BAB 19

550 94 16
                                    

Mail termenung panjang. Nasib baik sahaja hari ni tidak banyak kereta yang perlu dibaiki. Cuma ada dua buah sahaja yang dihantar pelanggan yang mahu menukar minyak hitam.

"Kau ni... termenung kenapa? Susah hati betul muka kau. Ada masalah ke?" Kip bertanya sebaik saja dia ambil tempat di kerusi sebelah Mail.

Mail diam. Nak bercerita, dia malu tapi kalau tak cerita, dia buntu. Hari tu ada juga dia pergi melawat Cik Ajah sebelum wanita itu mendaftar keluar dari wad tapi Kaisarah masih bersikap dingin. Pernah juga dia menghantar pesanan Whatsapp dan Kaisarah hanya memberinya blue tick.

Kaisarah kata dia tak marah tapi caranya seperti marah.

"Kau boleh terus diam atau kau boleh je bercerita dekat aku. Yang boleh aku tolong, aku bantu... aku akan bantu. Kalau kau nak aku pinjamkan telinga pun, aku boleh pinjamkan. Aku tak akan menghakimi kau. Gelak, mungkin. Jadi hakim, tak akan," ujar Kip sebelum menyedut air teh o ais ikat tepi yang Deng belikan sebentar tadi.

Mail mengeluh sikit, "Kaisarah..."

"Okey..." Kip mengangguk faham. Masalah mata ayer rupanya! Bibirnya mahu menarik sengih tapi ditahan, takut Mail tak jadi mahu bercerita pula.

"Dia marah aku. Dia cakap dia tak marah tapi dia marah. Tapi..." Mail berhenti seketika dan mengeluh sebelum kembali menyambung, "... tapi aku tak tahu apa salah aku. Dia marah yang betul-betul marah."

"Apa kau buat yang bagi dia marah ni, Ismail?" Kip ketawa kecil lantas menggeleng, "Kau dah minta maaf?"

"Nak minta maaf macam mana, aku tak tahu salah aku."

"Kau kena minta maaf juga. Selagi kau tak minta maaf, selagi itulah dia akan marah. Lepas minta maaf, kau jujur yang kau betul-betul tak ingat apa salah kau. Kau bagitahu dia, yang kau perlu tahu apa salah kau supaya kau tak ulangi benda tu lagi. Tunjuk sikit yang kau betul-betul menyesal dan rasa bersalah. Ni kau termenung tak buat apa. Minta maaf pun tidak. Mau member tak panas..." nasihat Kip panjang lebar.

Mail mengeluh, "Kalau aku minta maaf tapi dia masih marah dan tak nak bagitahu aku apa salah aku?"

"Cuba dulu. Baru kau fikir kebarangkalian tu. Effort tu yang penting. Perempuan nak tengok effort kita. Effort kita mengurat dia, effort kita ambil berat pasal dia... yang penting dekat sini, effort!"

Mail yang mendengar terus terngadah. Dia rasa... dia dah tahu kenapa Kaisarah marah, "Aku rasa aku dah tahu... kenapa dia marah aku."

Kip mengerutkan dahinya, "Kenapa dia marah?"

"Effort yang kau cakap tu..." Mail mengusutkan rambutnya sikit. Hatinya mula dilanda keresahan. Mesti Kaisarah fikir aku tak bersungguh, "... kau tahu kan, aku bukan orang yang suka bermesej dan pegang telefon sangat?"

Kip angguk kepala.

"Aku cakap aku nak mengurat dia tapi..."

Mata Kip membuntang, "Jangan cakap... kau nak mengurat dia tapi kau..."

Mail angguk kepala sebelum dia menekup muka, "Aku dry text dia, Kip! Aduh, mampus aku! Macam mana kalau dia dah tak nak kenal dengan aku?!"

"Rendahkan ego kau. Minta maaf dan bagitahu macam mana kau nak fix benda ni tapi jangan bagi janji palsu. Kau minta maaf, kau janji untuk tak ulangi dan kau cuba ubah sikap lama kau, untuk pegang pada janji kau tu."

Mail diam.

