Bab 1

103 8 5
                                    

"Rissa ,ish anak bertuah ni belum bangun lagi.Matahari dah terpacak pun tak reti nak bangun ke".Bebel Puan Jannah.

Terasa ada yang menarik selimutku terus aku menarik balik selimut itu walaupun cahaya matahari mula menyinari sekitar bilik,erat mataku pejam kerana silau dari tingkap.

"Ye ,kejapla bagi orang 5 minit jee okey?"

"Kamu lupa ye harini kamu kerja? Baru hari pertama dah macam ni, esok lusa macam mana la agaknya".Bukan boleh percaya anak perempuan dia sorang ni,janji je lebih .Tak pasal pasal kena tukar kerja setiap hari.

Kejap.Aku tak salah dengarkan.Aku rasa aku tak makan semut banyak sangat pun,macam mana aku boleh lupa ni.Aduhh tula semalam syok sangat buat video wink sana,wink sini.Kan dah nyanyok.

"Aduh ma,Rissa terlupa laa hehe...."
Bingkas aku bangun untuk mencapai tuala dan terus masuk ke bilik mandi.

_____

"Bos saya mintak maaf,saya tahu hari pertama saya bekerja saya dah lewat.Salah saya.Saya yang lalai ,saya yang cuai".Laju aku berkata sebelum bos bertanya.Sambil kepala aku tundukkan dan memandang lantai seolah-olah melakukan kesalahan.

"Sebab apa awak lalai".Tanya Encik Zul dengan sebelah keningnya terangkat.

"Sebab trend wink,bos".Ehh,terlepas.Laju aku menekup mulut.Habislah kau Rissa,dahla datang lambat lepastu kantoikan dekat bos yang kau buat tiktok semalam.

"Dah,saya taknak dengar alasan awak.Pergi ambik order dekat meja hujung sana".Ye aku bekerja sebagai waiters di Cafe Coffzul's.Lagipun ni je kerja yang aku dapat cari setakat ni.Bolehla asalkan halal,dapatla jugak kurangkan beban mama dengan papa.

Terus aku menuju ke meja paling hujung untuk mengambil pesanan makanan.

"Encik nak pesan apa?".Aku bertanya.

"Hi cutie.Pekerja baru ke?.Tak pernah nampak pun sebelum ni".Dari pandangan aku dia macam orang yang baru pegang buluh sebab miang dia lain macam.

"Encik,saya tak ada masa nak layan kerenah encik.Saya ada banyak kerja lagi nak dibuat.".Sambil aku tunjukkan riak menyampah.

Betullah,dahla aku sampai lambat lepastu pelanggan gatal semacam je.

"Relaks lah,cik adik.Saya nak bergurau je.Bagi saya sandwich dan satu air coklat panas".Jawabnya seraya mengenyitkan mata.Ew aku rasa nk cungkil je biji mata dia tu.Terus aku berlalu dari meja itu untuk memberi pesanan yang dipesan oleh lelaki gatal itu.

_____

Jam menunjukkan pukul 11 malam.Sedar tak sedar yang masa berlalu dengan cepat.Penat betul harini.Walaupun baru hari pertama bekerja disini,aku rasa sangat gembira sebab ramai juga yang datang cafe harini.Sedang aku membuka apron ada seseorang yang menegurku dari belakang.

"Awak nak balik dah ke?".Tanya Khairul.Ya,dia juga pekerja baru pada hari ini.Dia lah yang banyak membantu aku walaupun dia baru masuk,tetapi dia juga ramah dengan semua orang.

"Haah,dah nak balik dah".Sambil aku menyangkut apron di penyangkut yang tingginya sekaki dari kepala aku.Terjengket-jengket aku nak sangkutkan apron tu.Yelah,nak buat macam mana tinggi aku ni pun tak sampai 150cm.

"Jomlah saya tumpangkan awak,bahaya perempuan berseorangan malam-malam"

"Eh,takpe.Saya naik bas je."

"Awak rasa malam-malam buta macamni ada bas ke?"

Eh ye tak ye jugakkan,aku pun tak terfikir.Mana ada bas yang nak berhenti malam buta macamni.Tak fasal-fasal balik jalan kaki lah aku nanti.Walaupun jarak rumah aku dengan cafe ni 7 km.Penat jugak kalau
jalan kaki je.

"Er,haah la betul jugak tu".Aku garukan kepala yang tidak gatal.Malu sebenarnya.

"Dah,jom kita balik"

Akhirnya sampai jugak aku dekat depan pagar rumah.Tak sabarnya balik ni nak melekat je dekat katil.

"Terima kasih sebab hantarkan saya balik.Kalau awak tak offer saya tadi,tak balik rumahlah saya".

"Sama-sama.Yelah,kita kan sesama manusia,mestilah menolong satu sama lain.Lagipun takkan saya nak biarkan awak yang perempuan ni balik sorang sorang"

"Okeylah,kalau macamtu saya masuk dulu.Terima kasih lagi sekali."

"Sama-sama kasih".Jawabnya tak lekang senyum dibibir.

Kereta itu terus meluncur pergi seraya aku melambaikan tangan dan terus mengunci pagar rumah.
Tanpa dia sedar ada mata yang memerhati disebalik tiang yang terletak tidak jauh dari rumahnya.

"Myvi biru,JWZ42".Sambil tersenyum senget dan menutup kepalanya dengan hoodie.Terus dia berlalu dari kawasan itu.


-guys kalau ada typo or anything,sorry yee

She's MineWhere stories live. Discover now