Bab 2

49 9 0
                                    


11:30 PAGI.

Perlahan aku tarik nafas sedalam yang mungkin dengan mata yang terpejam rapat untuk menenangkan diri sendiri. Dah hampir setengah jam berlalu, tapi batang hidung Akif masih lagi belum aku nampak sampai sekarang.

Akif salah tengok jam ataupun aku yang terlalu menepati masa? Bukan ke semalam Zafri sendiri yang suruh aku ada dekat kafe ni pukul 11:00 pagi? Tapi mananya si Akif ni? Dia nak suruh aku tercongok macam orang bodoh ke kat sini?

Kalau tak nak datang, bagitahulah. Bukannya susah sangat pun! Telefon kan ada. Boleh mesej, boleh telefon! Mulalah rasa nak maki orang aje sekarang. Akif ingat aku ni tak ada kerja berfaedah ke nak buat?

"Sorry, saya lambat. Jalan sesak sangat tadi. Dah lama ke awak tunggu?" Satu suara serak-serak basah menegur sambil mengambil tempat di hadapan aku.

"Err... Akif?" Dahi aku berkerut. Kenapa nampak lain sangat muka Akif? Rasanya baru dua minggu lepas aku ternampak Akif masa dia datang jumpa Zafri. Ke orang ni salah tempat duduk?

"Huh? Nope. Saya Hayyan," ucap lelaki itu selamba sambil mengambil buku menu di hadapannya.

Eh? Hayyan? Hayyan ni siapa pula?

"Sorry. Saya tak faham apa yang jadi sekarang. Mana Akif? Bukan ke sepatutnya saya jumpa dia? Ke awak salah orang ni?" soalku ingin tahu. Jangan cakap aku kena prank dengan abang aku?

Sah-sah Zafri sebut nama Akif semalam. Tak ada terkeluar langsung nama Hayyan. Dan setahu aku nama penuh Akif, Akif Rahman. Bukannya Akif Hayyan.

"Akif takkan datang."

Makin bertambah kerutan di dahi aku. Apa yang dah jadi ni? Mata mula melilau melihat sekeliling. Kut-kut ada kamera tersembunyi kat mana-mana dan Zafri keluar sambil cakap, 'Tahniah, kau dah kena tipu!'

"I don't understand. Kita dua kena tipu ke? Abang saya cakap yang saya akan jumpa dengan Akif hari ni. Dia tak pernah sebut pun nama Hayyan selama ni," luah aku jujur.

"Saya tahu. Dia nak awak berkenalan dengan Akif, kan? Tapi malangnya, Akif dah nak kahwin tak lama lagi."

Kata-kata yang keluar dari mulut Hayyan buat aku tercengang untuk kesekian kalinya. Dah nak kahwin? Ya Allah, Zafri nak suruh aku berkenalan dengan bakal suami orang ke?

Tangan aku dah mula nak mencapai telefon bimbit. Dah bersedia nak melepaskan kemarahan pada Zafri sebelum tiba-tiba Hayyan kembali bersuara.

"Dan abang awak pun belum tahu pasal ni. Akif rahsiakan soal perkahwinan dia daripada abang awak."

Dahi aku berkerut. "Kenapa dia nak rahsiakan semua tu daripada abang saya? Dia orang kawan baik kut. Kawan baik bukan ke kongsi hal-hal macam ni?" soal aku tak percaya.

"Hmm... don't ask me. I know nothing about this. But one thing for sure, I'm single."

Aku pandang Hayyan dengan muka tanpa perasaan. Apa motif dia single dengan segala yang berlaku sekarang? Tak ada kaitan pun, kan?

"Tak salah pun kalau kita berkenalan. Awak single, saya single," sambung Hayyan lagi dengan senyuman nipis di bibir. Nampak tenang sahaja.

Spontan aku menjulingkan mata ke atas. Sempat lagi dia nak jual minyak. Dahlah aku tak kenal siapa dia. Tiba-tiba nak berkenalan dengan aku pulak!

"Awak ni siapa sebenarnya?" soalku ingin tahu. Sebab daripada gaya percakapan Hayyan ni, aku syak yang dia tahu sesuatu.

Hayyan tersenyum lagi. "Saya abang Akif."

Pilihan Yang TerbaikWhere stories live. Discover now