannya.
"Jangan cuba apa-apakan mama. Kayla berusaha nak berubah ke jalan yang lebih baik. Kayla lebih rela kena hina daripada Kayla buang tudung ni." Air mata jatuh pada tubir mata Mikayla.
Mikayla mengelap air matanya.
"Berubah? Tak guna kalau kau berubah tapi hati kau tu hitam sangat." Perli Zayyan kembali.
Plak! Mikayla bangun menampar abangnya. Kesabaran dirinya sudah hilang.
Terdiam terus Zayyan bila pipinya ditampar Mikayla secara tiba-tiba. Zayyan memegang pipinya yang ditampar. Terasa perit dan pedih. Zayyan tersenyum sinis memandang Mikayla.
YOU ARE READING
Zayyan's Fallen Angel (ebook)
Action"Mybe you're not my happy ending but you will be the best chapter of my life, Thalia Zara."