Bab 3

52 7 0
                                    


"NO! Kau dah janji tak nak paksa aku. Tak baik tau mungkir janji. Dosa!" Aku hala tapak tangan aku pada muka Zafri. Ikutkan hati, aku dah tekup tapak tangan aku ni ke muka dia. Biar dia tahu nak senyap sikit. Dari tadi asyik memekak kat tepi telinga aku sampai aku naik rimas.

Ingatkan lepas dah kena tipu dengan Akif hari tu, abang aku dah putus asa, tapi malangnya harapan aku cuma tinggal harapan. Dia cuba pula nak kenalkan aku dengan Hayyan. Yang si Hayyan pun satu, kenapalah buat kerja gila ajak aku keluar sekali lagi?

Bukan ke hari tu dia datang semata-mata nak bagitahu aku yang Akif tu sebenarnya dah nak kahwin? Dah kenapa nak ada second date segala?

"Aku tak nak! Kau tak boleh paksa aku," ucap aku sekali lagi dan kali ini dengan lebih tegas.

"Hayyan siap mesej aku mintak izin nak bawa kau keluar kut."

"So?" Aku memeluk tubuh. "Aku harus bilang wow, gituh?"

Zafri merengus geram sebelum menarik nafas panjang. "Jadi cubalah keluar dengan dia, cik adik oi. Get to know him."

Aku tergelak. Get to know him? No, thank you.

"Aku malaslah, abang. Tak ada mood nak keluar. Rasa nak berehat je kat rumah." Aku mencapai alat kawalan jauh tv. Baik tengok drama daripada layan Zafri. Ada juga faedahnya.

"Memanglah, tapi aku rasa tak salah pun kalau kau cuba kenal Hayyan. Tak rugi pun. Mana tahu dia tu jodoh kau. Andai kata kalau bukan pun, sekurang-kurangnya kau dapat kawan baru. Tak adalah asyik berkawan dengan orang yang sama je," pujuk Zafri lagi, langsung tak putus asa. Beria-ia betul!

"Lagipun, muka dia boleh tahan kut. Kau kan suka lelaki muka macam tu," tambah Zafri bersungguh.

Aku hanya mendiamkan diri. Malas nak cakap apa-apa lagi sebab buat habis air liur aku je. Zafri bukannya nak dengar cakap aku pun. Jadi, lantaklah dia membebel seorang diri kat situ.

"Cepatlah, Farha. Dia dah on the way tu. Esok kau dah sibuk kerja. Kau tu bila dah mula kerja, mana ada masa nak berehat. Dua puluh empat jam menghadap kerja kau tu je. Kata aku ni tak ada life, kau pun sama!"

Terus aku pandang Zafri dengan mata membulat. Ya Allah! Suka hati dia je suruh Hayyan datang sini hari ni! Siapa yang bagi kebenaran kat dia untuk suruh Hayyan datang?

"Kau ni sukalah buat kerja gila! Siapa suruh dia datang hari ni? Aku tak ada cakap apa pun, kan?" Aku dah rasa nak tampar-tampar bahu Zafri. Biar tahu sakit sikit! Eee! Geram betullah aku!

"Kalau kau tak nak, tak apalah. Aku suruh jelah dia balik. Kesian dia, drive jauh-jauh tapi kau tak nak jumpa dia," luah Zafri lemah. Sengaja dia tayang muka sedih dia kat aku. Mentang-mentanglah dia tahu aku cepat lembut hati.

Nak-nak pula kalau orang tu tak ada buat salah apa pun dengan aku pun. Lagilah payah aku nak menolak. Dan dalam situasi sekarang, Hayyan memang tak ada buat apa-apa salah pun kat aku. Dia pun layan aku baik je masa kali terakhir kami berjumpa.

Siap belanja aku makan makanan sedap-sedap lagi walaupun aku tak berapa berselera nak makan. Bukan setakat tu, siap belikan aku aiskrim untuk meredakan kemarahan aku terhadap Zafri.

"Okeylah, aku keluar dengan dia. Tapi lepas ni jangan paksa-paksa aku lagi tau. Aku takkan termakan dengan lakonan muka sedih kau tu lagi." Aku terus bangun dari sofa dengan muka masam. Tetap tak puas hati walaupun hati dah reda.

Biar Zafri tahu aku marah. Aku baru nak berehat, dah kena keluar pula. Sempat jugalah aku cubit lengan Zafri berkali-kali untuk melepaskan geram.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 11, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Pilihan Yang TerbaikWhere stories live. Discover now