Kaki Thalia melangkah berjalan untuk masuk ke dalam satu bilik darjah. Ramai pelajar darjah satu menanti ketibaan dirinya untuk masuk ke kelas.
Di tangan Thalia terdapat banyak file yang dibawa oleh dirinya. Sebelah tangan memegang file sebelah tangan lagi memegang beg.
Tangannya terlampau penuh dengan barang sehingga tanpa sedar, dirinya terlanggar dengan seseorang pelajar. Pelajar tersebut berlari dengan wajah penuh tangisan.
Thalia sedikit tersentak apabila tubuhnya terlanggar dengan salah seorang pelajar. Dia memandang bawah melihat kedaan murid tersebut. Murid tersebut hanya diam tetapi wajahnya masih lagi menangis
Thalia terkejut sebentar melihat wajah pelajar itu yang penuh dengan tangisan. Dia meletakkan barang-barang yang dibawa oleh dirinya sebentar tadi. Dia melutut dihadapan pelajar tersebut.
"Eh! Awak okay tak? Maaf cikgu tak sengaja." Lembut Thalia berkata sambil tangannya melihat seluruh tubuh pelajar tersebut. Pelajar tersebut tidak berhenti daripada menangis.
Thalia mengeluh perlahan. Sudah masuk kali yang kedua dia terlanggar orang. Dia sudah cuak. Tidak tahu mahu buat apa.
"Badan awak sakit? Bagitahu cikgu dekat mana bahagian yang sakit tu. Biar cikgu sapu ubat." Pelajar itu masih diam dan terus menangis. Thalia sudah mati kata tidak tahu mahu buat apa. Ingin sahaja dia menangis juga.
"Saya rindu mama saya." Tiba-tiba sahaja pelajar tersebut membalas. Thalia tersenyum kecil. Akhirnya ingin juga pelajar itu bercakap. Tetapi wajah Thalia berubah apabila mendengar jawapan pelajar tersebut.
"Jom ikut cikgu. Cikgu ada kelas sekarang ni. Boleh kan?" Pelajar tersebut mengangguk. Thalia kembali berdiri. Dia mengambil file dan beg yang dibawanya. Tangannya memimpin pelajar tersebut. Tangisan pelajar tersebut serta-merta berhenti.
Thalia memimpin pelajar tersebut sehingga sampai ke kelas. Dia masuk ke kelas bersama pelajar tersebut. Murid-murid yang berada di dalam kelas berdiri memberi ucapan kepada guru mereka.
"Celamat pagi ticer!" Semangat semua memberi salam. Thalia sudah tersenyum mendengar pelat anak-anak muridnya. Maklumlah baru sahaja darjah satu.
"Duduk semua." Tangan Thalia bergerak memberi arahan juga. Semua murid-muridnya duduk. Thalia kembali ke mejanya untuk mengambil tugasan yang hendak diberikan kepada pelajarnya.
"Okay. Semua keluarkan buku latihan dan buat dari muka surat sembilan hingga sepuluh boleh? Teacher ada kerja yang hendak dibuat." Semua pelajarnya mengangguk seperti faham kerja apa yang hendak Thalia lakukan.
Thalia kembali semula pada mejanya. Dia ingin tahu mengapa pelajar yang terlanggar dirinya tadi menangis sambil berlari.
Thalia menarik kerusinya untuk duduk dihadapan pelajar itu. Pelajar itu melihat dirinya dengan wajah polos.
"Boleh cikgu tahu nama awak apa?" Tangan Thalia bergerak mengusap kepala pelajar itu. Dia tahu pelajar itu inginkan perhatian sebentar.
"Nama saya Adam Haikal. Umur saya pulak tujuh tahun." Thalia tertawa kacil mendengar Adam memperkenalkan dirinya sendiri. Comel sangat! Thalia cukup gemar dengan budak-budak.
"Sekarang cikgu nak tahu kenapa Adam berlari sambil menangis. Bagitahu cikgu." Diam seketika. Adam tidak tahu ingin menjawab apa. Thalia memandang riak wajah Adam. Dia seperti tidak mahu bersuara.
"Kenapa?"
"Mama saya baru meninggal beberapa hari lepas. Saya rindu dia. Macam mana saya nak jumpa dia cikgu?" Soal Adam dengan riak wajah cuba dikawal. Dia tidak mahu lagi menangis.
"Jangan menangis nanti mama awak lagi sedih. Awak boleh doakan mama awak dekat sana. Awak anak soleh kan? Anak soleh kena rajin untuk berdua. Mungkin suatu hari nanti Allah dengar doa awak dan Allah makbulkan. Mama awak nak berehat." Ucap Thalia panjang lebar ingin menenangkan Adam.
