Chapter 1

34 1 0
                                    

Setelah dua bulan berehat di bumi, Boboiboy dan kawan-kawannya kembali semula melakukan misi untuk mendapatkan semula power spheres yang bernama Terabot. Power Spheres ini boleh mengakses teknologi dan mengggodam internet. Ochobot tidak mengikuti misi mereka kerana ingin menolong dan menemani Tok Aba di bumi untuk sementara waktu.

....

Setelah mendapatkan misi itu, Boboiboy dan kawan-kawannya berlepas ke angkasa dengan Papa Zola sebagai kapten kapal. Dalam perjalanan ke misi destinasi, mereka membincangkan strategi untuk mendapatkan semula Terabot sehingga Boboiboy yang berdiam dari awal bersuara.

"Hey, aku rasa rancangan ini perlu diubah suai sebab kita tidak pasti tiada-" belum sempat Boboiboy menghabiskan ayatnya, Gopal memotongnya.

"Dey, Boboiboy. Aku tahu lah kau ni rival Fang tapi takkan pendapat kau je nak ikut?" Gopal memandangnya dengan tatapan tajam.

"Tapi aku baru sahaja- "

"Yelah, Boboiboy. Kau ni kadet ma. Sepatutnya kau ikut arahan kitorang." Ying memotong ayat Boboiboy.

"Aku-" ayatnya dipotong lagi oleh Yaya.

"Kalau kau tak setuju, then you can go by your ownself, nak?"

"Aku rasa kau perlu tenangkan diri dulu, Boboiboy. Buat sesuatu yang kau tidak akan boleh kacau bilaukan keadaan, kan?" Fang menepuk bahuku dan senyum sinis sambil yang lain ketawakan Boboiboy.

Boboiboy hanya mendiamkan diri dan beredar dari sana dengan perasaan kecewa. Dia berharap agar kawan-kawannya berhenti menjauhinya.

.......

Setelah 20 minit, kapal angkasa akhirnya sampai dan mendarat. Boboiboy mencari kawan-kawannya tetapi tidak menjumpai mereka sehingga dia tiba di pintu kapal dan mendapati bahawa Yaya dan Fang sudah pergi sementara Ying dan Gopal baru sahaja ingin beredar.

"Kenapa-Kamu nak pergi tanpa saya?" Boboiboy bertanya dengan nada yang kecewa.

Ying dan Gopal menjeling dan pergi mengabaikannya. Boboiboy merasa tidak selesa tapi turut keluar pergi mengikuti mereka.

'Tenang Boboiboy. Ini misi berkumpulan.' bisik Boboiboy dalam hati.

_time skip_

Setelah 5 minit, mereka menjumpai sebuah gua dan memasukinya.

"Terabot ada di sini! Signalnya menjadi semakin kuat!" Kata Fang dengan perasaan gembira.

"Tapi Terabot kat mana ya?" Yaya bertanya sambil melihat sekeliling gua itu.

"Hah, tu pun diaa!" kata Ying apabila melihat Terabot yang bersembunyi di balik batu.

"Semudah ini je rupanya." Gopal berkata sambil mencekak pinggang.

Baru sahaja Gopal ingin mengambil Terabot itu, tiba-tibaa ada suara yang sering didengar dari sebalik batu.

"Tak semudah itu!" Adudu keluar dan terus mengambil Power Sphere itu.

"Adudu!" Ying dan Yaya berkata serentak dengan marahnya.

"Iih kau ni. Apa kau buat kat sini?" Kata Fang sambil mengepal penumbuknya.

"Lhaa~ Di mana ada Power Spheres, disitulah ada Encik Bos dan Probe! Probe,mode aktif." Probe bertukar menjadi jet dan membawa lari Adudu dan Terabot dari tempat itu.

"Selamat tinggal!" Adudu kemudian ketawa dengan jahatnya.

"Iish, tak boleh jadi ni. Jejari-" baru sahaja Fang ingin mengeluarkan kuasa bayangnya, tiba-tiba..

"Pedang Halilintar!" Adudu dan Probe terkena perangkap elektrik yang disiapkan oleh Boboiboy.

Boboiboy dengan segera ambil Terabot dari genggaman Adudu dan membiarkan mereka direnjat.

Boboiboy kembali kepada mode biasa dan memandang ke arah mereka lalu berteriak.

"Mari kita pergi sekarang!"

Mereka terus menuju ke kapal angkasa dan beredar dari tempat itu meninggalkan Probe dan Adudu yang pengsan.

_time skip_

"Syabas Boboiboy kerana telah mendapatkan Terabot semula. Tetapkan pencapaian tersebut!" Komander Kokoci berkata dengan bangga kemudiannya menutup perhubungan mereka.

"Syabas anak muda! Syabas!" Kapten Papa Zola bertepuk tangan sambil melihat anak muridnya dengan bangga.

"Hm..err" Papa Zola merasa janggal dengan atmosfera kapal itu.

Keheningan itu kemudiannya dipatahkan oleh Fang.

"Boboiboy, kitorang ada nak cakap dengan kau lepas ni!" Fang kata sambil memandang Boboiboy dengan tajam dan meninggalkannya. Yaya, Ying dan Gopal hanya berpeluk tubuh dan melihat Boboiboy dengan tatapan tidak berpuas hati, kemudiannyA mengikuti Fang.

"Apa dah jadi ni Boboiboy? Apa yang buat dorang tu marah sangatt??" Papa Zola bertanya kepada Boboiboy sambil menggoncangkan tubuhnya.

"Erhh..Entahlah, cikgu."

"Aish. Beginilah anak muda zaman sekarang. Sudah selesai masalah ada lagi masalah!" Cikgu Papa berkata sambil membuat gaya dengan dramatiknya.

"Hmm..yelah." Boboiboy hanya menatap cikgunya dengan muka datar.

.
.
.

..To be continued...

We're Here For You [Boboiboy Fanfiction]Where stories live. Discover now