BEBAS

0 0 0
                                    

BEBAS

rupanya
merpati bertenggek di pohon
cuma sementara
kerana dirinya
inginkan kebebasan yang sejahtera

kau inginkan bebas di awangan
tanpa ada tangan yang melawan
biar sejati bersama awan
supaya bebas bersama impian

doaku tidak lagi dikabulkan tuhan
cinta yang sementara
membawa durjana pada hati
yang setia selama ini

semuanya punah
habis diratah sehingga patah
remuk hati & jiwaku
tak ada lagi kata cinta

selama ini
kau hanya terikat dengan janji
yang membawa kau hingga ke sini
penat lelah cuma kau ketahui

janji manisku
penyebab kau cemburu
akan masa-masa mudamu
yang kelam dibelenggu rindu

janji manismu
yang telahku telan dibawah mendung
buatkan awan cairkan tangisan
tanpa sedar air mata bercucuran

kau bukan lagi
merpati yang setia menanti
walau sakit-hati
kau sudah berlalu pergi

semoga kau berjumpa dengan merpati
yang lebih suci cintanya
mampu berterbang bebas bersama
denganku
patah sayapmu untuk terbang di angkasa

30/4/2023
1.59 am

RUMAH SINGGAHWhere stories live. Discover now