Chapter 3

97 6 0
                                    

Qisya Zulaikha tak senang duduk. Mulutnya berdecit. Nafasnya makin kasar. Hatinya pula kian membara. Semakin panas ketika melihat reaksi selamba lelaki ini.

Sejak khabar tentang itu sampai ke telinganya, hidup Qisya 24 jam sehari bagaikan tungang-langgang serta merta. Qisya Zulaikha, anak kesayangan, adik kepada seorang anggota polis. Permintaannya jarang sekali tidak dipenuhi atau dikecewakan. Dato' Mustafar dan Datin Hayatti sudah pasti berusaha sekuat mungkin untuk memenuhi segala kemahuan puteri bungsunya itu.

"Sayang..." Panggil lemah. Gelisah.

Lelaki yang dari tadi menatap tajam matanya itu bersuara.

"Apa lagi kau nak cakap!"

"Dengar dulu I nak cakap, I boleh jelaskan semuanya. Percayalah."
Qisya menghembus nafas kasar. Menegakkan badan dari kerusi sandarannya dan cuba meraih tangan Rayyan.

Melihat tindak tanduk Qisya, Rayyan tersenyum sinis. Menjeling, kemudian mengeleng perlahan. Telefon pintarnya yang menyala dimatikan buat seketika. Meletakkan telefon pintarnya kesamping lalu bersandar pada kerusi.

Pandangannya kemana-mana memerhati sekiranya ada orang yang melihat mereka disitu. Yang pasti dia muak hendak melihat muka Qisya dengan sikap tidak matangnya. Hatinya sakit bagai dihiris-hiris dengan pisau yang tajam.

Ini menjadi salah satu punca mengapa dia meletakkan cinta adalah kedudukan terendah dalam hidupnya. Sakit. Sakit apabila seseorang yang kita sayang dan seseorang yang ingin dijadikan sebagai peneman hidupnya berlaku curang kepadanya.

"You..." Kali ini dengan nada sedih dan memohon simpati.

"Cakap la kau nak apa, aku dah malas nak layan kau." Dahi berkerut seribu. Muak dengan panggilan dari Qisya ini.

"Macam mana ni?!" Qisya mula merengek. Seperti anak kecil yang tak dibelikan mainan.

"Apa."

Jawapan Rayyan sedia maklum sebenarnya. Yang sebenarnya, malas mahu mendengar hujahan yang bakal keluar dari mulut Qisya.

"I nak kita kawin,teruskan hidup kita macam biasa..." Ujar Qisya yang memohon simpati.

Rayyan berada mukanya kebas. Kalaulah ada orang melihat drama ini dan merakam sudah pasti viral.

"Kau pergi jumpa jantan tu,mintak dia tanggungjawab." Senang sahaja jawapan Rayyan.

Hakikatnya dia juga tidak boleh menerima kenyataan bahawa tunangnya Qisya curang dan sudah berbadan dua. Dia tak rela jika perlu menjadi Pak sanggup.

"I tahu I salah,tapi you langsung tak kesian ke dekat I? Dekat baby ni? Macam mana I nak jawab dengan papa nanti? Sampai hati you nak tinggalkan I dengan keadaan I macam ni?"

Bagai bertih jagung masak, melompat-lompat soalan demi soalan yang keluar dari mulut Qisya. Muka masam, mahu melalak mungkin.

"Kau pandai buat, kau pandai tanggung. Aku dah tak nak ada apa-apa lagi dengan kau."

"I tak kira, macam mana pun I nak kita kawin jugak! I tak nak orang lain." Tempik Qisya seperti kanak-kanak minta ais krim.

Rayyan terdiam. Buntu. Tak tahu nak cakap apa lagi. Dia sendiri tiada jawapan untuk pertanyaan Qisya itu.

"I sanggup buat apa je untuk you asalkan I dengan you boleh hidup bersama."

"Sudahlah! Aku dah tak nak dengar apa-apa lagi dari mulut kau, semuanya dusta belaka! Mulai harini kau dengan aku putus. Jangan cari aku lagi, Jangan ganggu hidup aku." Diakhiri dengan decitan dari mulut Rayyan.

Sesudah mengatakan itu Rayyan membuka wallet miliknya. Di tarik duit not 50 dan ditaruh diatas meja sebelum dia berdiri dan keluar dari restoran itu meninggalkan Qisya keseorangan.

FATTAH X ZAHIRAH•

Tangan dikepal , bulat mata Tengku Zuhaila melihat figura yang berdiri di muka pintu. Sebetulnya, wanita itu memang memberitahunya bahawa malam dia akan datang bertamu.

"Tengku tak mahu ajak kami masuk?"

Lamunan Tengku Zuhaila mati dalam hitungan saat. Bola matanya berhenti melihat serta mengimbas gadis yang berdiri dibelakang Dato' Mustafar dan isterinya Datin Hayatti. Kemudian kembali memusatkan pandangan kepada bekas besan tak jadinya. Gadis itu tersenyum manis dengan muka yang tidak bersalah. Dia tak ada urat malu agaknya.

"Err... Ibu apa khabar? Si...sihat? Err... err... Ibu dah makan?" Gadis itu bagaikan sulit melontarkan bicara saat dia tahu bahawa dia yang bersalah di dalam hal ini.

Sehabis lembut dia lunakkan suaranya namun tersekat-sekat saat ingin menjawab pertanyaan daripada Tengku Zuhaila. Tekaknya mulai terasa perit. Kering.

Tidak berani Qisya angkat muka lurus untuk menatap wajah Tengku Zuhaila.

Luaranya, dia berlagak seperti berani, tenang. Tapi pergolakan resah dalam dada terus menderita. Dia bernasib baik Tengku Fattah tiada di rumah, jika tengku Fattah ada sudah pasti dia akan disembur dengan kata-kata kesat.

"Ooo... Qisya. Alhamdulillah. Sihat. Hmmm... jemputlah masuk. Kita berborak di dalam. Makan malam pun sudah siap. Raineya tunggu dekat dalam."

Walaupun hati tak senang akan kehadiran Qisya, tetapi dia tetap tetamu. Tetamu harus dirai, dihormati. Usai di mempelawa wanita itu melangkah masuk ke dalam rumah.

Raineya yang ralit mencuci periuk di dapur merasa dirinya di panggil oleh ibunya. Sesudah siap mengemas dapur dia kedepan untuk melihat siapa yang bertamu di malam ini.

Alangkah terkejut melihat sosok perempuan yang dia benci kini berada di dalam rumahnya. Kini amarahnya memenuhi hatinya seperti ingin meletup tak lama lagi. Demi menjaga nama baik ibu, dia tetap cuba memaniskan muka.

"Ibu.. Uncle, Auntie.. jom makan." Ajaknya. Difikiran Raineya sekarang adalah. Cepat mereka makan dan bincang,cepat juga lah mereka pulang.

HER ALPHA HUSBAND
ELX_MINE
CHAPTER 3: 19/2/2024

Tengku Fattah Al Rayyan : Her Alpha Husband Where stories live. Discover now