Bab 5 | Part 2

154K 6.9K 809
                                    

3 tahun yang lalu,

Pandangan mata itu mula bergerak untuk memandang keadaan di sekelilingnya, keadaan di perpustakaan itu agak lengang dan tenang kerana pengunjungnya tidak ramai seperti kebiasaan. Tengku Aiden berjalan di sebalik rak buku, diperhatikan dengan teliti di setiap sudut rak yang berada di situ. Apabila orang dicarinya dijumpai terus dia merapati rak buku yang berada di sebelah kiri perpustakaan.

Melissa berada bertentangan dengannya, kedudukan mereka dipisahkan dengan rak buku. Gadis itu menunduk ke arah buku yang dipegangnya, matanya fokus pada isi yang terkandung pada buku itu. Apabila kelopak mata yang dipayangi alis lentik itu dibuka dan anak mata Melissa tepat memandang ke arahnya, satu senyuman terbit di bibir Tengku Aiden.

"Hi." Sapaannya itu membuatkan Melissa mengangkat wajahnya yang menunduk.

Tanpa mempedulikan sapaan Tengku Aiden, terus saja kakinya melangkah pergi bersama-sama dengan buku yang dipilih. Dia kembali semula ke tempat yang dia duduk sebelum mencari buku tadi. Helaian buku dibelek untuk mencari maklumat namun serta merta terhenti apabila bunyi kerusi di hadapannya ditarik menandakan ada seseorang mengambil tempat duduk di situ.

Melissa masih lagi memandang ke arah buku di hadapannya. Dia tahu lelaki yang dia sengaja simbah dengan air seminggu yang lalu duduk di depannya. Tak serik lagi ke kena simbah minggu lepas? Ke nak kena mandikan dengan air coklat lagi? Nasib baik mereka berdua berada di perpustakaan sekarang ini, kalau tak memang tunggu masa nak kena.

Tengku Aiden memandang ke arah Melissa yang khusyuk dengan buku di depannya. Dia tahu yang Melissa sudah sedar tentang kehadirannya di situ. Sticky notes di ambil dan dicapai pen milik Melissa yang berada berhampiran. Tangannya mula menulis sesuatu dan selepas siap ditarik sticky note itu, kemudian ditampal pada buku yang sedang di baca oleh Melissa.

I'm so sorry about last week.

Melissa menarik sticky note yang tertampal pada buku lalu dibacanya. Lelaki yang disimbah dengan air kopi minggu lepas sedang meminta maaf melalui cara itu. Melissa mengambil sticky note dan kemudian ditulis sesuatu di atasnya sebelum diberikan kepada Tengku Aiden. Dia kembali menyambung bacaannya yang tergendala seketika.

Okay, you can go now. Don't disturb me.

Balasan dari Melissa sedikit pun tidak memberi kesan kepadanya untuk berganjak meninggalkan tempat itu. Dicapai sekali lagi sticky note dan ditulis sesuatu di atasnya dan kemudian diserahkan kepada Melissa.

Roses are red, bananas are yellow. Wanna go out with a nice little fellow?

Tak serik lagi ke? Desis hati Melissa perlahan. Dipandang ke arah Tengku Aiden yang sedang tersenyum ke arahnya. Dia membalas senyuman itu dengan senyuman yang paling manis sebelum mencatatkan sesuatu pada sticky note.

Tengku Aiden terkesima seketika selepas melihat Melissa membalas senyumannya. Dah agak dah akan cair juga kalau aku senyum, dengan bangga suara hatinya menutur. Tak mungkin Melissa langsung tidak tergoda dengannya kecuali gadis ini ke arah itu. Mintak simpang dan dijauhkan.

Melissa menyerahkan sticky note itu kepada Tengku Aiden. Dia kemudiannya mengemaskan buku-buku yang berselerakan di atas meja. Tergesa-gesa dia mengemaskan barang-barangnya masuk ke dalam beg kerana tak kuasa nak duduk lama-lama kat sini. Wajah Tengku Aiden yang sedikit terkejut dipandang sekilas sebelum berlalu pergi.

Roses are red, violets are blue. I have five fingers and the middle one is for you.

Tengku Aiden terdiam seketika selepas membaca apa yang ditulis oleh Melissa. Dia segera bangun selepas melihat gadis itu sudah mengatur langkah untuk meninggalkan perpustakaan. Ditarik tangan Melissa membuatkan dia terdorong ke dalam pelukannya lalu diitolak tubuh Melissa ke arah dinding dengan perlahan supaya tidak didengari oleh sesiapa.

