Chapter 4

75 5 0
                                    

" Ibu, ibu dah siap kan semua barang-barang? Raineya?"

"Jap ada barang yang adek nak ambil, angah tunggu dalam kereta je." Sahut Raineya yang masih memasukkan barang-barang nya ke dalam kereta. Kemudian masuk kembali ke dalam rumah mengambil barang yang ingin dibawa.

Ya, mereka ingin pergi bercuti. Ini ialah permintaan daripada Raineya, kerana mereka juga sudah lama tidak bercuti bersama-sama hal ini juga disebabkan kesibukkan Tengku Fattah sendiri.

Destinasi yang di tuju ialah negeri Cik Siti Wan Kembang. Tengku Fattah hanya melayan kerenah adiknya diwaktu cuti ini sebelum dia kembali ke Lumut. Jika dia kembali ke Lumut sudah pasti agak sukar untuk dia meluangkan waktu bersama keluarga,apatah lagi bercuti.

"Dah siap dah angah, jom!"

Mendengar saja perkataan itu. Mereka mula meninggalkan perkarangan rumah.

FATTAH X ZAHIRAH•

" Bihah, kau duduk sini. Aku nak pergi kaunter jap, nak bayar." Ujarnya sebelum berjalan ke arah kaunter bayaran.

Kawan serumahnya iaitu Salsabihah atau lebih mesra dipanggil Bihah itu mengadu lapar dan mengajak Elly untuk menemaninya makan di kedai makan yang berdekatan dengan kawasan rumah mereka.

" Total berapa yer?"

" Total RM 47 ringgit aja kak." Balas perempuan yang menjaga kaunter bayaran tersebut sambil tersenyum manis.

Senyuman di balas senyuman itu yang membuatkan para pelanggan sini tak putus-putus datang untuk menjamu selera dan juga kualiti makan yang memuaskan.

"Saya nak Ice Americano,take away."

Sesudah membayar Elly kembali ke meja yang dia tempati tadi. Melihat Bihah dari kejauhan yang menjawab panggilan telefon. Selang dari beberapa minit air yang dipesan oleh Elly pun siap dan dihantar ke mejanya.

Elly melirik jam di tangannya, jam menunjukkan pukul sebelas lima belas minit malam. Dia perlu pulang dan berehat kerana esok dia berkerja. Mereka pun bergegas untuk pulang.

Sewaktu mereka berjalan kearah kereta dan di posisi Bihah berjalan di depan manakala Elly sedikit lambat di belakang. Sesuatu tak diingini.

"Elly!"

Sebuah kereta dengan laju meluru kearahnya dan hampir sahaja melanggar Elly. Elly kaku. Dia bagaikan tidak sedar bahawa dia hampir sahaja ingin di langgar.

Pemandu kereta keluar dengan perasaan bersalah menghurungi dada. Seorang penumpang dari dalam kereta itu juga keluar menghampiri Elly yang terduduk di jalan.

" Saya mintak maaf! Saya tak nampak awak tengah berjalan tadi. Ada luka mana-mana?" Itulah kalimat pertama yang keluar dari mulut lelaki itu. Dia kacak.

Perempuan itu juga melontarkan kata maaf bagi lelaki itu.

" Awak okey? Ada sakit mana-mana tak? Saya mintak maaf dari pihak kami. Mintak maaf sangat." Perkataan maaf tak putus-putus di mulut mereka berdua.

Mereka ingin memastikan perempuan yang hampir mereka langgar tadi tidak terluka sahaja.

"Elly, dah-dah. Bangun." Ujar Bihah yang membantu menarik tangan kawannya ini.

" Tak apa saya okey, tak ada luka apa-apa pon kot. Cuma terkejut aja." Elly yang cuba memaniskan muka. Tersenyum. Lagipun mereka sudah meminta maaf, dan itu tidak menjadi masalah besar baginya.

" Abang saya ni ha, tak nampak awak. Betul ni awak okey?" Tanya dia lagi. Memastikan.

Bihah yang tak banyak berbicara daripada tadi mulai buka mulut menjawab soalan itu.

" Yer, okey je ni. Tak apa nanti kalau dia ada sakit apa-apa saya akan bawak dia pergi klinik. Jangan risau." Ujar Bihah menjawab soalan itu.

" Boleh saya tau nama awak?" Soalan itu secara tiba-tiba keluar dari mulut lelaki itu. Bunyi agak pelik. Kenapa tanya nama?

"Err... Ellyna.. Ellyna Zahirah. Kalau tak ada apa-apa dah kami balik dulu."

"Baik Cik Ellyna, sekali lagi saya minta maaf." Kemudian kami beralih ke tepi dan dia dan perempuan itu kembali ke keretanya. Dia meninggalkan kami.

Sejurus sahaja kereta itu pergi mulai terdengarlah bebelan yang berasal daripada mulut Bihah. Mungkin dia dari tadi diam kerana menahan amarah agar tidak melepaskan bebelan kepada mereka.

" Geram betul la aku nasib tak terlanggar kau tu, aku tahan je ni. kalau tak memang aku maki dia tadi tau." Terdengar dengusan yang dilepaskan geram sangat gamaknya.

"Dorang tak sengaja kan. Nak buat macam mana, benda dah lepas dah pun. Sabar la." Pujuk aku.

HER ALPHA HUSBAND
ELX_MINE
CHAPTER 4: 2/3/2024

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 02 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Tengku Fattah Al Rayyan : Her Alpha Husband Where stories live. Discover now