"Perempuan ni, Mail. Dia macam complicated tapi sebenarnya dia orang simple je. Tak perlu kau nak bermadah pujangga sangat, kau cuma perlu mesej dia, tanya macam mana hari dia. Tunjukkan effort kau nak kenal dengan dia. Simple things yang macam tu yang boleh buat hati dia tersentuh. Pinjamkan telinga kau untuk mendengar cerita dia."

Mail hela nafas lalu menganggukkan kepalanya.  Jadi, sekarang ni... bagaimana dia mahu berjumpa Kaisarah untuk meminta maaf?
.
.
.
.
.
"Mama ikut Sarah balik KL, ya?" Pujuk Kaisarah pada Cik Ajah yang sedang melipat baju.

"Ish, buat apa? Mama okey je duduk kampung. Lagipun along kan ada, Sarah."

"Tapi along kan tak duduk sini dah. Apa-apa mama tinggal sorang juga. Mama ikut Sarah balik, ya?"

"Nur Kaisarah..." perlahan saja Cik Ajah menyeru nama Kaisarah namun berjaya buat Kaisarah mengunci mulutnya.

"Mama dah pernah duduk KL. Mama dah tak mahu duduk tempat sesak macam tu. Mama tenang kat kampung. Kawan mama semua ada dekat sini. Dekat sana, Sarah pergi kerja... tetap mama duduk sorang, kan?"

Kaisarah mengerdipkan matanya. Berat hatinya mahu mengakui tapi memang betul pun, kalau dia pergi kerja, Cik Ajah tetap tinggal seorang diri.

"Mama okey saja sekarang, Sarah. Kalau mama duduk sana, siapa nak melawat ayah? Siapa nak bersihkan rumah baru ayah?"

"Mama ni..." Kaisarah dah mencebik.

"Ni mama nak tanya ni..." Cik Ajah tepuk peha Kaisarah.

"Tanya apa, mama?"

"Kenapa Sarah layan Mail acuh tak acuh aje semalam waktu dia datang melawat mama? Sarah bergaduh dengan Mail?"

Kaisarah diam lalu dia menggeleng. Mereka memang tak bergaduh pun.

"Habis tu?"

"Tak ada apalah, mama. Biasalah, kekok sebab lama tak jumpa."

"Tak adalah lama mana."

Kaisarah terdiam.

"Tak apalah. Tapi satu nasihat mama, tak baik layan orang macam tu. Dia dah tolong mama tempoh hari. Kalau tak ada dia dengan maknya hari tu, entah mama macam manalah sekarang," sengaja Cik Ajah cuba membuat Kaisarah serba salah.

Bukan Acik Hasni tidak bercerita dengannya tentang anak terunanya kelihatan kusut dua tiga hari ini. Tapi mereka sebagai ibu, faham saja. Anak-anak baru belajar nak bercinta, macam itulah...

Kaisarah diam lagi. Keterlaluan sangatkah layanannya pada Mail? Atau dia sebenarnya nampak mengada mahu perhatian lelaki itu?

"Merajuk dan bergaduh ni, asam garam dalam sesuatu perhubungan percintaan tapi janganlah biar berlarutan. Lama-lama jadi barah, hubungan baru nak memekar dah layu dan tak mahu tumbuh lagi. Seeloknya berbincang baik-baik, Sarah. Masing-masing pun dah dewasa. Bukan lagi budak-budak baru nak baligh," Cik Ajah gosok bahu Kaisarah. Mahu menenangkan gelora hati Kaisarah yang dapat dia baca.

"Siapa yang bercinta, mama? Kami baru dalam fasa kenal hati budi," cepat-cepat Kaisarah membetulkan pernyataan Cik Ajah.

"Ha, tapi kalau dah merajuk, layan nak tak nak... macam mana nak kenal hati budi, Sarah?"

Kaisarah diam lagi. Tapi dia patut kan merajuk? Mail tak pernah tunjuk effort dia pada Kaisarah. Macam mana nak proceed ke fasa seterusnya kalau usahanya tiada, kan?

"Assalamualaikum..."

Kaisarah yang sedang bermonolog di dalam hati tersentak sikit. Dia kenal suara yang bagi salam tu. Kenapa pula lelaki itu datang ke rumah ibunya ini? Haih!
.
.
.
.
.
Bersambung...

p/s; siapa yang datang tu ekkk 🤭

KAISARAH 🍁Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu