Chapter 2

44 2 0
                                    

Chapter sebelumnya,

"Aish. Beginilah anak muda zaman sekarang. Sudah selesai masalah ada lagi masalah!" Cikgu Papa berkata sambil membuat gaya dengan dramatiknya.

"Hmm..yelah." Boboiboy hanya menatap cikgunya dengan muka datar.

............................


Boboiboy kemudian membuat langkah menuju biliknya. Belum sempat dia memegang tombol bilik tersebut, langkahnya diberhentikan oleh Fang.

"Jejari Bayang!" Boboiboy dihempas ke dinding oleh kuasa bayang Fang.

"A-apa dah jadi dengan kau ni, Fang?" Boboiboy berkata sambil mengerang kesakitan. Boboiboy berdiri sambil memegang dinding dan melihat Fang, Gopal, Yaya dan Ying tidak jauh dari biliknya.

"Kau jangan nak bangga diri! Graviti pemberat!" Boboiboy jatuh semula ke lantai dan mereka pun mulai mendekatinya.

"A-apa yang korang nak?" Boboiboy menoleh ke arah mereka sambil melawan kuasa graviti Yaya.

"Kau sengaja kan rosakkan rancangan kitorang tadi supaya kau dapat selesaikan misi ni sorang-sorang!" Gopal berkata dengan geramnya.

"A-apa kau cakap ni Gopal?" Boboiboy berasa sedih dengan apa yang dikatakan oleh 'sahabat baiknya'.

"Dey Boboiboy! Jangan nak tipu lah." Gopal memandang Boboiboy dengan tajam.

"Ye lo! Kitorang tahu sangat apa yang lu nak! Nak naik pangkat dengan cara kotor ke, hah? "Boboiboy tersentak dengan ayat Ying dan memandangnya dengan keliru.

"Hah? Naik pangkat? Aku tak fikir macam tu lah-" Belum siap Boboiboy berkata, Fang terus memotong ayatnya.

"Hah, Sudah! Tumbukan Jejari Bayang!"

"AaAARHH!" Tubuhnya menghempas ke dinding dan jatuh ke lantai. Tiba- tiba dia merasa rambutnya ditarik dengan kuat dan mukanya dipaksa untuk menoleh ke atas berhadapan dengan mereka.

"Kalau kau ingkar lagi nanti, jaga lah kau!" Gopal berkata dan melepasakan rambutnya dengan kasar.
Keempat-empat mereka pun senyum sinis dan meninggalkannya keseorangan mengerang kesakitan.

Setelah mereka beredar, Boboiboy duduk menyandar dinding untuk mengambil nafasnya. 

.
.
_time skip_

Setelah beberapa minit, Boboiboy memakai topinya semula dan berdiri. Boboiboy masuk ke dalam biliknya dan mengunci pintu. Rasa kecewa, sedih dan suram mengendali dirinya.

Boboiboy POV

'Kenapa? Apa salah aku sebenarnya sampai mereka lakukan aku begini?'

Flashback

"Tahniah Boboiboy kerana telah mengalahkan Retakka!" Laksmana Tarung memuji Boboiboy dan melihatnya dengan bangga.

"Terima Kasih, Laksmana Tarung." Boboiboy memberikan tabik hormat.

"Tapi saya tidak akan berjaya tanpa rakan-rakan yang membantu saya!" Boboiboy berkata sambil tersenyum melihat Ying, Yaya, Gopal dan Fang.

Namun, ada yang aneh. Kenapa mereka malah melihat aku dengan tatapan tidak puas hati? Kenap-

Aku kembali semula ke realiti apabila Komander Kokoci bersuara.

"Hah Boboiboy dan kalian semua boleh bercuti dibumi selama 2 bulan. Selepas itu, korang harus laksanakan misi semula, Faham?"

"Terima kasih, Laksmana, Komander" kami semua berkata dan memberikan tabik hormat lalu beredar dari tempat itu.

Namun, Gopal tidak beredar dan sepertinya ada yang ingin dia bincangkan ke Komander.

Keesokan harinya, Komander menaikkan pangkat Gopal dan kini pangkatnya setaraf dengan Yaya, Ying dan Fang.

Flashback ends.

'Aku penatlah dengan semua ni. Apa salah aku?Ochobot, aku rindu kau.'

Aku baring di katil sambil memandang siling dengan tatapan kosong.

Flashback again

Setelah beberapa hari Gopal dinaikkan pangkat, Gopal mendapat bilik yang besar dan cantik seperti Ying, Yaya dan Fang.

"Gopal, macam mana kau boleh naik pangkat?"

"Aku? Heh, senang je. Aku kan dah banyak selesaikan misi." Gopal tersengih-sengih bangga.

"Eh tapi bukan aku pun sama ke?"

"Engkau? Tak lah. Kita mana sama." Nadanya tiba-tiba terasa dingin.

"Apa maksud kau, Gopal?" Aku memandangnya keliru.

"Kau selalu rosakkan misi lah!" Gopal kata sambil mencekak pinggang. Habis tersembur semua Kokotiam yang aku minum.

"Aku? Sejak bila aku rosakkan misi ni?" Aku tambah keliru dengannya.

"Hei, apa yang kamu bincangkan ni?" Fang muncul dari belakang Gopal dan menakutkannya.

"Deyy, kau nak aku masuk hospital sebab sakit jantung ka?" kata Gopal sambil memegang dadanya.

"Korang semua kat sini rupanya!" Yaya dan Ying tiba-tiba muncul.

"Ah, Kadet? Kau pun kat sini rupanya." Fang berkata dengan bangga diri.

"Apa masalah kau ni Fang?" Aku menoleh ke arahnya dengan wajah datar.

"Aku? Kau tu masalah!" Fang memandangku dengan tajam.

'Eh, apa jadi ni? Aku ingatkan dorang main-main seprti s'lalu'

Aku menoleh ke arah Gopal,Ying dan Yaya dan mereka juga memandangku dengan dingin.

"Mulai hari ini, putus persahabatan kita, Boboiboy!" Yaya  membelakangi kami dan meninggalkan tempat itu.

"A-apa...?" Aku memandang Fang dan Gopal yang hanya memandangku dengan dingin.

"Kau tak setaraf dengan kitorang lah, kau tu kadet!" Gopal berkata lalu meninggalkanku diikuti Fang dan Ying.

Flashback end

'Aku tak faham. Aku ada buat salah ke sama dorang? Kenapa?'

Perasaan suram menelan diriku dan aku hanya dapat memendam semuanya.Tiba-tiba, jam aku berbunyi dengan kuat dan cahayanya berkelip-kelip. Aku terkejut dan melihat jam kuasaku.

"Jam kuasaku ni dah kenapa?"

.
.

"Apa khabar, Tuan?"

...To be continued...

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 16 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

We're Here For You [Boboiboy Fanfiction]Where stories live. Discover now