"Happy Anniversary,Abang Sayang!" ceria Dara mengucapkan . Dihulur kek yang berlilin itu kearah muka suaminya .
Suaminya berubah riak . Bukan kerana gembira tapi kerana timbul rasa serba salah .
"Er..Dara..Abang ada benda nak cakap." tengkuk yang tak gatal digaru . Senyuman Dara menipis .
Dara tak menjawab . Api yang masih menyala itu ditiupnya sendiri . Dia berpaling dan berlalu . Kek diletakkan diatas meja makan dan dia menarik kerusi lalu duduk memandang ke arah suaminya .
"Takkan nak duduk pun dah tak sudi?" soal Dara senada . Hilang sudah keceriaan dia tadi .
Tuah meletakkan beg bimbitnya diatas sofa . Dia membuka dua butang atas melepaskan rasa sesak . kerusi berhadapan isterinya dia tarik lalu meletakkna punggungnya .
"Abang..Abang ada benda nak cakap tapi sebelum tu abang nak minta..." Tuah rasa sesak untuk menghabiskan ayatnya .
Sesak kerana sosok tubuh didepannya sekarang seperti tiada reaksi . Entah kenapa hilang sudah keberanian nya tak macam masa mula mula dia menguak pintu masuk tadi.
"Abang nak minta maaf dengan Dara , Apa yang abang cakap ni mungkin..haih" Tuah meraup mukanya . Dia memandang ke bawah dan menarik nafas panjang .
"Apa yang abang nak cakap ni mungkin akan melukakan saya?" tembak Dara tidak bereaksi lebih .
Tuah mengangkat mukanya . Matanya bertaut dengan mata Sang Isteri . Isterinya terlihat begitu tenang padahal dia sendiri sudah tak tentu arah .
"Abang..Allahu ...Abang.." Tuah masih tergagap mahu menghabiskan ayatnya .
"Abang akan menikah dengan Haura bulan depan kan?" Dara persoalkan selepas penat bergelut didalam hati .
Muka Tuah seakan tidak percaya . Tidak percaya dengan apa yang baru dipersoalkan isterinya .Peluh Sejuk mula keluar dibahagian dahinya .
"Sayang..Mana..sayang.." tergagap Tuah cuba menjawab .
"Aik tadi elok je panggil saya dengan nama saya , kenapa tiba tiba nak panggil sayang?" soal Dara tak beriak .
"Abang minta maaf ." tangan Dara cuba dicapai oleh Tuah namun Dara segera menarik .
"Punyalah tak sabar awak nak beritau sampaikan lilin dikek ulang tahun perkahwinan kita pun awak tak mampu tiup ." Dara senyum sebaris . Pandangannya dibuang ke arah kek Red Velvet yang berbentuk hati itu.
Tuah diselubungi rasa bersalah . Baginya Dara tiada yang kurang . Selama 5 tahun berkahwin Dara sangat setia dan lembut orangnya .
Namun keinginan Tuah inginkan zuriat membuatkan Dara terlihat satu kekurangan . Haura adalah cinta pertamanya . Dia dan Haura menjalinkan cinta hampir 3tahun .
Mereka putus kerana masing masing mahu fokus membina masa depan . Mereka berjumpa semula apabila Haura diterima bekerja satu pejabat dengan Tuah .
Disitulah kasih mereka mula terjalin . Tuah menjadi lupa seketika bahawa ada yang masih menunggunya .
"Ada persiapan yang masih belum disiapkan?" soal Dara memgekalkan ketenangannya .
Entah dari mana dapat kekuatan agaknya . Bagaimana boleh dia kekal tenang sebegini? ini kerana hatinya sudah pun mati sejak dia ketahui hubungna suaminya dan bekas kekasih dulu .
"Dara.. Abang sayangkan Dara tapi Abang.." belum pun sempat Tuah menghabiskan ayatnya Dara memotong .
"Tapi abang nak zuriat . Saya tak boleh bagi awak zuriat kan?" Terbit senyum sengget dibibirnya .
YOU ARE READING
T.Y.T.T.
RandomTiada deskripsi kerana:- Tidak ada huraian paling ringkas untuk aku menggambarkan sebuah kisah kerana dalam dalam mana mana kisah pun perasaan manusia berubah ubah .