Melissa dapat merasakan kedua-dua tangannya dipegang dengan kuat oleh Tengku Aiden. Pergerakannya terkunci kerana dinding di belakangnya dan juga kerana kedua-dua belah tangannya dipegang Tengku Aiden. Cuba dilawan namun tenaganya sebagai seorang perempuan tidak mampu untuk melawan Tengku Aiden. Tak semena-mena dia serang panik.

"What are you doing?!" Tanya Melissa separuh menjerit. Keadaan perpustakaan yang sunyi membuatkan dia bertambah risau.

"You'll know." Entah apa yang merasuknya, mungkin kerana tercabar dengan penolakan Melissa.

"Please, let me go." Tutur bicaranya kedengaran separuh merayu. Kata-kata yang keluar dari mulut Tengku Aiden dan juga kedudukan lelaki itu yang sangat rapat membuatkan dia berasa cuak semacam. Pasti lelaki ini ada niat buruk terhadapnya. Melissa sekali cuba untuk melepaskan pegangan tangan Tengku Aiden tetapi gagal.

Kata-kata yang keluar dari mulut Melissa hanya berlalu seperti angin ke telinganya. Bukan nak lepaskan tetapi dia semakin mendekat, haruman yang datang dari tubuh Melissa membuatkan dia terleka seketika. Rayuan Melissa supaya dilepaskan langsung tidak dipedulikan. Keadaan di sekeliling seakan berpihak kepadanya.

Melissa dapat merasakan yang Tengku Aiden makin rapat dengannya apabila deruan nafas lelaki itu mula menyapa lehernya. Air mata mula bertakung di kelopak matanya cuma tunggu masa untuk mengalir. Lelaki yang baru saja meminta maaf dengannya sedang melakukan hal ini kepadanya.

"You're hurting me." Bicaranya yang tadi kedengaran tenang sudah diganti dengan esakan. Kelopak matanya sudah tidak mampu untuk menahan lagi air mata yang sudah penuh lalu mengalir tanpa dipinta.

Menyedari esakan itu, Tengku Aiden bagaikan tersedar dari meneruskan tindakannya yang bodoh itu. Wajah Melissa yang sedikit basah dek air mata dipandang dan tangan Melissa yang dicengkam dilepaskan. Terdapat kesan merah pada pergelangan tangan gadis itu, kerana perbuatannya sebentar tadi.

"I'm sorry, I didn't..."

"Didn't what? Didn't mean it?" Suara Melissa makin meninggi. Terasa maruahnya dipijak-pijak apabila diperlakukan sedemikian. Baru kenal minggu lepas dah sentuh macam tu, dah la bukan kenal sangat.

"I'm sorry." Tangan Melissa cuba diraih, namun terhenti. Kalau minggu lepas ketika dia cuba untuk memegang tangan Melissa, air yang tersimbah ke mukanya tapi kali ini tamparan dari gadis itu pula melayang ke mukanya. Dipegang pipi kanannya, terasa perit di situ.

"I already warned you last week, don't touch me." Melissa sekali lagi memberi amaran. Tangan kirinya yang menampar pipi Tengku Aiden terasa berpijar, agak kuat tamparannya tadi sampai rasa boleh rasa seperti itu. Terasa sakit pula tangannya, tambahan pula pergelangan tangannya yang memerah akibat cengkaman Tengku Aiden sebentar tadi.

Melissa menolak tubuh tegap Tengku Aiden untuk meninggalkan tempat itu dengan segera. Air mata yang masih bersisa di mukanya dilap dengan tapak tangan. Sungguh dia berasa maruahnya dipijak kerana Tengku Aiden sebentar tadi. Sesuka hati lelaki itu menyentuhnya.

Tengku Aiden masih lagi kaku di situ, terasa menyesal dengan perbuatannya. Pada awalnya dia ingin meminta maaf tetapi penolakan Melissa membuatkan dia terasa tercabar. Mungkin kerana sebelum ini tiada sesiapa pun yang pernah menolaknya dan ini merupakan kali pertama. Dia menolak rancangan Syafiq untuk mencari orang lain minggu lepas bersebab. Pertama kerana dia ialah Tengku Aiden Fahmi, tiada istilah mengalah dalam hidupnya tambahan pula apabila melibatkan perempuan. Kedua, dia sendiri tidak pasti apa yang membuatkan dia masih lagi inginkan Melissa.

•••

Beautiful Lies Where stories live. Discover now