PROLOG I

320 41 0
                                    

Arfabella melangkah berat masuk ke kereta. Saat lelaki misteri itu menyambut huluran sweater daripadanya, dia terpandangkan cincin di jari manis lelaki itu.

"Awak..." Arfabella menurunkan cermin tingkap. Lelaki misteri itu masih tidak berganjak.

"She is so lucky to have you as her other half. Take care of her..." pesan Arfabella dengan ikhlas. Baru sahaja cermin tingkap kereta naik sedikit, suara lelaki itu membuatnya dia berpaling semula.

"Hana."

"Sorry?" Arfabella bingung seketika. Namanya Arfabella, lelaki itu juga sudah lebih arif tentang itu.

Siapa Hana?

Lelaki misteri itu hanya senyum nipis di sebalik mask yang dipakai.

"Hana. Perempuan yang awak maksudkan tu. Tapi bukan dia yang bertuah, sebaliknya saya yang patut bersyukur dapat memiliki dia."

Entah mengapa, kening Arfabella berkerut sedikit. Telinganya tidak mungkin salah menangkap nada lelaki misteri itu terkandung getaran halus. Seolah-olah sedang memendam sesuatu di sudut hati paling dalam. Dia melihat lelaki misteri itu menurunkan sedikit topi.
Perlahan, Arfabella senyum nipis.

"Kalau awak ada masalah, luahkan pada Tuhan. Tu apa yang awak pernah pesan, kan? Saya doakan yang terbaik untuk awak dan Hana. Terima kasih untuk nasihat awak..." ujar Arfabella sebelum memulakan pemanduan. Baru hari ini dia dapat menyampaikan terima kasih kepada lelaki misteri itu kerana sebelum ini dia tidak mempunyai peluang. Cuma sekarang ini...

...siapa Hana? Kenapa dia macam pernah dengar nama itu?

Lelaki misteri itu hanya senyum nipis di sebalik mask yang dipakai.

Bahagia by AsunnaraaWhere stories live. Discover now