2

438 10 0
                                    

Dendam...
Sukar untuk dipadam..
Dari hati manusia yang kelam..

Namun setitik kemaafan,
mampu meninggalkan lekukan yang akhirnya menghapuskan dendam...

***************************

"Qis! Mari sini!"

Aku ditarik duduk di bawah sepohon pokok..

Tangan aku yang cuba menyapu cecair hitam yang mengalir dari rongga hidungku ditepis laju olehnya..

Tisu dikeluarkan dari poketnya, lalu disapu lembut ke mukaku untuk menghapuskan darah ku.

Air mukanya ku baca..

Risau..Marah...

Kenapa(?)

Kenapa dia marah...

Degupan jantung bertukar ritma..

Jari runcingnya menyentuh mukaku.. Diangkat ke atas, ditoleh ke kiri dan kanan..

Seperti ombak yang menghempas pantai,
gelombang dari dada memanaskan mukaku..

Aku menjauhkan diri..

"Maaf......Iman bukan sengaja nak sentuh Qis.."

Seperti tahu yang aku tidak sukakan sentuhan manusia..

Manusia lagi?

Kerana sentuhan mereka seperti api, tetapi tidak pula membakar diri ini..

Berbeza dengan aku..

Aku sentiasa dingin..
Sedingin salju..

"Qis...."

Aku mengangkat muka memandangnya..

Liur ditelan..

"Qis ok? Iman mintak maaf. Iman tak sempat nak halang bola tu. Sepatutnya Iman..... Arrgghh!!! Diorang tu memang bodoh betul lah!"

Jeritannya menyentakkan aku..

"Tunggu kau bertiga. Aku....."

"..Iman..."

Tanpa disangka, titisan air mata gugur dari mataku.. Aku sendiri tidak dapat menahannya..

Sulaiman ini..bukan seperti yang aku kenali...

Satu perkara yang aku benci....

Kemarahan.

Satu satunya emosi yang mampu menjentik hatiku yang kosong ini..

Emosi yang menyebabkan air mata mengalir sendiri..

Tanpa kerelaan hati..

"Qi Qis... Kenapa nie? Sakit?! Kat mana?"

Aku menggeleng kepala..

Tangannya cuba meraihku..

Aku bergerak jauh dari capaiannya..

Takut...
Ya aku takut...

Tanpa kata,
aku bangun..

Berlari pergi meninggalkan dirinya..

Dada ini sakit akibat degupan kencang organ di dada..

Air mata laju mengalir tanpa sempat diseka..

"Qis! Qis! Balqis!"

Panggilannya aku hiraukan..

Aku pergi......

***************************

Saat lantai kediaman ku dijejak, tubuh yang kucari tidak kelihatan..

Aku berlari ke tingkat atas menuju ke kamarnya.. pintu dikuak. Namun hampa..

B.U.N.I.A.NWhere stories live. Discover now