Bab 66

26.6K 721 15
                                    

Lepas Afi pergi masjid tadi, kepala aku masih lagi pening. Aku terpaksa untuk tidur selepas makan panadol untuk biarkan ubat tersebut memberi tindak balas.

Harraz yang sudah bangun aku terpaksa menyuruh Emy menjaganya. Nasib baiklah emy pun sayang dengan Harraz. Masa nilah aku gunakan sebaiknya untuk rehatkan diri.

Aku tersadar dan terus melihat jam, hampir pukul Sembilan. Tak lama lagi mesti Afi akan balik, aku tak bersiap lagi pun. Harraz pun aku tak mandikan lagi.

Selepas tidur tadi, kepala kau ringan sikit. Rasa loya dan sakit perut pun berkurang. Lega sakit. Raya pertama je badan aku dan buat hal.

Aku terus ambil harraz dari Kak Lina akak ipar tu untuk mandikan dan siapkan Harraz. Harraz dah bertukar tangan, tadi kat emy sekarang kat kak Lina pula. Nampak sangat Emy ni nak bersiap.

Siap aku mandikan dan bersiapkan Harraz aku suruh kak Lina jagakan Harraz lagi sebab aku pula nak bersiap. Nasib baiklah kak Lina dah bersiap dan tak ada kerja nak buat. Baik betul kak Lina ni. Beruntung betul abang Danish dapat Kak lina. Agak-agak Afi beruntung tak dapat isteri macam aku?

Sedang aku menggayakan tudung ikut trend terkini, aku tiba-tiba terasa ada tangan yang melingkari pinggang aku dan meletakkan dagunya di bahu aku. Dari pantulan cermin aku nampak Afi.

Bila dia balik? Kenapa aku tak perasan? Okay salah aku sebab aku khuyuk sangat mengayakan tudung ni.

"Sayang abang ni cantiknya. Geram abang tengok mama Harraz ni cantik sangat" ucap Afi sambil mata tak lepas pandang isterinya dari pantulan cermin.

Isterinya sentiasa nampak bergaya dan elegen.

Tak nafikan isterinya cantik dan menawan walaupun muka tanpa calitan makeup, muka tetap nampak cantik.

"haha, abang ni janganlah buat hati sayang cair. Tepi sikit, sayang nak betulkan tudung lagi sikit. Lepas ni kita turun ea. Kesian Kak lina, sayang suruh dia jaga Harraz" aku cuit gadu Afi. Afi melepaskan tangannya dari pinggang aku.

"Sayang memang suka buli orangkan. Kesian akak Lina. Sayang dah okay belum? Pening lagi ke loya lagi ke?" soal Afi prihatin.

Tadi kat masjid pun fikiran asik memikirkan kesihatan Aiqa. Sempat dia menghantar mesej, tapi isterinya tak membalas. Nasib baik bila sampai rumah isterinya tengah bersiap. Tenang hati dia.

"Okay sikitlah lepas makan panadol tadi sayang tidur"

"patutlah abang mesej sayang tak reply. Tidur rupanya" cebik Afi.

Aku terkejut bila Afi cakap dia mesej. Aku terus buka phone dan buka mesej. Betullah Afi mesej, aku je yang tak sempat buka phone lagi hari ni. Sibuk punya pasal.

Aku terasa nak meluahkan apa yang aku fikirkan tadi. Aku terus duduk di sofa sebelah Afi. Turun lambat sikitlah, sebab aku tahu mama dengan emy mesti belum siap lagi.

"abang, what if sayang pregnant lagi?" soal aku takut-takut.

"kenapa cakap macam tu?" soal Afi tercengang.

"sebab pening, loya, perut sebu tadi tu semua macam tanda-tanda awal sayang pregnantkan harraz dulu" aku gigit bibir aku yang bercalit gincu.

"But kita pakai protection right?" soal Afi ragu-ragu. Dia sendiri merasa dia belum bersedia untuk ada anak lagi. Tapi kalau dah tuhan kurniakan anak lagi, macam mana kita menghalang sekali pun, tuhan tetap bagi kepada umatnya yang mampu.

"yupp, dahlah abang. Jangan fikirkan, kalau betul sayang pregnant lagi, kita terimalah. Mungkin itu rezeki kita. Kalau tak pun tak apa" aku senyum pandang Afi sambil menggengam tangan Afi. Afi membalas genggaman aku.

Jodoh I Encik SweetTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon