Prolog

270 17 0
                                    

"Nah." Dengan senyuman sinis, lelaki itu meletakkan secawan Hot Chocolate yang baru sahaja pesannya kepada seorang gadis yang sedang menyeka air mata.

"Apa ni?" Elly bingung. Berulang kali dia melihat kearah Hot Chocolate dan lelaki itu. Elly Zahirah binti Azman. Dia kebingungan apabila di sapa secara mengejut oleh seorang lelaki yang dia tidak kenali.

"Itu untuk kau, ambillah. Aku rasa Hot Chocolate yang manis tu lagi sesuai untuk kau."

Naik kering tekak Elly meneguk air liur. Bagaimana lelaki ini boleh menyapa dirinya? Dapat dilihat bahawa lelaki yang berdiri tegak dihadapannya sekarang ini mesti di dalam golongan orang berada.

Lelaki itu masih tersenyum. Namun senyuman sinis itu menimbulkan rasa tidak aman dalam hati Elly. Seperti lelaki ini mempunyai niat yang tidak baik pada dirinya.

"Hot chocolate? Untuk saya? Apa maksudnya? Kenapa bagi saya? Saya tak kenal awak." Bertubi-tubi soalan yang dilontarkan Elly kepada lelaki misteri ini.

Selagi soalan-soalan itu tidak dijawab selagi itu dia tidak tenang. Tiba-tiba sahaja lelaki ini memberikan minuman kepadanya. Selalunya permainan kotor orang kaya, sudah tentu ada makna yang tersirat di sebaliknya.

Fikirkannya sudah kemana-mana bagaimana jika lelaki ini mencampurkan sesuatu dalam minuman ini.

Lelaki itu berjalan mendekati Elly. Bersandar di meja,tangannya turun menyeluk kedua-dua poket seluar. Perlahan-lahan wajah diangkat mencari figura Elly. Gadis itu ditiliknya.

Mata Elly bengkak mungkin kerana terlalu banyak menangis.

"Kau cantik tapi mata kau yang bengkak ni buatkan muka kau suram, tak cantik."

"Hot chocolate tu untuk beli jiwa kau yang tengah bersedih atau mungkin boleh beli diri kau sekali." Dengan selamba sahaja lelaki itu menjawab. Tanpa teragak-agak. Tanpa segan-silu, lengkap pula dengan senyuman sinis yang mengjengkelkan itu.

Lelaki itu tak peduli kan berapa ramai mata yang memandangi mereka. Hal malu dan hati tolak tepi. Bukan hatinya tapi hati milik Elly.

Mendapati ramai orang melihat kearah mereka dan mendengarkan kata-kata lelaki membuatkan hati Elly rentung! Menambahkan merah pada pipinya.

"Beli? Beli untuk apa?!"

Soalan Elly tidak dijawab hanya di hadiahkan segaris senyuman. Seperti mencabar tahap kesabaran Elly yang sememangnya nipis.

Hot Chocolate di atas meja diangkat tinggi, minuman itu disembah ke arah muka lelaki itu . Betul-betul depan muka. Baju kemeja lelaki itu basah lencun akibat tindakan Elly.

Melihat tindakan Elly. Dia kagum. Kagum dengan keberanian Elly yang tidak disangka terjadi.

Bukan hanya kagum tetapi Elly bagaikan telah mencabar maruah kelelakiannya . Tiada siapa yang berani menyiramnya di khalayak umum seperti ini. Tetapi gadis yang berdiri di hadapannya sekarang ini sepertinya mengajaknya bermain api dengannya. Bagaikan menyalakan pemetik api pada tong minyak.

"Awak ingat saya perempuan murah ke akan makan dengan kata-kata manis awak?! Mentang-mentang awak kaya,jangan ganggu saya!"

Tempelak Elly kuat sebelum beredar dari tempat itu, tak kuasa nak berlama-lamaan di situ. Tak guna jika dia terus berlama-lamaan disitu hanya menaikkan darah sahaja.

Melihat kepergian Elly, terbit segaris senyuman sinis daripada lelaki itu,seolah-olah Elly membuatkan maruahnya dipijak-pijak dihadapan khalayak ramai.

Saat kaki semakin dekat dengan keretanya, jelas terdengar di telinga Elly lelaki itu tertawa halus. Seperti mengejeknya. Membuatkan langkah kaki nya semakin laju.

"Kau perlu tahu sayang, kalau aku tak dapat kau maknanya takkan ada mana-mana jantan akan dapat kau."

• Give me some votes please,korang mesti nak kenal kenal dengan abang Fattah korang ni kan.. thanks for all my supporters,love y'all..

Tengku Fattah Al Rayyan : Her Alpha Husband Where stories live. Discover now