Special Part 1

22.7K 686 9
                                    

Diatas permintaan ramai, special part sudah tersedia untuk pembaca setia sis semua. Special part ni sis ada sediakan 3 part. Sis akan update secepat yang boleh untuk korang tak terasa tertungu-tungu. So tunggu. . .

Selamat membaca. Hope dapat puaskan hati pembaca setia saya 😉

❤❤❤❤❤🌸🌸🌸🌸❤❤❤❤❤

Kehidupan aku dan Afi semakin bahagia ditambahkan dengan kehadiran dua permata hati aku. Mohd Shah Harraz dan Mohd Shah Hadrian. Si abang pun sekarang sudah besar dan pandai berdikari sendiri almaklumlah umur pun dah 7 tahun, dah sekolah pun. Satu perangai si abang ni, dia sayang dengan orang sekililing dia dan dia akan cuba untuk protect orang sekeliling dia. Tak nafikan perangai tu sebiji ikut perangai papa dia.

Si adik pula sejenis mengada-ngada. Asik nak bermanja je walaupun umur dah 4 tahun. Ikut perangai mama sangat si Had ni. Nasib baik manja dia tak sampai suruh mama dia teman tidur. Kalau tak, ada yang papa dia kahwin dua nanti.

Aku dan Afi pun sekarang sudah tidak tinggal di Segamat lagi. Selepas sahaja aku tamat diploma, Afi terus mengajak pindah ke Shah Alam, hmm nak tak nak terpaksalah ikut dan Alhamdulilah, aku pun dah bekerja sebagai akauntan di sebuah syarikat, yang penting bukan syarikat papa sebab aku tak nak sama tempat kerja dengan suami sendiri.

“Yang, tak kerja ke?” soal Afi yang sedang memakai tie di hadapan cermin.

“pening kepalalah. Tak larat sangat ni. Lagipun sayang dah call ofis minta cuti” balas aku sambil memicit-micit kepala yang sakit ni. Minyak angin cap kapak menjadi bauan di badanku.

“Laa, habis budak berdua tu siapa nak hantar? Abang ada meeting ni” rungut Afi. Ini pun dia rasa dah lambat ni nak pergi kerja kerana terlambat bangun selepas subuh tadi.

“Pleaselah abang hantarkan budak berdua tu. Tak larat sangatlah” pujuk aku.

“Paham abang please. Meeting penting ni. Kalau abang terlepas projek ni, papa will nagging with me and syarikat papa akan rugi sayang” Afi menggeleng kepalanya. Susah ke nak paham kerja aku? Rungut Afi dalam hati.

Aku bangun dah terus menarik tudung sarung aku dari dalam almari “Fine! Kerja abang lagi penting daripada sayang, daripada anak-anakkan? Go head with your work! Pergi berbahagia sana dengan harta dunia abang ni!” dengan perasaan marah terus aku turun ke bawah.

Afi hanya mengendahkan dengan perangai Aiqa yang segak dua menjak terpesong dari Aiqa yang dia kenal. Lagipun bukan dia tak pernah hantar anak-anak pergi sekolah, tapi cuma hari ni je dia busy sebab ada meeting penting, pahamlah sikit,itu pun susah ke!

“Harraz! Had dah cepat siap, masuk dalam kereta” arah aku.

Di dalam kereta aku hanya diam. Anak-anak aku sendiri paham dengan perangai mama dia, kalau mama dia tengah bad mood, jangan sesekali tegur mama dia, nanti ada yang kena makan cubitan dan tengkingan mama dia. So, better diaorang diam.

Lepas hantar Had ke tadika, aku akan hantar Harraz je sekolah rendah. “Mama, mama sedih ke mama?” soal Harraz sebelum keluar dari kereta.

“ehh, mana ada mama sedih” nafi aku.

Harraz mengusap pipi mamanya “kalau mama sedih, mama cakap dengan abang tau. Nanti abang marah orang yang buat mama sedih, abang tak suka tengok mama abang sedih sebab abang sayang mama sangat sangat” pujuk Harraz dan terus mencium pipi aku dan dia keluar dari kereta.

Mengalir air mata aku selepas aku mendengar apa yang dibicarakan oleh Harraz. Mama pun sayang abang. Harraz buat aku rasa rindu dengan Afi. Tapi aku tahu, Afi tak akan sentiasa ada untuk melayan rindu aku ni. Bagi dia, kerja lagi bagus dan penting daripada family.

Jodoh I Encik SweetUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum