Bab 3

58 6 0
                                    

"Marissa Ilyana..Kau memang tak reti duduk rumah diam-diam kan,nak jugak keluar dengan kawan kau tu.Aku ni nak jaga kau,sayang.Terpaksalah aku bagi kaki kau yang cantik tu sakit.Tu baru sikit.Nasib baik kawan kau tu perempuan,kalau lelaki dah lama aku cincang dia".Dengan senyuman yang cukup sinis sedang memandang cctv yang menunjukkan gadis itu sedang tidur.

_____

Sudah seminggu kejadian itu berlalu,kaki aku pun dah nak pulih sepenuhnya.Aku pun dah pasang cctv dekat setiap penjuru rumah aku.Memang mak aku terkejut jugak bila aku cerita pasal kejadian yang jadi masa dia tak ada dekat rumah.

Sekarang 11 malam dan Cafe dah nak tutup.So aku tengah bersiap untuk kemas barang dan balik ke rumah.

Setiba aku di rumah,aku terus masuk ke bilik untuk membuat apa yang patut.Sedang ralit aku bermain telefon,pintu bilik terbuka dan kelihatan mama sedang menjenguk sama ada aku dah tidur ke belum.

"Masuklah ma"

Dia terus duduk di atas katil aku, bersebelahan aku.

"Mama ada benda nak cakap dengan Rissa"

"Apa dia tu ma?" Sambil menepuk perlahan peha aku.

"Mama dengan Papa kamu dah bincang yang kami akan pindah ke kampung minggu depan,jadi kamu tinggal je dekat sini.Lagipun kamu kan ada kerja yang nak dibuat."

"Tapi,kenapa tiba-tiba je?"

"Yelah.Sejak nenek kamu meninggal,siapa nak uruskan rumah tu? Takkan nak bagi terbengkalai je.Lagipun kami ni dah tua.Papa pun dah nak pencen."

"Ala,tapi Rissa tak biasa lah tinggal sorang sorang ,humm" Mulut aku muncungkan sedikit.

"Takpe,masa ni lah kamu boleh berdikari sendiri tanpa bantuan mama dengan papa"

"Hurmm,tapi kalau tak boleh macam mana"

"Takpe,Rissa cuba sebaik yang mungkin.Mama dengan papa sentiasa support kamu walaupun jarak kita jauh.Banyakkan berdoa kepada Allah S.W.T supaya memudahkan urusan kita."

Tak tahu mengapa cepat sahaja air mata yang bertakung tadi ,mengalir dengan deras.Aku berpelukan dengan Mama selama yang boleh.Tak sanggup nak berjauhan dengan Mama dan Papa.

_____

Sekejap sahaja masa berlalu,harini Mama dan Papa dah nak balik menetap di kampung.Aku tak usah cakap,banyak kali jugaklah menangis.
Dah macam budak 5 tahun.

"Mama dengan papa pergi dulu ye sayang,jaga diri baik-baik.Ingat pesan mama dengan papa." kata Mama sambil mengesat air mata.

Aku juga turut mengalirkan air mata,tidak sanggup berjauhan dengan mereka.

"Bye Mama,Papa.Jaga diri juga,jangan lupa Rissa pulak hehehe"

Aku melambai kearah kereta itu dan seraya kereta itu terus keluar dari kawasan perumahan aku.

Aku perlu bersiap secepat mungkin,tinggal berapa minit je nak masuk Cafe.Yelah tadi bukan main buat Drama Air Mata Depan Rumah.Aku terus masuk kerumah dan mengunci pintu.Bukan apa,sekarang ni banyak kes merompak.Lagipun aku masih curiga dengan kejadian dulu...

Hari aku memang jadi orang terakhir lah dekat Cafe,sebabnya harini ada 2 orang yang ambil cuti.Katanya tak sihat.So tinggal aku sorang je lagi yang belum balik,bukan taknak balik tapi bos suruh aku check list bayaran yang ada harini.Haihh,ape lah nasib aku ni.

Selesai melakukan semua tugasan yang diberi kepada aku tadi.Aku terus mengemas apa yang patut dan keluar dari Cafe.

Sedang aku berjalan untuk menuju ke perhentian teksi,aku terdengar macam orang tengah bergaduh.Aku melihat ke sisi aku.Ye,memang betul.Sorang tu macam dah gila,sorang lagi macam dah nazak.Baik aku hentikan sebelum jadi lebih teruk.

Buk...bukk..bukk..

"You can't, she's mine" kata lelaki itu.

"Sakitlah bodoh" lelaki yang sedang ditumbuk itu membalas.

"Heyy,awak!Berhenti pukul dia boleh tak?" Aku menyergahnya.

Takut jugaklah sebab orang yang aku tegur tu macam samseng je.

Dia yang membelakangi aku terus berpusing 360 darjah.Aku nak tengok siapa dia tapi aku tak dapat mengecam wajahnya kerana ditutupi hoodie.Tapi terlihat satu senyuman sinis dibibirnya.

"Damnn"

Itu yang keluar dari mulut dia,tidak terlalu kuat.Tapi aku dapat menangkap katanya itu.

Tak sampai 1 saat dia terus lari dan lesap dari pandangan aku.

Aku melihat ke arah lelaki yang sudah teruk dibelasah lelaki berhoodie tadi.Tepi bibirnya pecah sedikit menyebabkan ada darah yang keluar di celah bibir.

"Awak okey tak?" tanya aku kepada lelaki dihadapan aku yang sudah nyawa-nyawa ikan.

"Im fine,Thanks" senyuman yang cukup manis diberi,kalau perempuan lain tengok mahu delulu seminggu.
Dia terus bangun walaupun dalam keadaan yang sakit.

"Awak boleh bangun sendiri tak?" Aku bertanya lagi.

"Yeahh,boleh je."

"Kalau macam tu saya pergi dulu la,dah lambat ni" Tak sempat aku nak melangkah.Dia memanggil aku.

"Kejap.Awak ni Marissa kan?"

"Err ye,saya.Macam mana awak tahu?"

"Saya ternampak nametag awak dekat apron awak masa beli coffee dekat Cafe Coffzul's semalam"

"Ohhh"

"Okeyla,awak pergilah balik.Bahaya perempuan seorang diri malam-malam."

"Baik"

Aku terus pergi ke perhentian teksi.
Lama jugak aku tunggu,dari 10 minit baru ada teksi.Aku pun dah jarang naik bas,lagipun malam macam ni mana ada bas dah.

*Klau korang rasa okey,boleh bgi vote hehe.Thankss🌹🌹

She's MineWhere stories live. Discover now