3

280 7 2
                                    

Sulaiman

Gelisah.. Hanya itu yang aku rasa. Perasaan yang bertandang di hati sejak semalam.

Balqis.....
Insan yang dirasakan aku seorang yang istimewa.

Gadis yang lain dari yang lain. Sering bersendirian sehinggalah aku memberanikan diri menyapa si dia.

Wajah pucat dia kelihatan berseri pada mata aku. Anak matanya yang sehitam kepekatan malam sering memantulkan wajah aku setiap kali aku merenungnya. Suaranya yang aku fikir mustahil untuk aku dengar sering menjadikan aku teruja setiap kali ia beralun menusuk telinga meskipun hanya menyebut namaku. Bibirnya yang semerah darah benar benar menyerlah kerana begitu kontra dengan kulit pucatnya. Rambut ikalnya yang hitam bagaikan memanggil manggil aku untuk mengusapnya setiap kali ia dilambai angin.

Bagi aku dia istimewa.. Sempurna pada aku..

Kadang aku kagum dengan aku sendiri.
Ya..kagum dengan diri aku sendiri.
Kenapa(?)

Meski dia hanya berdiri bisu tanpa mengeluarkan suara. Aku bisa memahami diri dia. Tanpa perlu membalas kata kata aku dengan suara. Cukup dengan renungan mata dan kadang kadang berhias senyuman... Cukup membuatkan aku memahami apa yang ingin disampaikan olehnya.

Ya.....
Terasa seperti aku seorang yang gila.
Kenapa(?)
Kerana aku terasa bahagia dengan nya.

Balqis.....

Kegelisahan aku semakin mencengkam dada.. Mana bisa aku lupakan alunan suara yang sering menjadikan aku teruja bertukar menjadi suara yang bergetar dengan ketakutan. Mata yang sering bercahaya menjadi berkaca dilapik air mata.

Aku sendiri tidak bisa menafsirkan maksud air mata yang mengalir laju di pipinya semalam.

Aku melalukan tangan menyapu rambut ku. Kosong terasa di hati. Pagi ini dengan harapan akan bersua dengan dia untuk mendapatkan penjelasan. Namun hampa dengan ketiadaan dia.

Huhhhh....
Berat keluhan aku.
Ketiadaan dia sehari cukup menjadikan aku tidak keruan. Minda mula merancang untuk bertandang ke kediaman dia kerana hati ini sudah tidak keruan. Mana bisa aku hidup sebegini dengan kegelisahan kuat mencengkam hati.

Kringgggg!!!!!!
Tanpa berlengah beg disambar serta langkah dihayun laju menuju keluar dari tempat yang menyesakkan itu. Hanya satu destinasi saat ini. Harus... Aku harus berjumpanya.

*****************************
Gelisah bererti tidak tenang dan sering merasa khuatir. Kegelisahan bisa dijejak dengan tingkah laku dan kelakuan manusia. Hati bagai dicengkam kaki tidak berhenti memundar mandirkan diri minda dicelarukan untuk memikirkan satu solusi..
Namun tidak aku tahu apa bisa gelisah memakan diri.
Namun lebih baik berhati hati.....

B.U.N.I.A.NWhere stories live. Discover now