O.K

0 0 0
                                    

O.K

kalau dah rasa selsema
cepat-cepat jumpa doktor
supaya tak melarat
hingga berkarat

hidup perlu terus langsung
jangan terusung
oleh rindu berpanjangan
tak malu jadi hidangan

manusia punya hati
yang jatuhnya kerana cinta
yang bangunnya azam bercinta
yang duduknya puisi cinta

cinta manusia itu manis
kerana tak ada gula di tambah
hanya senyuman & gelak tawa
sudah pasti hati berbunga

26/6/2023
12.39 am

RUMAH SINGGAHWhere stories live. Discover now