Riak wajah Adam berubah semakin sayu. Wajahnya juga sedikit pucat seperti orang sakit.
"Baik cikgu. Terima kasih cikgu sudi nasihat saya."
"Sama-sama. Dekat sikit dengan cikgu kejap. Cikgu rasa awak demam. Muka awak pucat." Adam mendekatkan dirinya pada Thalia. Thalia meletakkan punggung tangannya pada dahi Adam.
Wajahnya berubah terkejut apabila dia rasa badan Adam sangat panas. Patutlah pucat.
"Adam awak demamlah. Cikgu telefon keluarga awak. Badan awak panas sangat ni." Adam mengangguk dengan wajah lemah. Dia pun tidak tahan.
"Sekejap eh. Cikgu telefon keluarga awak." Thalia mengambil telefonnya lalu bangun keluar daripada kelas. Dia ingin membuat panggilan. Sebelum keluar sempat Adam memberi nombor telefon keluarganya yang dia simpan di dalam beg dompet.
Thalia mendail no keluarga Adam.
"Hello, Assalamualaikum." Sapa Thalia apabila nombor yang didail sebentar tadi dianggkat oleh seseorang.
"Waalaikummussalam. Siapa ni?" Soal seseorang dari talian.
"Saya guru Adam. Saya nak bagitahu badan Adam panas sangat. Boleh tak Tuan ambik Adam pulang. Saya risau Adam pingsan." Lembut Thalia berbicara.
"Saya tengah sibuk sekarang nanti saya mintak tolong seseorang kenalan saya ambikkan Adam balik sekolah. Maafkan saya menyusahkan cikgu." Thalia pusing sebentar melihat anak-anak muridnya yang masih fokus melakukan tugasan yang dia beri.
"Tak apa Tuan. Saya tolong jagakan Adam." Thalia mematikan panggilan. Dia kembali masuk semula ke dalam kelas.
"Adam tunggu dengan cikgu dulu tau. Nanti penjaga awak datang ambik awak." Adam mengangguk dia kembali tunduk kebawah.
Thalia menarik kerusinya semula lalu duduk.
"Ticer!" Jerit salah seorang pelajar. Thalia membatalkan niatnya untuk duduk. Dia kembali bangun menuju ke arah pelajar yang memanggil dirinya.
"Kenapa sayang?" Soal Thalia berjalan menghampiri pelajar tersebut.
"Saya tak faham yang ini lah ticer." Thalia melihat latihan yang ditunjuk oleh pelajar tersebut.
"Ooh. Kalau yang ini awak kena warna kan dia sahaja. Tengok yang mana sama." Thalia tersenyum memandang pelajar tersebut yang mengangguk faham.
"Assalamualaikum." Sapa seseorang di depan pintu masuk bilik darjah.
"Waalaikummussalam." Thalia berjalan menghampiri pintu untuk melihat siapa yang memberi salam tersebut.
Matanya membulat besar kerana terkejut. Dia menelan liur pahit. Terasa perit kerongkongnya.
"I nak ambik Haikal balik." Dingin jejaka itu berbicara.
"Boleh saya tahu nama Encik sebab kami kena letak nama pelajar yang pulang awal berserta nama penjaga." Thalia menahan gugup.
"Zayyan."
"Kejap ye Encik Zayyan saya tolong panggilkan Adam dan ambik buku untuk Encik sign." Zayyan mengangguk. Thalia kembali ke mejanya. Dia mengambil buku serta memimpin tangan Adam menuju ke arah Zayyan.
"Uncle Zayyan!" Jerit Adam perlahan. Dia berlari anak ke arah Zayyan. Zayyan menyambut Adam lalu mendukung badan Adam. Adam tertawa kecil.
"Say thank you to teacher?"
"Thalia."
"Teacher Thalia, Adam." Terpancar senyuman halus pada Bibir Zayyan.
"Thank you cikgu." Thalia menggosok kepala Adam lalu tersenyum manis.
"Sama-sama Adam. Ingat pesan cikgu okay. Belajar rajin-rajin untuk mama awak." Adam mengangguk lalu melambai ke arah Thalia. Tangan sebelahnya memegang jari panjang Zayyan.
Thalia kembali masuk ke bilik darjah selepas menghantar langkah mereka berdua. Hatinya terasa ingin meletup.
"Ticer dah siap!" Mati lamunan Thalia apabila anak muridnya menjerit.
YOU ARE READING
Zayyan's Fallen Angel (ebook)
Action"Mybe you're not my happy ending but you will be the best chapter of my life, Thalia Zara."